Hadiah terbaik buat Naufal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Rindunya mak long kat budak tecik ni.. Rasa macam dah lama tak jumpa. Tengok2 dah beshar dah.. Tomeynya la sekarang ni. Geramnya la Maklong tengok Naufal Maklong ni. Gebu tangat… Berkat minum susu ibu ke sayang..? Kulit cantik jea.. Comelkan dia..?

Walaupun Nadia belum berkahwin & tiada anak, semangat nak tengok anak membesar tanpa susu formula tetap membuak2. Oleh kerana, Maklong masih bujang dan taknak anak buah kesayangan Maklong minum susu formula, Maklong hadiahkan set penyusuan budget Shaklee   ( ESP + Alfalfa ) untuk ibumu Muhammad Ukasyah Naufal supaya susu ibu Naufal sentiasa “meriah” untuk Naufal musyuk ni.. Maklong nak Naufal membesar dengan sihat.

Walaupun hanya set budget tapi hasilnya memang teramat puaskan hati. Jeles Maklong. Terasa nak baby sendiri  pulak.. (hehehe..ter-over sudah). Biarpum budget tapi hasil lumayan. Kan.. kan.. kan..
 
Kalau nak tau ESP dan Alfalfa ni mempunyai kelebihan macam2 tau. Bukan hasil untuk anak je, tapi ibu juga dapat rasakan hasilnya. Meh kita tengok Kelebihan ESP & Alfalfa ni :

Kelebihan ESP :
  • Kulit semakin cantik, gebu, halus dan berseri
  • Parut di muka jadi pudar
  • Tenaga berpanjangan pagi ke malam
  • Kurang letih 
  • Memberi rasa kenyang yang agak lama, sesuai bagi ibu yang nak menghilang berat badan
  • Sistem perlindungan badan semakin bagus
  • Mengawal paras kolestrol
  • Menyokong kesihatan jantung dan prostat
  • Penyerapan vitamin lain lebih baik dengan ESP
  • Mengurangkan alergik

 Kelebihan Alfalfa :
  • Sistem penghadaman lebih baik
  • Mengawal kolestrol dalam darah
  • Membuang toksik dalam badan
  • Mengurangkan masalah gastrik
  • Membantu merawat keputihan
  • Mengelakkan bau badan (tak payah beli deodorant)
  • Mengurangkan asthma
  • Memberi kesan 'Kacip Fatimah' untuk si ibu.
  • Meningkatkan kesuburan
  • Juga, hubungan suami isteri menjadi lebih HOT!

Tak kan hati tak tertawan, tak perlu fikir banyak-banyak kali, inilah Set Penyusuan Shaklee Paling Bajet. Harga yang super bajet dengan kebaikan yang bermacam-macam. Baju cantik, beg cantik boleh je disambarkan, apatah lagi sesuatu yang baik untuk ibu dan si kecil. Jom sambar sekarang. Cepat2 call/whatsApp/SMS Maklong Naufal ni okeh. Untung2 kulit dapat baby comei macam Muhammad Ukasyah Naufal Nadia ni… ^_^ Peace yooooew…

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

Kaya Dunia, Kaya Akhirat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Siapa pernah bermimpi nak jadi kaya a.k.a hidup senang…? Tipu sangat la kan kalau ada yang kata taknak kaya a.k.a senang. Entry kali ni Nadia petik dari ILuvislam. Sebab artikel dia menarik hati Nadia. Kaya Dunia, Kaya akhirat. Yup, itu ynag Nadia mahukan. Kalau Nadia kaya,Nadia tak beragak2 nak sharing harta Nadia dengan sesiapa pun dan nak buka “pusat Kebajikan” Nadia sendiri. Bestkan dapat berkongsi kasih dengan orang yang kurang bernasib baik macam kita. Ya-Allah,bilalah mimpi Nadia ni nak menjadi kenyataan…?
Alangkah indahnya kehidupan orang kaya. Cakap sahaja apa yang dimahukan, hampir semuanya boleh dapat. Malah, kalau pegi ke mana-mana, ada sahaja yang hendak memberikan layanan ala first class. Jadi kalau ditanya kepada sesiapa – mahukah menjadi papa ataupun muflis? Jawapannya sudah tentu tidak!
alt
Namun, dalam pada ramai yang cuba mengelak daripada menjadi muflis di dunia, ada antaranya pula terlupa untuk mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak bankrap di akhirat. Sebab itulah ada yang ghairah mengaut kekayaan dengan bermacam-macam cara sama ada ‘halal’ ataupun ‘haram’. Tetapi di celah-celah itu juga masih ada terselit segelintir orang yang begitu ghairah membuat persiapan untuk kaya di akhirat. Cuma sayangnya, mereka papa pula di dunia.
Menurut Prof Madya Hj Mohd Nor Mamat, pensyarah di Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, seorang Muslim bukan hanya perlu mengejar kemewahan duniawi, tetapi juga kekayaan akhirat. Ini bersandarkan kepada sepotong ayat yang terdapat dalam kitab al-Quran.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Hendaklah tuntut kampung akhirat dengan (kekayaan) yang diberikan Allah kepada engkau dan janganlah engkau lupakan bahagian (nasib) engkau dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada manusia) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada engkau dan janganlah engkau berbuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang-orang yang memperbuat bencana itu.” (al-Qashash:77)

