Tarikh Puasa Sunat Arafah 2014

Tarikh Rasmi Puasa Sunat Arafah 2014 Di Malaysia

Tarikh rasmi puasa sunat Arafah pada bulan Zulhijjah 2014 Di Malaysia. Seperti sedia maklum, puasa sunat Arafah di Malaysia bagi tahun 2014 jatuh pada 4 Oktober 2014 bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1435H. Penentuan hari puasa Arafah ditentukan pada setiap hari kesembilan (9) pada bulan Zulhijjah menurut takwim Islam. Manakala tarikh hari raya Aidiladha pula jatuh pada hari ke 10 Zulhijjah bersamaan dengan 5 Oktober 2014. Puasa sunat Hari Arafah adalah disunatkan kepada umat Islam yang tidak berkesempatan menunaikan haji di Mekah.

tarikh puasa arafah 2014

Tarikh Rasmi Puasa Sunat Arafah 2014 Di Malaysia
9 Zulhijjah 1435H: 4 Oktober 2014 (Hari Puasa Sunat Arafah pada tahun 2014 di Malaysia)

Maksud Puasa Hari Arafah 2014
Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi umat islam yang tidak melakukan ibadah haji di Mekah. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.

Waktu Pelaksanaan Puasa Arafah 2014
Pelaksanaannya puasa Arafah pada tarikh 9 Zulhijjah 1435H atau bersamaan dengan 4 Oktober 2014 bermula terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Lafaz Niat Puasa Arafah 2014


lafaz

Sumber: Tarikh Rasmi Puasa Sunat Zulhijjah 2014 Di Malaysia | melvister.com 



Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

Puasa Arafah

Besar ganjaran puasa Arafah



SOALAN 1:

Apakah kelebihan berpuasa pada hari Afarah?


JAWAPAN:

Terdapat beberapa hadis yang sahih menggalakkan orang Islam yang tidak ke Tanah Suci Mekah supaya berpuasa pada hari Arafah. Di antara sabda Baginda bermaksud: Ditanya kepada Rasulullah s.a.w. berhubung puasa pada hari Arafah, maka Baginda bersabda: Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun selepas. (riwayat Muslim).

Daripada Abi Qatadah daripada Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Berpuasa pada hari Arafah, sesungguhnya aku mengharapkan daripada Allah agar dihapuskan dosa selama satu tahun sebelumnya dan satu tahun selepasnya. (riwayat Abu Daud, al-Nasie dan al-Tirmizi)
Yang dimaksudkan setahun sebelum ialah setahun sebelum 9 Zulhijjah dan setahun selepasnya ialah setahun selepas 9 Zulhijjah, ini bermakna penghapusan dosa bagi dua tahun berturut-turut.

Dua hadis di atas, jelas bahawa sunat kita berpuasa pada hari Arafah di dalam, Bab Puasa Sunat. Sebagai anak Adam kita tidak terlepas daripada melakukan dosa sama ada yang kita sedar ataupun tidak, kecil mahupun besar. Maka dengan adanya peluang sebegini adalah untuk manusia mengambil peluang bertaubat dan menginsafi diri.

Bagi mereka yang ingin mengqada puasa wajibnya, sekiranya dia berpuasa pada hari Arafah dengan niat qada, puasanya sah dan pada masa yang sama mendapat ganjaran yang dijanjikan dalam hadis di atas. Ini tidak bermaksud menangguhkan puasa wajib qada sehingga hari Arafah, ini kerana qada puasa wajib perlu disegerakan. Namun jika ada yang ingin mengqada tidaklah terlepas daripada ganjaran yang dijanjikan. Kerana yang wajib itu sifatnya kulliy dan sunat Arafah ialah juziy. apabila kulliy bertemu dengan juziy, maka juziy ikut sekali. Ini juga kerana adanya musaadafah bertemu yang wajib dengan sunat yang mempunyai fadilat, maka fadilat akan diperoleh oleh orang yang berpuasa pada hari Arafah.

