Tips Mengurangkan Stres atau Tekanan Khas Untuk Wanita


Hakikatnya, wanita dan para ibu hari ini menggalas tugas yang berat di era kini. Bukan sahaja tugas di pejabat, malahan ditambah pula dengan tugasan di rumah setelah pulang kerja sehingga dirasakan masa 24 jam para wanita sentiasa dipenuhi. Keadaan ini boleh menimbulkan stres, tekanan dan ketegangan dalam kehidupan mereka kerana rutin harian yang sentiasa sibuk.


Saya juga adalah seorang ibu yang bekerjaya dahulu sebelum mengambil keputusan untuk menjadi WAHM. Jadi saya faham perasaan para ibu di luar sana. Walaubagaimanapun, stres dan tekanan adalah suatu ‘permasalahan sejagat’ yang boleh diurus dan ditangani. Sekiranya tidak ditangani stres dan tekanan ini, anda akan mudah untuk jatuh sakit dan beremosi dalam kehidupan seharian anda. Kita tidak mahu ini berlaku kerana IBU SIHAT adalah tunjang kepada KELUARGA YANG SIHAT.
Kekalkan kesihatan optimum anda dan tangani stres serta tekanan dengan mengamalkan 3 aspek gaya hidup berikut:
Pemakanan yang sihat
Senaman ringan
Pemakanan tambahan

Antara tips yang ingin dikongsikan:

KONGSI BEBAN
Jangan anggap kita adalah SuperMOM atau SuperWOMAN! Kongsi bebanan anda dengan insan terdekat seperti suami dan keluarga. Kita sebagai wanita bekerja untuk mengurangkan beban suami, jadi adalah wajar untuk suami untuk turut membantu dalam urusan rumahtangga. Contohnya suami mungkin boleh menjaga anak sementara isteri sedang memasak di dapur. Antara tugas lain yang boleh diberikan kepada sang suami adalah tugasan-tugasan seperti memandikan anak, menyidai kain, membersihkan rumah dan sebagainya.
Ramai suami yang faham akan beban yang digalas oleh seorang isteri dan ibu. Berbincanglah dengan suami supaya tanggungjawab di rumah yang boleh dikongsi bersama.

TUKAR JADUAL
Jika tekanan terlalu besar akibat bekerja, mungkin boleh diusahakan untuk berbincang dengan majikan agar masa bekerja yang lebih fleksibel dapat diberikan. Dengan lebih kelonggaran dari segi aturan masa waktu pejabat (datang lebih awal dan pulang lebih awal dari masa bekerja yang biasa), secara tidak langsung stres dan tekanan dapat dikurang kerana tidak perlu bersesak di jalanan dan menjimatkan masa. Ada juga syarikat yang memberi peluang bekerja dari rumah. Ia adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk dilakukan walaupun jika dilihat kembali jadual bekerja harian, mungkin ada yang berkata adalah sesuatu yang mustahil untuk ianya berlaku. Tiada yang mustahil!


PERSPEKTIF BERBEZA
Jika anda bekerja sepenuh masa sekarang, mesti anda ada pemikiran seperti saya semasa masih bekerja dahulu iaitu mahu berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa.
Tahukah anda? Kajian yang dilakukan oleh TheBump.com dan Forbes Wanita menunjukkan bahawa 92% ibu bekerja sepenuh masa adalah tertekan dan 89% surirumah sepenuh masa juga mengalami tekanan!
Jadi tidak ada beza tahap tekanan sama ada anda bekerja sepenuh masa atau suri rumah sepenuh masa, apatah lagi ibu yang bekerja dari rumah seperti saya icon smile Tips Mengurangkan Stres atau Tekanan Khas Untuk Wanita
Marilah kita lihat situasi kita dari sudut yang berbeza. Syukuri detik ini dan jalani kehidupan dengan lebih tenang, gembira dan ceria.

VITAMIN ANTI-STRES
Saya mengamalkan vitamin semulajadi B-ComplexShaklee dan beberapa vitamin dan supplement lain bagi membantu saya lebih cergas dan bertenaga. Vitamin B-complex turut dikenali sebagai vitamin penenang atau vitamin anti-stres.
Vitamin B-Complex Shaklee sangat disarankan bagi mereka yang sering terdedah kepada tekanan seperti pelajar, pekerja, peniaga, dan sudah semestinya wanita-wanita, ibu-ibu dan isteri-isteri yang hebat di luar sana!


* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI?~
DAPATKAN DARIPADA :
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox Nadia okeh..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003



No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png