Tegas beliau lanjut, penilaian kepada muflis di dunia adalah bersandarkan kepada harta, sementara akhirat pula adalah pahala. Justeru itu, untuk menjadi individu kaya di ‘hari kemudian’ kelak, kekayaan harta dunia itu perlu ditransformasi atau ditukarkan kepada bentuk pahala.
Lakukan transformasi
“Kita tidak boleh mengejar kekayaan hanya untuk di dunia atau hanya untuk di akhirat sahaja. Kita juga tidak boleh menjadi bankrap di dunia semata-mata hendak menjadi kaya di akhirat. Kita kena kedua-duanya sekali. Sebab manusia yang paling baik adalah yang kaya di dunia dan kaya juga di akhirat. Dengan kata lain, dia kaya harta dan kaya pahala,” hurai beliau.
Sambung Prof Madya Hj Mohd Nor, individu kaya beruntung kerana dia boleh menukarkan aset dunianya bagi membolehkan dia membuat pelaburan pahala di akhirat. Hal ini berbeza pula dengan orang yang kurang berada, apalagi seorang fakir. Namun, golongan yang berada harus ingat – kalau hari ini dia kaya di dunia, tidak mustahil dia boleh menjadi muflis di akhirat gara-gara gagal menggunakan hartanya secara berhikmah di jalan Allah. Dan boleh jadi harta itu juga akan menyebabkan dia lengah masuk syurga.
Namun, bagi yang kurang berada pula, walaupun peluang menggandakan pahala untuk akhirat tidak sebanyak orang kaya, dia juga sebenarnya turut beruntung. Ini kerana kata Prof Madya Hj Mohd Nor, kurang harta akan menyebabkan dia kurang berbuat dosa dalam proses pengendalian harta yang ada.
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai cara untuk mengaut pahala demi kekayaan di akhirat. Bagi yang berkemampuan dari segi material, sudah tentu membelanjakan harta dalam bentuk yang diredai Allah boleh menukarkan ia kepada pahala. Bagaimanapun, tegas beliau, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi.
“Syarat pertama, benda yang kita belanjakan itu tidak termasuk dalam perkara haram. Kedua, niat mestilah ikhlas kerana Tuhan. Ketiga, kena melakukan dengan sedar. Jika tersilap bagi itu, itu termasuk dalam kategori tidak sedar. Jadi tidaklah mendapat pahala. Dan yang keempat pula tidak menafikan arahan-arahan Tuhan yang lain. Kalau cukup syarat tadi, perbelanjaan harta kita akan bertukar kepada pahala akhirat,” jelasnya sambil menambah semuanya itu turut dikenali sebagai syarat ibadah umum.
Mengulas perihal ada orang yang sanggup menghabiskan keseluruhan hartanya untuk bersedekah, Prof Madya Hj Mohd Nor berkata, itu bukanlah cara terbaik untuk membuat pelaburan di akhirat. “Kalau kita hendak mendapatkan banyak pahala sebagai saham di akhirat, janganlah pula sampai kita melarat, tidak boleh hidup di dunia… Kita kena tengok model Rasulullah SAW,” ujarnya.
