9 Tips Pengurusan Masa

SELAGI ANDA TIDAK MENGURUSKAN MASA, SELAGI ITULAH ANDA TIDAK MENGURUSKAN APA-APA.
Assalamualaikum & Salam Jumaat semua..

Tadi.. Nadia ada masa terluang sikit, Nadia blogwalking dan Nadia terjumpa artikel tentang pengurusan masa ni.. di blog Dr. Ramlan Hamzah. Beliau merupakan seorang kaunselor rasanya. Hehehe.. kekadang Nadia pun bukan yang sempurna dan pandai menguruskan masa dengan sempurna.. kekadang ada je yang tertangguh.. So, Nadia decide nak sharekan di blog Nadia supaya kita sama-sama belajar untuk uruskan masa agar lebih teratur.
 
Terdapat beberapa panduan tentang pengurusan masa yang berkesan. Strategi ini dapat menjimatkan masa dan dapat meningkatkan hasil aktiviti belajar, hasil kerja rumah dan hasil tugasan harian anda dengan berkesan.

Berikut merupakan strategi tersebut;
1. Boleh Menangguhkan Kerja Tetapi Kerja Yang Tidak Penting.
Bukan semua menangguhkan kerja itu tidak baik tetapi anda perlu kenal pasti kerja jenis apa yang boleh ditangguhkan. Jika kerja-kerja yang hendak dilakukan itu tidak penting maka tangguhkan atau tinggalkan terus kerja-kerja tersebut. Contohnya anda merancang untuk ke rumah kawan untuk bersembang atau meminjam buku. Bagi menjimatkan masa anda boleh menangguhkan aktiviti ini. Anda boleh mencari masa terluang yang lain untuk melakukannya.
2. Tanya Soalan.
Ada masanya anda tidak tahu apa yang hendak dibuat. Ketika inilah anda perlu bertanya kepada diri sendiri. “Apakah perkara yang paling penting yang patut saya lakukan sekarang?” Apakah perkara atau kerja yang masih belum saya sempurnakan? Apakah masih ada lagi kerja rumah yang belum beres? Adakah saya telah menyiapkan tugasan untuk minggu hadapan?” Soalan-soalan ini akan dapat membantu anda mengenal pasti tugas yang belum selesai dan perkara penting yang perlu dilaksanakan.
3. Hindarkan Dari Melakukan Semua Perkara.
Terdapat individu cenderung untuk melaksanakan semua tugasan dan kerja yang ada. Memang benar sekiranya kerja anda siap anda akan berasa lega, tetapi perlu diingat jika beban kerja melebihi kemampuan anda maka hasilnya tidak akan berkesan. Anda sendiri tidak akan berpuas hati terhadap hasil yang tidak berkualiti yang anda telah usahakan. Hasil kerja yang baik datangnya dari usaha yang teliti dan berfokus. Pengurusan masa yang baik memerlukan anda menumpukan kepada tugas penting dan sedikit dalam masa yang telah ditetapkan. Pengurusan masa yang buruk berlaku apabila anda menumpukan terlalu banyak kerja yang kurang penting dalam masa yang tidak menentu.
4. Kenal Pasti Tenaga Yang Ada Dalam Diri Anda.
Tenaga yang ada di dalam diri anda tidak sepanjang hari tinggi. Ada kalanya anda akan berasa letih dan tidak bermaya dan ada ketikanya anda berada di dalam keadaan penuh semangat dan bertenaga. Apabila anda sedang bertenaga banyak kerja boleh dilakukan. Banyak buku yang boleh dibaca dan banyak kerja rumah yang boleh disiapkan, tetapi apabila tenaga anda berada pada tahap yang rendah maka satu kerja pun tidak boleh disiapkan. Oleh itu kenal pasti tenaga yang ada di dalam diri anda. Bilakah masa dan berapa lama kah ia dapat bertahan. Gunakan kekuatan ini untuk membantu anda di dalam melaksanakan tugas-tugas anda. Anda boleh melakukan kerja-kerja mental yang berat semasa tenaga anda berada pada tahap tinggi dan anda boleh melaksanakan kerja-kerja yang tidak melibatkan mental yang berat ketika tahap tenaga anda rendah.
5. Bezakan Tugas Yang Perlu Di Segerakan Dengan Tugas Yang Penting.
Prinsip penting dalam melaksanakan tugasan ialah anda perlu dapat membezakan perkara yang penting dengan perkara yang perlu disegerakan. Laksanakan dulu perkara yang perlu disegerakan kemudian baru beralih kepada perkara-perkara penting. Perkara-perkara penting tidak boleh dilupakan, ia perlu disiapkan seberapa segera yang boleh. Contohnya kerja rumah yang perlu disiapkan esok hari perlu disiapkan segera. Membuat kerja-kerja lain untuk minggu hadapan memang penting tetapi boleh ditangguhkan sehingga siap kerja rumah yang perlu disiapkan esok.
6. Kemaskan Meja Kerja Anda.
Otak anda akan menjadi serabut apabila meja anda berserabut. Terlalu banyak benda di atas meja akan mengganggu konsentrasi anda, anda akan keliru dengan keadaan meja anda. Hanya benda-benda penting saja yang perlu ada di atas meja belajar anda. Contohnya kalendar, jadual waktu aktiviti, jam, tempat alatan menulis dan juga buku-buku yang tersusun. Kekemasan meja akan menjimatkan masa anda dan membuatkan fikiran anda menjadi lebih tenang.
7. Belajar Bertenang.
Kerja keras memang baik. Sifat itu memang diperlukan oleh seorang individu. Namun, individu juga harus ada sifat-sifat tenang di dalam diri. Ketenangan akan membawa kedamaian. Kedamaian akan membawa kepada konsentrasi anda di dalam menjalankan tugas-tugas. Individu yang tenang akan dapat berfikir dengan waras dan dapat menyusun idea dengan lebih baik berbanding individu yang sering bersifat agresif dan kelam-kabut.
8. Elak Dari Berfikir Seperti Mat Jenin.
Berfikir boleh, tetapi berfikirlah secara realistik. Berfikir yang bukan-bukan boleh mengganggu pelaksanaan kerja yang anda telah dirancang. Individu yang suka berangan-angan akan mencuri masa lebih lama tanpa memberikan hasil yang berkesan. Angan-angan biasanya tidak disertai dengan rasional. Perkara yang tidak rasional akan membawa seseorang itu ke alam fantasi yang mengasyikkan. Ini buang masa namanya. Anda boleh berdoa tetapi bukan berangan-angan. Berfikirlah perkara yang masuk akal dan berdoa agar anda dapat melaksanakan tugas yang anda telah rencanakan.
9. Sediakan Senarai Semak.
Bagi memudahkan anda mengingat tugasan anda yang banyak, sediakan satu senarai semak yang menyenaraikan semua tugasan anda. Setelah tugasan selesai dilaksanakan, pastikan anda tandakan pada senarai. Aktiviti ini memudahkan anda melihat tugasan yang telah anda selesaikan dan tugasan yang masih belum dilaksanakan.
Harap anda dapat melaksanakan tip-tip tersebut agar pengurusan masa anda lebih baik dan hasil kerja anda akan lebih berkesan dan berkualiti.
Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.

Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003



Promosi Omega Guard Buy 6 Free 1

Promosi Omega Guard Buy 6 Free 1

Promosi Omega Guard Buy 6 Free 1 | Promosi kembali lagi…bagi yang merasai keberkesan Omega Guard, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan set promosi hari ini…sangat bagus dan disarakan ambil oleh ibu hamil dan menyusu.
Jika ibu inginkan diet yang sihat disamping mendapat pelbagai khasiat…amalan mengambil suplemen Omega Guard dapat membantu ibu-ibu dapatkan berat badan yang ideal.
kebaikan omega guard
Sebotol Omega Guard adalah:
  • untuk semua peringkat umur
  • untuk kesihatan sekeluarga
  • mempunyai pelbagai khasiat
  • sangat murah dibandingkan dengan khasiat yang berharga untuk kesihatan
  • mempunyai 90 kapsul, disarankan mengambil 3 biji sehari
  • bertahan untuk sebulan
  • berharga RM136/unit
  • jika beli 1 Set Promosi Buy 6 Free 1 adalah RM117 sahaja sebotol…JIMAT RM19.00 sebotol…
Sebotol OmegaGuard kalau daftar AHLI RM65 sahaja sekali seumur hidup…akan dapat diskaun sehingga 35%…lagi jimat dan sangat menjimatkan…tidak termasuk bonus tambahan yang akan dikreditkan ke akaun ibu-ibu bulan berikutnya.
Mahal lagi ker? Eh..tak mahal pun ibu-ibu….kongsi dengan kawan2…dapatkan 6 orang kawan yang berminat…dah cukup…mesej saya untuk tempahan…ibu-ibu dah boleh beli OmegaGuard Promotion….boleh dapat PERCUMA sebotol…ada lagi…dapat jugaPERCUMA keahlian shaklee….BONUS pertama juga akan dapat dan dikreditkan kedalam akaun bulan berikutnya….
Menarik kan…. ©©©©©©
Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.

Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003


5 Petua Menyimpan Duit Bagi Orang Yang Susah Menyimpan

Pada masa kini, terutamanya orang muda apabila ditanya tentang simpanan, boleh dikatakan ramai anak muda yang tidak mempunyai simpanan. Mereka merasakan ia sesuatu yang susah dan mustahil untuk dilakukan.
Apatah lagi, pada masa kini, taraf hidup yang tinggi, membuatkan aktiviti menyimpan itu sangat susah dilakukan. Andai diperhatikan, sangat kurang kempen kesedaran tentang menyimpan diwar-warkan.
Menyimpan
Umat Islam perlu menyimpan bagi menunaikan pelbagai tuntutan agama. 
Ini boleh dilihat daripada papan-papan iklan di tepi lebuhraya, di banner berhampiran lampu trafik, dan iklan-iklan dalam pusat membeli-belah, media sosial. Kesemuanya menggalakkan kita untuk berbelanja.
Jarang sekali ada iklan mengingatkan untuk untuk menyimpan.
Hatta bank-bank, along-along dan pemiutang mengingatkan kita untuk membayar hutang. Mereka telefon dengan bertujuan untuk memberi peringatan agar kita membayar hutang mereka tepat pada masanya. Tidak pernah ada pihak bank, along atau pemiutang telefon dan mengingatkan kita,
“Encik Haris sudah simpan duit?”
“Cik Puan Irma sudah berapa banyak simpanan?”
“Muaz sudah ada simpanan berapa ratus ribu?”

