10 Tip ‘selamatkan’ wang anda
‘Aduh,
harga barang semakin naik, belanja pun semakin bertambah la nampak gayanya’.
Itulah keluhan yang sering kita dengar kini. Gaya hidup sebagai wanita
bekerjaya memang memerlukan banyak belanja tidak kira di rumah, di tempat kerja
mahupun keperluan peribadi lain. Bertindak bijak dengan berjimat! Itu yang
boleh anda lakukan untuk menangani masalah ini. Ayuh, mari praktikkan
cara hidup berjimat ini untuk ‘selamatkan’ wang anda.
Kad kredit
Untuk mengatakan tidak perlu dalam
kehidupan realiti memang sukar namun memiliki hanya sekeping kad kredit dan
hanya gunakan ketika benar-benar perlu sahaja membantu bajet bulanan anda.
Elakkan berbelanja runcit dengan kad kredit kerana nafsu membeli sukar dikawal.
Beli barang pada harga borong / pukal
Beli barang
secara pukal atau pada harga borong di pasaraya besar malahan ada sesetengah
pasaraya yang menawarkan keahlian yang lebih menjimatkan berbanding kedai
runcit yang mempunyai perbezaan yang agak ketara.
Petrol
Paling penting ialah
servis kereta anda mengikut tempoh yang dicadangkan kerana jika tidak
digantikan minyak hitam atau peralatan yang diperlukan, keperluan petrol memang
akan melebihi dari penggunaan normal. Dalam keadaan genting ini, anda pasti
tidak mahu membazirkan petrol anda bukan?
Masak dan makan di rumah
Bagi wanita
bekeluarga, memasak di rumah adalah yang terbaik. Selain berjimat, anda juga
menjaga kesihatan keluarga kerana banyak makanan luar disediakan dengan perasa
dan perisa tambahan. Sudah tentu anda tidak mahu kesihatan keluarga anda
terjejas bukan? Ingat, kurangkan garam & gula dalam masakan!
Kenderaan ke pejabat
Lebih baik
anda menggunakan kenderaan awam. Jika rumah anda sukar mendapatkan perkhidmatan
ini, cubalah untuk berkongsi kereta dengan rakan anda. Sebenarnya ia juga
menjimatkan wang anda disamping dapat membantu mengurangkan pencemaran udara.
Mix and match baju
Bosan dengan
baju yang sama? Ini bukan alasan untuk anda bershopping ya. Anda perlu bijakmix&match sesuatu
pakaian. Tidak semestinya anda bergaya dengan suit yang sama sahaja. Latih diri
untuk menjadi sedikit kreatif dengan memadankan baju lama dengan yang baru.
Produk baru?
Jika berkenan
dengan sesuatu produk namun harganya mahal pula, apa kata anda buat
pertimbangan yang bijak sebelum membelinya. Fikir sama ada adakah ianya
berbaloi dengan keperluan anda dan berbaloikah dengan wang anda?
Senaman
Jangan menghabiskan
wang anda untuk membeli alat senaman yang mahal. Sesekali gunalah apa yang ada
di sekeliling anda seperti bangku, meja dan sebagainya. Apa yang penting adalah
semangat dan disiplin anda untuk sihat. Jika anda membeli alat senaman yang
mahal harganya dan akhirnya tidak memanfaatkannya, ianya satu pembaziran.
Aksesori
Untuk
aksesori pula, pilihlah yang bersesuaian dengan pemakaian anda seperti rantai
labuh. Pilihlah aksesori yang boleh digayakan dengan pelbagai pakaian.
Contohnya dari segi warna aksesori, jenis dan dari bahan yang ringan dan tidak
membebankan.
Jualan
murah
Jika anda peminat
setia kepada sesuatu jenama yang mewah, namun harganya menidakkan untuk anda
memilikinya. Apa kata tunggu sahaja bila ada jualan murah. Anda mungkin dapat
membeli lebih dari satu barang pada harga yang sama. Ini lebih menguntungkan
bukan.
Sumber : Majalah Nur
Sumber :
Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^)
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
No comments:
Post a Comment