>Mengulas lanjut, beliau memetik kisah yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad. Baginda pernah bertanya kepada sahabat – siapa yang mahukan pahala di akhirat dengan menginfakkan harta benda mereka? Lantas Abu Bakar bangun dan berkata ya. Rasulullah bertanya berapa banyak? Dan Abu Bakar memberitahu ingin menginfakkan keseluruhan hartanya sehingga yang tinggal hanyalah rasul dan Tuhan.
Mendengar kata-kata Abu Bakar, Nabi Muhammad terus berkata tidak boleh. Kemudian Umar Al-Khattab pula menawarkan diri dengan menginfakkan separuh daripada hartanya. Ini turut ditolak oleh baginda. Sebaliknya Rasulullah menegaskan bahawa hanya satu pertiga sahaja yang boleh diinfakkan. Selebihnya adalah untuk diri dan keluarga.
Bersedekahlah kepada keluarga
Sambung Prof Madya Hj Mohd Nor lanjut, walaupun seseorang itu melakukan sesuatu demi meraih pahala untuk akhirat, dia tidak boleh meletakkan dirinya di dunia dalam jurang kemusnahan. Dengan kata mudah, seorang Muslim tidak boleh sengaja menyusahkan dirinya. Selain itu, beliau turut menegur sikap kebanyakan Muslim yang menganggap sedekah tidak boleh diberikan kepada keluarga. Tegasnya, ini merupakan antara salah faham yang perlu diperbetulkan.
“Bagi sedekah dalam Islam sebenarnya bermula dari kaum kerabat dulu. Maknanya kalau kita tidak beri cukup makan kepada keluarga kita, tetapi kita beri sedekah kepada orang lain walaupun anak yatim, itu sudah kira salah. Kita kena utamakan keluarga, kemudian baru kepada anak-anak yatim. Kalau emak kita miskin, kita kena bagi dulu kepada emak. Sebab sedekah kepada emak itu lebih perlu,” beritahunya.
Selain itu, untuk meningkatkan saham pahala di akhirat, seseorang itu juga perlu berilmu. Ini kerana dengan ilmu tersebut dia akan bijak membuat pilihan disebabkan dia tahu yang man satu harus menjadi keutamaan. “Ulama ada kata, orang berilmu buat benda sikit. Tetapi pahalanya banyak sebab dia tahu mana satu menjadi keutamaan. Dia bijak dalam mengenal peluang pelaburan.” 
Bestkan jadi orang kaya..? Jom kita sama2 mengejar kejayaan dalam dunia dan akhirat. Yang mana kerja makan gaji, pakatlah kita mencari biznes part-time dan menjaga bisnes kita sehingga ia menjadi punca utama rezeki kita. Rasullullah s.a.w menyatakan 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Banyak bisnes part-time sekarang yang tidak memerlukan modal yang banyak. Hanya memerlukan kesungguhan dan pengorbanan kita sahaja. Nak tau KLIK SINI.


SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003




Selamat Hari Guru

Assalamualaikum semua,

Salam Jumaat semua.. Hari ni 16 Mei kan..? Kecoh satu Malaysia hari ni “Hari Cikgu” bukan guru.. heheeh.. masih belum terlambat untuk kita wish “Selamat Hari Guru” buat cikgu2 kita.

Terima Kasih cikgu.. tanpa ilmu yang cikgu bekalkan, belum tentu Nadia dapat mengeja dan mengenal belajar. Jasamu daku kenang sampai akhir hayat..

Selamat Hari Guru buat cikgu yang berada di : 

Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Sheh Barakbah
Sekolah Menengah Teknik Nibong Tebal

IKBN Chembong N.Sembilan

Dan buat pengetua Kak Norita dan guru pebimbing Ummi Jannah Nadia dalam Shaklee. Walaupun Nadia berada dalam organisasi berstatus kerjaya, tapi sebenarnya upline2 Nadia ni leih banyak mengajar dari mengarah. Terima kasih mencurahkan ilmu kepada Nadia dan membantu Nadia dalam kerjaya bersama Shaklee.

Nadia & Part-Time

Assalamualaikum..

Hmmm.. Pernah tak rasa macam ni.. bila tengok orang gaji besar, duit banyak, shopping tak perlu tunggu gaji, bercuti sana sini tak kira hari keje @ cuti sekolah, pakai cantik2, ada kereta sendiri,rumah sendiri pasti Hati ni pasti berdetik.. bila la Nadia nak merasa macam orang lain. Merasai nikmat macam orang lain rasa shopping anytime, nak beli apa2 tak perlu pikir 2-3kali, bercuti tak perlu nak kumpul duit dulu dan macam2 lagi la. Keje kerani memang la mulia,halal tapi gaji bulanan yang kita dapat dah tentu tetap setiap bulan. Bila dah buat pengagihan.. berapa je tinggal. Nadia buat contoh diri Nadia, taknak pilih orang lain pun. Sebab Nadia sendiri pun kerja sebagai kerani di sebuah kompeni swasta. Jom kita tengok pengiraan budget bulanan kasar Nadia.

Anggaran gaji RM1200/bulan.

Jom kita baut huraian sikit gambar “salary Bulanan Nadia”

Mak & abah, Loan, Simpanan dan takaful, Kecemasan = RM550. Baki gaji Nadia masih ada RM650 lagi.. Budget kecemasan teramat takut nak guna. In case, mak abah sakit kat kampung, duit tu la penyelamat Nadia utk balik kampung.. So, Meh kita huraikan berapa yang tinggal RM650 ni.

·         Belanja makan = RM10 / hari. ( 30hari x RM10 = RM300 )
·         Duit Poket = RM5 / hari. ( 30hari x RM150 )
·         Total = RM450.

Dari gambar di atas, budget utk belanja hanya RM500. Bila kita dah buat pengiraan, belanja harian meliputi utk 30hari adalah RM450. So, budget dari belanja Nadia hanya tinggal RM50. Dengan RM50 ni lah Nadia bershopping.. hehehe.. Kalau lah Nadia terlajak shopping, dalam bulan tersebut.. hehehe..alamatnya,Nadia terpaksa ikat perut dalam bulan tersebut… hehehe..maka”ramping” la perut Nadia seketika. Katakanlah perut ni tetiba teringin nak makan kat fast food macam Nando’s ke, pizza hut ke, takpun Secret Resipi.. tak ke budget “belanja makan” Nadia dah lari…? Huhuhu.. sop..sop…sedihnya bila kenangkan budget Nadia..

Utiliti semestinya budget yang tak boleh lansung diusik, SEBAB ia adalah bil tetap bulanan Nadia. U olls jangan tak tau, bila dah ada belog ni,benda wajib kena ada adalah INTERNET. Dan bila dah “smartphone” ni.. mestilah ada topupnya. Yang untung untuk Nadia sekarang, Nadia gunakan Wifi Mudah alih YES. Bulanan utk wifi ni pun RM80/bulan tau tapi Nadia boleh berjimat sebab ada wifi,boleh guna sekali utk smartphone Nadia... heheheh…jimatkan..? tapi kredit untuk call tetap tak boleh lari.. huhu.. RM30/bulan pasti wajib.. huhu.. Untuk Utiliti ni jea pun Nadia dah habis RM110/bulan. Belum termasuk bil api/air rumah lagi. Walaupun Nadia stay dengan mak ayah angkat Nadia, takkan 100% ulitiliti rumah Nadia buat bodoh jea.. Lemak berkrim ler gitu.. So, Nadia laburkan baki dari utiliti Nadia untuk utiliti rumah sikit. Lesap dah RM150..

Kesimpulannya, gaji RM1200 sebulan belum mampu untuk berada dalam zon selesa lagi. Bila dibahagikan, berapa sangat yang tinggal. Kos sara hidup makin meningkat. Nasi lemak pun RM1.50 sekarang sebungkus. Ni pengiraan hidup bujang tau… Nadia bujang lagi nih.. belum berkeluarga. Walaupun Nadia akan bergelar seorang isteri 1 hari nanti, bayangkan kalau Encik suami yang bekerja seorang dan puan isteri tiada pendapatan. Apakah mampu kita hidup selesa..?
Oleh kerana Nadia merasakan gaji Nadia ni hanya untuk cukup2 makan. Tak pernah lepas  untuk bersedekah dan berzakat. So,Nadia decide untuk cari part-time yang tak memerlukan komitmen yang tinggi. Alhamdulillah,rezeki dari Allah kita tak tau. Nadia dapat buat part-time dengan berbiznes Shaklee. Internet ada,so manfaat betul2. Buat bisnes online. Shaklee online jea tau.. bukan Nadia kena jual kat kedai2 @ pasaraya @ jadi live promoter. Online jea. Tapi income alhamdulillah. Sapa nak bagi walaupun setakat RM10,20 sebulan. Lepas la duit topup Nadia.


