Showing posts with label Vitamin. Show all posts
Showing posts with label Vitamin. Show all posts

Perlukah Suplemen Untuk Anak ?

Perlukah Suplemen Untuk Anak
suplemen

Biasanya bila anak-anak yang sedang membesar tidak ada selera makan, ibu ayah akan sibuk membelikan suplemen yang dikatakan mampu merangsang selera makan si anak. Benarkah tindakan tersebut?
Benarkah anak-anak perlu diberi makanan tambahan seperti vitamin atau cukup sekadar menggalakkan mereka mengambil makanan berkhasiat semula jadi sahaja? Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah perkara penting untuk memastikan anak-anak membesar dengan baik.
Oleh itu penting untuk ibu bapa memilih makanan yang sesuai untuk tumbesaran mereka. Kini terdapat pelbagai pilihan produk makanan dijual di pasaran sama ada yang mengandungi khasiat semula jadi atau produk yang langsung tiada khasiat untuk si kecil.
Sebaiknya kanak-kanak sedang membesar patut diberi makan lebih banyak serat, protein, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangkan pengambilan lemak terutama lemak tepu yang banyak terdapat dalam makanan ringan.
Jika anda ada terfikir untuk memberikan anak-anak makanan tambahan, ada beberapa perkara perlu diambil perhatian.
1.   Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada mengundang kesan sampingan tanpa anda sedari.

2.   Makanan tambahan atau suplemen yang akan diberikan kepada anak-anak anda perlulah diperbuat daripada bahan semula jadi yang sesuai dan selamat untuk mereka.

3.   Makanan tambahan seperti vitamin hanya diberikan bila anak-anak perlukan sahaja. Nutrien yang berlebihan boleh memberikan kesan kepada kesihatan anak anda kelak.

4.   Makanan tambahan atau suplemen yang diberi kepada mereka mengandungi spektrum nutrusi yang penuh mengikut kesesuaian umur mereka.

Vitamin dan mineral yang diperlukan anak-anak:
Vitamin A – Untuk kesihatan mata. Sumber daripada lobak merah, telur dan marjerin.
Vitamin B1 – Membekalkan tenaga kepada badan. Sumber daripada gandum, daging dan susu.
Vitamin B2 – Membekalkan tenaga. Sumber daripada susu, daging dan ikan.
Vitamin C – Meningkatkan pertahanan badan terhadap penyakit. Sumber daripada sayuran hijau dan buah-buahan sitrus.
Kalsium – Pembentukan tulang dan gigi. Sumber daripada susu, keju dan lain-lain produk tenusu.

Anda mencari suplimen yang mengandungi semua vitamin dan mineral yang tersenarai diatas..? Shaklee ada jawapannya. Mealshake Shaklee yang 100% berasaskan sumber semulajadi dan mampu membekal zat-zat yang diperlukan oleh anak-anak. Disamping itu, Shaklee turut memperkenalkan Vitamin C Chewable khas untuk anak-anak. 

Sumber : Majalah Pa & Ma



Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003


Vitamin & Kerjayanya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Hehehe...entry kali ni pelik sikit.. "Vitamin dan Kerjayanya" okeh.. bukan Vitamin & Fungsinya.. Biar kita tau setiap vitamin ada kerjanya tersendiri.


Vitamin sangat berperan dalam menjaga kesehatan tubuh kita. Terdapat beberapa jenis vitamin yang baik bagi sistem tubuh kita yaitu A,B,C,D,E dan K. Sangat penting untuk sedikit mengenal peranan vitamin dalam tubuh kita.

Vitamin adalah suatu senyawa organik yang sangat baik bagi tubuh kita. Vitamin dapat dengan mudah kita dapatkan melalui makanan sehat yang sehari-hari kita konsumsi. Kekurangan vitamin bisa menyebabkan kita mudah terserang penyakit-penyakit tertentu. Tapi tentu saja kelebihan vitamin juga tidak baik untuk kesehatan. Vitamin sangat membantu dalam menjaga dan meningkatkan kesehatan tubuh kita. Terdapat beberapa jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh kita iaitu Vitamin A, B, C, D, E dan K. Masing-masing vitamin memiliki peranan tersendiri dalam tubuh kita.

Vitamin A dikenal sebabagai vitamin yang baik untuk mata, dengan cukup menkonsumsi vitamin A, maka risiko gangguan mata akan menurun, vitamin A juga membantu dalam perbaikan jaringan kulit.