SOALAN 2:

Saya seorang lelaki gay tetapi dari luaran kelihatan seperti lelaki normal. Seingat saya tidak pernah melalui pengalaman pahit sehingga menjadikan saya begini. Sekarang umur saya hampir mencecah 30-an. Saya bukan seorang gay yang aktif tetapi pernah mempunyai pasangan sesama jantina. Sejak kebelakangan saya mula berfikir hidup begini tidak ke mana (melukakan, kesunyian dan kebanyakannya berorientasikan seks semata-mata) dan dilaknat Allah. Apa yang harus saya lakukan?

JAWAPAN:

Apa yang berlaku dan kecenderungan saudara adalah sesuatu yang tidak normal bagi seorang lelaki. Allah s.w.t. menjadikan pasangan bagi manusia adalah kaum lain jenis, lelaki sukakan perempuan dan begitu sebaliknya. Ini yang dinamakan fitrah tabie manusia. Apabila seorang lelaki atau seorang perempuan sukakan jenis yang sama, malahan sanggup melakukan perbuatan yang terkutuk di sisi agama. Puncanya manusia hilang hala tuju kehidupan yang sebenar. Setiap orang perlu melihat kepada asal usul kejadiannya.

Jika dilahirkan sebagai seorang lelaki maksudnya Allah mahukan dia menjadi lelaki dengan memenuhi segala ciri yang perlu ada pada seorang lelaki, ini termasuklah persoalan kecenderungan nafsu. Lelaki suka dengan perempuan adalah normal tetapi apabila lelaki suka pada lelaki itu sudah tidak normal.

Cuba lihat kepada perkataan tidak normal, apa perasaan saudara bila saudara tergolong dalam golongan tidak normal? Maksudnya tidak seperti lelaki-lelaki lain, pelik, buruk perangai, orang tak suka, Allah murka. Orang yang tabiatnya tidak normal hebat atau hina? Punca yang lain ialah gagal mengawal nafsu. Sedangkan nafsu dalam banyak keadaan mengajak manusia melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak fitrah.

Nafsu perlu dikawal, perlu dibenteng dengan amal ibadat. Di antara amalan yang dapat mengawal nafsu ialah memperbanyakkan zikir, membaca al-Quran, bersedekah, solat berjemaah, hadir majlis-majlis ilmu. Ini di antara imunisasi sebagai antibodi bagi mengawal nafsu.

Seterusnya berusaha dengan bersungguh-sungguh daripada melibatkan apa sahaja aktiviti yang boleh mengundang kepada rasa minat kepada kaum sejenis. Ada kalanya cara berfikir juga mempengaruhi perasaan seseorang, suka berfikir dan berkhayal menjadi punca berikutnya seseorang itu merangsang minatnya pada kaum sejenis. Saya yakin perkara sebegini tidak akan berlaku kepada orang yang berfikiran positif.

Apa dikhuatiri ialah bila sesuatu perkara yang tidak baik sudah dianggap alah bisa tegal biasa. Sudah seronok, tak peduli dengan hukum Allah, tak kisah kalau Nabi tak mengaku umat, tak kisah bercanggah dengan adat.

Saudara masih belum terlambat, keinginan saudara untuk berubah sudah ada, bila saudara mahu bertanya tanpa berselindung adalah gambaran awal saudara mahu berubah. Di dalam al-Quran dan hadis banyak menceritakan mengenai kaum Nabi Lut a.s. Firman Allah: Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas. (al-Araf: 81 ).

Kemurkaan Allah ke atas kaum ini jelas apabila perkampungan kaum Nabi Lut a.s. diterbalikkan. Firman Allah yang bermaksud: Akhirnya Merekapun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya), dan Kami hujani atasnya Dengan batu dari tanah Yang dibakar. (al-Hijr: 73-74 ).