Kalau anda pun ada masalah gaji tak cukup macam Nadia, meh sama2 dengan Nadia buat part-time. Tak jejas pun kerjaya anda sekarang. Betul,Nadia tak tipu. Hanya perlu bersungguh-sungguh jea. Walaupun sekadar part-time, Nadia dah merasa income part-time ni 3angka tau.. Nadia tak keluarkan modal beribu. Modal pun hanya RM65 jea untuk seumur hidup. Pulangan Nadia dah merasa balik modal dah tau. Terasa keselesaan sikit bila ada side income. Kalau rasa nak ubah hidup, bertindak sekarang. Segalanya bermula dari kita. PM Nadia laju2 okeh.



SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003










Sayang Mak...!!

Assalamualaikum..
Lamanya jari jemari Nadia tak menari atas keyboard PC. Nak kata sibuk takde la sangat. Tapi mungkin ni adalah Aturan Allah yang terbaik.. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah-Nya.

Rasanya belum terlambat lagi nak wish Terima kasih buat mak Nadia tercinta.. Bersempena hari Ibu yang di kecoh2 kan.. hehe..bagi Nadia tiap hari hari ibu. Tak semestinya nak tunggu tarikh keramat 11 Mei setiap tahun.


Buat Mak, biarpun mak tak pernah tau pasal belog2 ni dan tak jenguk belog anak mak yang comel ni.. Along tetap nak luahkan.. along sayang mak dunia akhirat, terima kasih bersusah payah “bawak” dalam perut mak selama 9bulan, jaga along sampai along dah besaq panjang macam ni. Terima kasih jugak bagi along kasih sayang. Segala apa yang mak bagi pada along memang tak ternilai dan tak mampu along nak gantikan dengan duit mahupun harta benda dalam dunia ni.. Semoga Allah lindungi mak dunia akhirat, panjang umur, diberkati dan sihat selalu… Sayang mak ketat2..


Doakan anak mu ini Berjaya dunia akhirat. Sukses dalam bisnes Shaklee dan dapat hadiahkan mak abah ke Tanah Suci,Mekah.. Along tak mau wish "selamat hari ibu" Sebab bagi along hari2 along adalah hari untuk mak..


Dan buat bonda angkat tercinta, Ma Che Sharifah. Terima kasih jugak sebab ma sudi beri Nadia tumpang kasih sayang ma dikala mak kandung Nadia jauh di utara. Jasa ma hanya Allah yang mampu bayar. Semoga Ma cepat sembuh dan kembali senyum macam dulu2..

Hargailah ibu & abah kita semua.. Tanpa mereka belum tentu kita ada untuk melihat bumi Allah ni. Takde mak ayah yang dapat diganti. Mak ayah angkat ke, mak ayah mentua ke, semua sama jea. Mereka tetap ada naluri mak ayah. Jangan abaikan mereka,jadi anak yang terbaik utk mereka. Dan palinggggg penting jangan layan diorg macam kucing kurap. Walaupun Bahasa agak kasar tapi itulah hakikatnya sekarang. Wallahu a’lam

Nadia vs Sembelit

Assalamualaikum..

Salam Jumaat Semua… Pergh…lega rasanya pepagi macam ni dapat membuang.. hehehe.. best… ringan rasa perut ni… sisa-sisa kumbahan dah dikeluarkan semua…

Nadia ni pesakit tegar sembelit ni.. disebabkan itu, Nadia terpaksa cari supliment untuk bantu perut Nadia supaya tak simpan sisa makanan yang Nadia makan malam2 sebelumnya atau hari2 sebelumnya.. hehehe… macam banyak je kan bunyi sisa2 makanan yang Nadia makan.