Lebih meruncing lagi apabila masyarakat kita berpegang dengan pelbagai kepercayaan karut tentang menabung.
Sedangkan Islam sendiri mengalakkan agar umatnya menyimpan untuk kegunaan kita pada hari muka yang memerlukan seperti pengajaran yang Allah gambarkan di dalam surah Yusuf,
Surah Yusuf 48
Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). – Surah Yusuf 12:48
#1 – Tiada Duit Untuk Simpan
Hakikatnya tiap orang boleh menyimpan. Andai tidak mampu simpan dengan nilai yang besar, letakkan peratus paling kecil dan nilai paling rendah.
Kata-kata adalah antara salah satu bentuk doa. Justeru, tidak hairan mengapa kita tiada duit untuk simpan, kerana kita selalu cakap, ‘kita tiada duit untuk simpan’.
#2 – Simpan Untuk Kecemasan
Apa yang kita niatkan boleh menjadi doa yang paling kuat untuk dimakbulkan. Sesungguhnya kekuatan dalaman lebih kuat daripada kekuatan luaran. Oleh sebab itu penting menjaga niat.
Segarkan niat daripada ‘simpan untuk kecemasan’ kepada ‘simpan untuk meningkatkan kekayaan’. InsyaAllah itu yang akan berlaku apabila kita niatkan simpan untuk membina kekayaan.
#3 – Simpan Dengan Niat Hendak Digunakan Semula
Ia adalah suatu perkara yang biasa terjadi bagi mereka yang sudah mula menyimpan. Segalanya tertakluk kepada displin. Duit akan pergi kepada mereka yang bertanggungjawab.
Semakin kita tidak bertanggungjawab dengan duit kita, duit tidak akan suka dengan kita. Seperti kita ada anak perempuan yang mahu keluar pada pukul 2 pagi, pasti kita halang. Kita prihatin dengan anak kita. Begitu juga penting mempraktikkan ia dalam perihal kewangan.
5 Teknik Menyimpan Daripada Pakar Kewangan
Teknik ini adalah gabungan teknik menyimpan oleh individu yang terkenal dalam pengurusan kewangan seperti Shamsuddin Kadir, penulis buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Arkad, orang terkaya di Babylon dan Abang Abu, pengasas Mekanik Wang.
#1 – Simpan Si Hijau Tiap kali pulang ke rumah, apabila ada Si Hijau (RM5) dalam dompet, simpan ia ke dalam tabung. Dapatkan sebuah balang dan khaskan penyimpanan RM5. Menyimpan not hijau RM5 adalah satu idea yang kreatif. 
#2 – Simpan Si Oren Andai berkemampuan dan mampu menebaskan nafsu, tiap kali membawa pulang Si Oren (RM20), masukkan ke dalam balang yang dikhaskan untuk penyimpanan RM20.
#3 – Simpan Duit Syiling Ini adalah taraf paling rendah bagi mereka yang dalam proses mampu menyimpan Si Hijau (rujuk tip 1). Masukkan semua duit syiling dalam dompet ke dalam balang khas untuk duit syiling.
#4 – Simpan 10% Duit Gaji Bagi mereka yang bekerja makan gaji, kita sudah memerah keringat selama 30 hari. Perkara pertama yang patut dilakukan, apabila mendapat gaji adalah membayar diri sendiri pada nilai 10% daripada gaji.
“Bayar diri sendiri dahulu sebelum membayar orang lain.”
Arkad, orang terkaya di Babylon
90% Daripadanya, kita boleh habiskan jika mahu. Ada beza antara orang yang ada simpanan RM100 dengan RM10,000. Pemikiran, perasaan dan keyakinan kita akan berubah apabila kita ada simpanan RM10,000. Yang akan memudahkan kita menjadi magnet wang yang menarik lebih banyak wang.
#5 – Mulakan Menyimpan Setiap Hari (Walau 10 sen!) Apabila kita tetapkan niat simpan setiap hari, secara tidak langsung kita sedang membuat satu aliran terhadap status kewangan kita. Ibarat kita sedang membuka empangan untuk mengalirkan air masuk. Mulakan dengan serendah 10 sen tiap hari.
“Aliran wang orang kaya – dapat duit, simpan dan baru belanja. Aliran wang orang miskin – dapat duit, belanja.”
Abang Abu, Mekanik Kewangan
“Semakin kita lakukan, semakin lancar empangan, semakin banyak air masuk.”
InsyaAllah lama kelamaan, duit akan mudah datang dan masuk dalam tabung. Jangan percaya. Praktikkan dan rasa sendiri. Minima 30 hari dan kongsikan dengan kami hasilnya.
Sumber : tazkirah.net
Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.

Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003


Omega Guard Legakan Bronkitis Baby

Assalamualaikum & Salam Sayang

Baru-baru ni Nadia sesaja jenjalan dalam group Shaklee GBS. Group Exclusive untuk semua customer-customer Shaklee dan dealer Shaklee. Memang heaven la dalam group ni. Banyak perkongsian hebat dari customer-customer Shaklee. Real testimoni. Bukan ciptaan atau rekaan semata-mata tau.

Nadia tertarik pada testimoni sorang customer ni.. Dia belikan Omega Guard untuk anaknya menghadapi masalah Bronkitis. Anak dia baby lagi tau.. umur anak customer ni baru 10bulan waktu kena Bronkitis ni. Meh la baca "the real testimoni" customer ni. Klik pada gambar untuk lebih jelas. 
Sumber : Facebook Private Group Shaklee GBS
Bagusnya customer ni.. dia taknak baby dia 100% bergantung dengan ubat yang hospital bekalkan. Customer ni berusaha sehabis mungkin bagi anak dia suplimen yang dapat bantu bronkitis anaknya.

Mesti ada antara kita yang tak tau apa tu Bronkitis kan..? mesti terkial-kial, tertanya-tanya kan.. So, Nadia ada letakkan sikit info tentang Bronkitis ni. Jom terjah untuk kita ketahui apakah bronkitis ni. 

Apakah Bronkitis? 