Allah menjadikan perkampungan kaum Nabi Lut yang diterbalikkan itu sebagai kesan peninggalan sejarah serta bukti kemurkaan Allah.
Ini jelas dalam firmannya yang bermaksud: Dan Kami tinggalkan di negeri itu (timbunan batu-batu Yang telah menghujani dan membinasakan mereka), sebagai tanda (yang mendatangkan keinsafan) bagi orang-orang yang sedia takut kepada azab siksa yang tidak terperi sakitnya. (al-Dzariyaat: 37).

Kebanyakan ahli sejarah menyebut bahawa Laut Mati yang terletak di bumi Jordan itu asalnya perkampungan kaum Nabi Lut a.s. Maksudnya Allah akan membinasakan sesuatu kaum yang melanggar perintahnya, apatah lagi jika melanggar fitrah yang telah dijadikan bagi manusia mengikut kehendak takdirnya.
Tiada yang tidak boleh berubah, hatta takdir Allah juga boleh berubah dengan doa yang mustajab.

Bina kehidupan saudara menjadi lelaki yang normal, berkahwin, mendidik isteri dan anak-anak. Tanggungjawab sebagai seorang lelaki cukup mencabar, jika kehidupan ini dicemari dengan nilai-nilai yang negatif apa erti kita menjadi manusia?
Kita adalah sebaik-baik kejadian. Kita telah dan akan terus mulia jika kita menjadi insan yang soleh, taat kepada Allah dan Rasul-Nya serta mengaplikasikan etika hidup yang harmoni.



Artikel Penuh: Utusan Malaysia © Utusan Melayu (M) Bhd 


Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

Liebster Award #1 by Ara

Apa itu Liebster Award?

 

Anugerah Liebster dicalonkan untuk blogger yang pengikut adalah kurang daripada 500. Blog Nadia telah tersenarai untuk kategori Anugerah Liebster. Kemudian blogger yang Nadia calonkan dalam anugerah ini harus mengikuti peraturan yang diberikan dan ditetapkan dalam anugerah ini. Mereka ialah:
  • blogger yang dicalonkan oleh Nadia dengan link blog mereka.
  • menjawab 11 soalan dari Nadia.
  • Blogger tersebut perlu mencalonkan 11 blogger lain dengan pengikutnya
  • diberi nama yang lebih kecil tetapi dengan banyak potensi.
  • Blogger yang di tag perlu mencipta 11 soalan korang tersendiri untuk dijawab.
  • Senaraikan memberitahu penama blogger setelah korang siapkan soalan korang.
Dan untuk pertama kalinya Nadia di tag untuk menyertai Liebster Award ni oleh Ara, Nadia jawab yea soalan Ara.

1) subjek yang paling tidak diminati di sekolah. kenapa?
Sejarah.. selalu dapat cikgu sejarah yang membuatkan mata ni ibarat di gam dengan gam gajah.

2) johnny depp atau matt damon? kenapa?
Nadia tak kenal pun siapa mereka ni.. maaf yea tak dapat jawab.


3) angelina jolie atau sandra bullock? kenapa?
Nadia pilih Angelina Jolie.. sebab muka sesuai sangat mainkan watak superbmum.

4) kalau diberi satu peluang, benda apa yang ingin diubah terhadap Malaysia? 
Nadia nak kekalkan hak istimewa orang Melayu. Supaya kita tetap merasa Malaysia adalah tanah melayu yang takkan hilang sampai bila2.

5) korang anak ke berapa. adakah korang seorang yang degil? atau super degil? 
Anak sulong.. heehe.. rasanya tak degil tapi keras kepala jugak la.. hehehe.. macam mana tu...?

6) perdana menteri yang paling berjaya bawak perubahan terhadap Malaysia. korang rasa? 
Tun Mahadhir. Banyak pembangunan dan beliau jugak menjadi idola anak2 melayu sekarang untuk lebih berjaya di persada dunia.

7) kalau diberi peluang kawin dengan anak raja nak tak? bagi 3 sebab.
Nadia tak nak.. Sebab pertama, Nadia tak nak takut dengan darah keturunan di raja.
Keduanya tak suka hidup terkonkong dan sebab ketiga tak nak terikat dengan adat.