Malam2 sebelum nak tido..merangkak-rangkak Nadia cari Herba-Lax. Ni “julap moden” a.k.a “Doktor peribadi” kepada penyakit sembelit Nadia yang tak dijual kat pasaraya mahupun klinik ataupun farmasi tau…. Hehehe…berapa banyak ‘pun’ la Nadia nak tulis. Memang takkan ada dijual yea kat tempat macam tu. Kalau nak, boleh la “calling2, whatsApp2 @ wechat2” Nadia k.. hehehe..promot nih…

Untung beli herblax ni.. sebotol ada 120biji. Makan 2-3 kali seminggu jea. Sekali makan 2-4biji. Dalam seminggu ada kot 12 biji jea makan. Sebotol ni tahan 2-3bulan jugak la.. Harga pun berbaloi RM52 jea. Nak tengok rupa Herb-lax..? Tengok gambar kat bawah ni..

Herb-lax ni bagus sangat..bukan nak promot..tapi kenyataan. Hakikatnya Herb-lax memang “Julap moden” terbaik tau.. Bukan ubat tau..tapi suplimen yang jaga usus kita.. herblax Nadia kategorikan dalam kategori A. Tiptop servis tau herblax bagi.

Tapi jangan la makan herblax hari2 tau.. Nanti usus kita ni “manja” sangat..Tak boleh buang jea,cari herblax.. Sikit2 herblax.. tau la herblax ni baguskan… hehehe.. So, Nadia ambik herblax 2-3 kali seminggu je pun dah okeh… Nadia ambik Ostematrix sekali.. Nadia baru je ambik Ostematrik ni.. tapi kesan dia pun tiptop payah dah nak kena sembelit ni.. Nak tau info lagi tentang ostematrix.. klik sini


:-) Ostematrix 120biji RM61
:-) Herblax 120biji RM52

Bestkan “Julap Moden a.k.a doctor peribadi” Nadia..?? Jom cepat2 dapatkan “doktoR” untuk usus kita.. tersangat berbaloikan harga dia.. Cepat2 tau contact Nadia. Detail kat bawah okeh..

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

KETAHUI 6 JENIS MAKANAN UNTUK MENCERAHKAN KULIT


Selain mendapat kan rawatan di spa,menggunakan produk pencerahan dan skin care bagi mendapatkan kulit yang cerah terdapat cara lain yang boleh dilakukan untuk mencerahkan kulit. Caranya melalui pemakanan. 

Namun apakah makanan yang perlu diambil untuk mendapatkan kulit cerah berseri seperti yang diidamkan?
 

6 Jenis makanan tersebut ialah :-
 
Tomato
 Hasil kajian menunjukkan bahawa responden yang mengambil puri tomato sebanyak lima sudu dalam tempoh tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinaran matahari. Selain kaya likopen, buah tomato juga merupakan makanan yang boleh menjadikan kulit memiliki lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit menjadi kendur.
 
Strawberi
 Segelas air strawberi mengandungi 130 peratus vitamin C, iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Kolagen berfungsi untuk membantu kulit stabil dan lembut. Semakin banyak vitamin C yang diambil, semakin sedikit garis-garis halus muncul di kulit.
 

Salad
 Setiap enam helai daun salad mengandungi 100 peratus vitamin A. Vitamin ini berfungsi untuk meremajakan kulit dengan cara meningkatkan penggantian sel. Di samping itu, salad juga mengandungi kalium yang dapat menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.
 

Telur
 Telur mengandungi lutein dan zeaxanthin, yang berfungsi untuk mencegah kerosakan kulit akibat sinar ultra lembayung. Di samping itu, telur juga dapat membuat kulit lebih lembut, tegang dan lembap.
 

Epal
 Kulit buah epal banyak mengandungi quercetin, iaitu antioksida yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran sinar ultraviolet (penyebab berlakunya kanser kulit).
 
Soya
 Soya adalah makanan yang kaya dengan isoflavon. Sebuah penyelidikan mendapati bahawa kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila wanita berusia 30 hingga 40 tahun. Oleh itu, banyakkan mengambil soya setiap hari.

Mungkin ramai diantara anda yang tidak makan sayur atau buah buahan tetapi anda tidak perlu risau kerana anda juga boleh mendapatkan khasiat yang sama seperti mengamalkan makanan yang disarankan dengan mengamalkan suplement.
Terdapat banyak suplement diluar sana tetapi seharusnya kita akan MEMILIH suplement yang terbaik kan. Suplement terbaik sudah tentunya Set Kecantikan Shaklee dan ia mempunyai suplement yang lengkap yang diperlukan oleh kulit.



* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png