Bronkitis (disebut: brong-Kye-tis) merupakan keradangan pada selaput tiub bronkial, saluran udara yang menghubungkan trakea (salur udara) ke paru-paru. Ini halus, sarung lapisan lendir yang menghasilkan dan melindungi sistem pernafasan (organ-organ dan tisu-tisu yang terlibat dalam pernafasan).

Apabila seseorang mempunyai bronkitis, ia boleh menjadi sukar untuk udara untuk lulus dalam dan keluar dari paru-paru, tisu-tisu menjadi jengkel, dan lebih lendir dihasilkan. Gejala yang paling biasa adalah bronkitis batuk.

Apabila anda menarik nafas (nafas), kecil, rambut berduri berhampiran bukaan lubang hidung anda menapis debu, debunga, dan zarah bawaan udara lain. Bit yang slip melalui hatimu melekat membran mukus, yang mempunyai struktur seperti rambut kecil yang dipanggil silia di permukaannya. Tetapi kadang-kadang kuman mendapatkan melalui silia dan sistem pertahanan yang lain di dalam saluran pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit.

Bronkitis boleh menjadi akut atau kronik. Keadaan perubatan akut didatangi dengan cepat dan boleh menyebabkan gejala yang teruk, tetapi ia kekal untuk satu tempoh yang singkat (tidak lebih dari beberapa minggu). Bronkitis akut adalah yang paling sering disebabkan oleh salah satu daripada beberapa virus yang boleh menjangkiti saluran pernafasan dan menyerang tiub bronkial. Jangkitan oleh bakteria tertentu juga boleh menyebabkan bronkitis akut. Kebanyakan orang mempunyai bronkitis akut pada satu ketika dalam hidup mereka.

Bronkitis kronik, di sisi lain, boleh menjadi ringan hingga teruk dan lebih panjang berkekalan - dari beberapa bulan ke tahun-tahun. Dengan bronkitis kronik, tiub bronkial terus radang (merah dan bengkak), jengkel, dan mengeluarkan lendir yang berlebihan dari masa ke masa. Punca yang paling biasa bronkitis kronik adalah merokok.

Orang yang mempunyai bronkitis kronik adalah lebih mudah terdedah kepada jangkitan bakteria daripada saluran pernafasan dan paru-paru, seperti radang paru-paru. (Pada sesetengah orang dengan bronkitis kronik, saluran udara menjadi kekal dijangkiti bakteria.) Pneumonia adalah lebih biasa di kalangan perokok dan orang-orang yang terdedah kepada asap rokok.

Legakan Bronkitis dengan Omega Guard Shaklee..

Korang mesti belum berkenalan lagikan dengan Omega Guard Shaklee ni kan..? Jom kita berkenalan sikit dengan Omega Guard Shaklee ni.

Omega Guard ini adalah sejenis minyak ikan omega yang merupakan sejenis asid lemak penting yang mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting dalam merangsang perkembangan memori dan penajaman minda. Namun begitu k3edua-dua DHA dan EPA ni tidak mampu dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh badan kita. Ianya hanya boleh di dapati dari sumber lain dan sumber terbaik bagi DHA dan EPA ini adalah dari haiwan seperti ikan berbanding sumber makanan lain seperti sayuran. Ini kerana tumbuh-tumbuhan tidak boleh menukarkan enzim di dalam tubuh. 

Antara manfaat utamanya ialah meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. Omega Guard dapat mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah/asma, hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggang. 
 

Sebotol OmegaGuard kalau daftar AHLI RM65 sahaja sekali seumur hidup…akan dapat diskaun sehingga 35%…lagi jimat dan sangat menjimatkan…tidak termasuk bonus tambahan yang akan dikreditkan ke akaun ibu-ibu bulan berikutnya.
Mahal lagi ker? Eh..tak mahal pun ibu-ibu….kongsi dengan kawan2…dapatkan 6 orang kawan yang berminat…dah cukup…mesej saya untuk tempahan…ibu-ibu dah boleh beli OmegaGuard Promotion….boleh dapat PERCUMA sebotol…ada lagi…dapat jugaPERCUMA keahlian shaklee….BONUS pertama juga akan dapat dan dikreditkan kedalam akaun bulan berikutnya…. Menarikkan... :-)
Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.

Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003


 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png