8) movie pilihan. bergenre horror atau thriller atau romatik?
Romantik menjadi pilihanku.

9) pendapat jujur korang tentang movie melayu. berbaloi tak berebut beli tiket untuk ke wayang? 
Bergantung kepada movie jugak.. kalau jalan cerita entah apa2, rugiiiiinya.. dan teramat tak berbaloi.

10) makan adalah hobi utama korang. betul atau tak?
Tak la.. hobi utama Nadia "bercinta" dengan novel.

11) antara 7 orang ahli utama Runningman, siapa korang paling suka? sebab? 
Nadia tak demam Running Man.. Nadia tak kenal ahli Runningman. 


Now, turn Nadia pulak nak tag korang.. bukan paksaan tau untuk jawab.. tapi sekadar suka2 je..

 Korang jawab erk soklan simple Nadia ni..tiada paksaan tau..
  1. Korang suka warna apa..? Kenapa..?
  2. tempat percutian dalam Malaysia yang korang paling suka..?
  3. Hobi korang selain blogwalking..?
  4. Korang suka hupdate belog guna smartphone @ lappy..?
  5. Korang suka makan vitamin tak...?
  6. Pelakon Lelaki paling top sekarang yang buat korang berpinau mata..? siapa..?
  7. Korang perasan tak drama2 sekarang semua dari novel..? Betulkan..?
  8. Aktiviti paling korang suka buat bila diri Tension tahap gaban..?
  9. antara abang ngan kakak..? mana yang rapat..?
  10. Sukan paling kelakar.. korang rasa..?
  11. Korang dah ada lesen memandu..? Lesen memandu apa yang korang ada..?




Takdir & Usaha

Usaha kemudian Tawakkal kepada Allah


Terdapat sebilangan orang Islam yang terkeliru tentang konsep takdir (Qada’ dan Qadar), yang mana mereka beranggapan takdir mereka telah ditentukan oleh Allah s.w.t. sejak azali lagi dan dengan itu tidak perlu berusaha.
Hakikatnya, setiap manusia tetap berkewajipan untuk berusaha dan berikhtiar kerana semua perkara ditentukan oleh Allah tetapi manusia diberi pilihan-pilihan untuk mencorakkan hidupnya sendiri.
Nabi Muhammad s.a.w. bertanya kepada seorang Badwi yang meninggalkan untanya tanpa ditambat, “Mengapa kamu tidak menambat unta kamu?”
Orang Badwi itu menjawab, “Aku serahkan takdir dan bertawakkal kepada Allah s.w.t ”

Nabi Muhammad s.a.w. kemudiannya menjawab, “Ikatkan dahulu unta itu, kemudian barulah bertawakkal”.

Sesungguhnya umat Islam perlu percaya pada Qada’ dan Qadar Allah, dan perlu berusaha demi mengelakkan malapetaka atau mengurangkan risiko menanggung kerugian, dalam kes di atas, mengurangkan kebarangkalian hilangnya unta, barulah kemudian bertawakkal kepada Allah dan redha akan ketentuanNya.
Allah s.w.t. berfirman:

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡ
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib/keadaaan sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah keadaan yang ada pada diri mereka. (Ar-Ra’d: 11)

Doa

وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدۡعُونِيٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡ

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Al-Mukmin: 60)

Sabda Rasulullah s.a.w :

(
لاَ يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلاَّ الدُّعَاءُ، وَلاَ يُزِيْدُ فِى الْعُمْرِ إِلاَّ الْبِرُّ) -الترمذي-
“Tidak ada yang boleh mengubah takdir Allah kecuali doa.”

Ayat ini dapat difahami lebih mendalam bahawa doa disyariatkan dalam Islam pada dasarnya untuk mengubah nasib seseorang, sebab apalah gunanya seseorang berdoa kalau dia tidak mengharap perubahan daripada Allah. Baik perubahan umur dengan dipanjangkan umurnya, atau mengharap rezeki dengan meminta ditambahkan rezekinya.
Ajal dan Silaturrahim

Firman Allah Ta’ala:

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٞۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ لَا يَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةٗ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ ٣٤
Dan bagi tiap-tiap umat ada ajal (yang telah ditetapkan); maka apabila datang ajal, tidak dapat mereka lambatkan walau sesaatpun dan tidak dapat pula dapat mereka percepatkan. (Al-A’raaf: 34)
Sabda Rasulullah s.a.w. :
Siapa saja yang ingin dimudahkan rezekinya, dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah menyambung silaturrahim. (Riwayat Bukhari)


Kalau dicermati dan direnungkan, perlu diketahui takdir yang diberi kepada setiap insan itu bukan hanya satu takdir, bahkan ada beberapa takdir.
Contohnya, Allah menentukan ajal si fulan untuk hidup selama 60 tahun, di samping itu juga Allah bagi takdir lain untuk hidup sampai 70 tahun lamanya.
Sesuai dengan hadis di atas, kalau si fulan menyambung silaturrahim maka takdir kedua akan dia capai, tapi kalau tidak maka dia akan diberi takdir yang pertama, iaitu akan hidup hanya sampai 60 tahun saja.
Dinyatakan oleh Ibnu Hajar dalam kitab “Fathu al-Baari”, beliau menerangkan bahawa sesungguhnya hadith dan ayat “Ta’jil” boleh digabungkan bersama, iaitu dengan memahaminya kepada dua bahagian.
Pertama: Maksud penambahan adalah Allah menambahkan keberkatan hidup bagi seorang mu’min yang menjalin silaturrahim.

Kedua: Hakikatnya adalah penambahan umur, di mana seseorang yang menjalin dan menyambung silaturrahim akan ditambahkan umurnya secara angka.
Beliaupun memberikan contoh umur, misalnya, umur seseorang ditentukan Allah antara enam puluh tahun dan seratus tahun, takdir pertama (60 tahun) dinamakan sebagai Qadha’ Mubram, sementara takdir kedua (100 tahun) adalah Qadha’ Mu’allaq.

Wabak Penyakit
Dalam satu riwayat juga disebutkan bahwa tatkala Umar bin Khattab r.a. dan rombongannya melakukan perjalanan ke suatu tempat di Syria, beliau tiba-tiba dikhabarkan bahawa tempat yang dituju sedang dilanda penyakit wabak, kemudian Umar r.a. bermusyawarah dengan rombongan untuk mencari jalan keluar, lantas Umar r.a. dan rombongan sepakat untuk membatalkan perjalanan tersebut dan kembali ke Madinah, kemudian salah seorang sahabat yang bernama Abu Ubaidah tiba-tiba memprotes keputusan Umar yang tidak ingin melanjutkan perjalanan.

فَقَالَ أَبُو عُبَيْدَة بْن الْجَرَّاحِ: أَفِرَارًا مِنْ قَدَرِ اللَّهِ؟ فَقَالَ عُمَرُ: لَوْ غَيْرُكَ قَالَهَا يَا أَبَا عُبَيْدَةَ وَكَانَ عُمَرُ يَكْرَهُ خِلاَفَهُ نَعَمْ نَفِرُّ مِنْ قَدَرِ اللَّهِ إِلَى قَدَرِ اللَّهِ
Abu Ubaidah bin al-Jarrah berkata “Apakah kita hendak lari menghindari takdir Allah?”
Umar r.a. menjawab: “Benar, kita menghindari suatu takdir Allah dan menuju takdir Allah yang lain”
.
Taqwa dan Tawakkal
Firman Allah Ta’ala:
وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُۥ مَخۡرَجٗا ٢ وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَٰلِغُ أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَيۡءٖ قَدۡرٗا ٣
Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya, dan sesiapa yang berserah diri (bertawakkal) kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).
Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At-Talaq: 2-3)
Bangkitlah wahai pemuda-pemudi Islam !
Corakkan kehidupan dengan nilai-nilai Islam.
Bersama usaha ke arah kemenangan Islam.

 Sumber : iluv.islam.com


Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png