Vitamin B secara umum memiliki peranan penting dalam metabolisme tubuh. Vitamin B ini terdiri dari beberapa jenis yaitu Vitamin B1 (Tiamin), B2 (Riboflavin), B3 (Niasin), B5(Asam Pantotenat), B6 (Piridoksin), B7(Biotin), B9 (Asam Folat) dan Vitamin B12 (Sianokobalamin).

Vitamin C yang berfungsi sebagai senyawa pembentuk kolagen yang baik untuk jaringan kulit, sendi dan tulang. Vitamin C juga mampu menangkal rasikal bebas dan efek buruk polusi. Vitamin C juga berperan aktif dalam menjaga kebugaran tubuh dan mencegah gusi berdarah. 

Vitamin D merupakan jenis vitamin yang berperan dalam pertumbuhan tulang dan gigi dan menjaganya dari kerapuhan. Asupan vitamin D yang kurang bisa menyebabkan pertumbuhan kaki yang tidak normal, kerusakan gigi dan mesalah tulang dihari tua yang disebut osteoporosis.

Vitamin E memiliki peranan penting dalam mejaga kesehatan jaringan tubuh, seperti jaringan kulit, mata, sel darah dan juga hati. 

Vitamin K sangat berperan dalam proses peredaran darah, membantu pembekuan darah saat terjadi luka dan pendarahan dan mencegah keguguran pada ibu hamil. Karena begitu pentingnya vitamin bagi tubuh kita, kita harus menjaga asupan makanan kita dan memastikan bahwa tubuh kita memiliki suplai vitamin yang cukup. Sayuran, buah-buahan, lauk-pauk hewani maupun nabati adalah sumber paling banyak dari banyak jenis vitamin untuk tubuh kita. Pastikan kita mengamalkan nya dalam jumlah yang mencuckupi..

SHAKLEE MEMIKAT HATI?~
DAPATKAN DARIPADA :
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox Nadia okeh..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

20 Sebab Kenapa Perlu Ambil Supplemen / Vitamin


Assalamualaikum w.b.t.

Adakah kita tergolong dalam kategori memerlukan supplemen atau vitamin ?



20 Sebab Kenapa Perlu Ambil Supplemen / Vitamin
  1. Tidak mengikut piramid makanan atau makanan seimbang.
  2. Masalah Penghadaman. Penghadaman yang tak efisien boleh membataskan penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan dengan kurang sempurna atau terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih besar dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu juga boleh menjejaskan penyerapan vitamin akibat pengunyahan kurang efisien.
  3. Kopi, Teh Panas & Rempah Tabiat meminum air yang terlalu panas atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ini mengakibatkan kurangnya rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi kurang.
  4. Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin C, zink, magnesium dan juga kalsium.
  5. Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga penting dalam fungsi sistem imun.
  6. Julap / ubat sembelit / ubat kurus. Penggunaan julap secara berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Penggunaan julap yang banyak juga boleh menyebabkan kehilangan mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.
  7. Fad Diet. Diet ganjil yang tidak mengandungi semua kumpulan makanan berkemungkinan kurang mengandungi vitamin. Paling popular, diet kurang lemak, jika diamalkan secara ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan Vitamin A, D, E dan K. Diet vegetarian yang tidak mengambil daging dan sumber haiwan lain pula perlu dirancang dengan baik supaya tidak kekurangan Vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia.
  8. Makanan Terlebih Masak. Memasak terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E.
  9. Makanan Diproses (dalam tin). Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau hilang sama sekali.
  10.  Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut.
  11.  Antibiotik. Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan boleh menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut dan usus.
  12.  Alahan Makanan. Mereka yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan kalsium. 
  13.  Kehilangan Nutrien Tanaman. Sumber makanan daripada tanaman seperti sayuran dan buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah.
  14.  Kemalangan dan Penyakit. Luka terbakar menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan terhadap zink, Vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel.
  15.  Tekanan atau Stress. Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.
  16.  Sindrom pra haid. Penyelidikan sains telah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat dengan pengambilan suplemen Vitamin B6.
  17.  Remaja. Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak nutrien berbanding orang dewasa.
  18.  Wanita Hamil. Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses tumbesaran yang sihat bagi ibu dan juga bayi.
  19.  Pil Perancang. Pil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik dan meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, zink dan juga riboflavin.
  20.  Warga Emas. Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


SHAKLEE MEMIKAT HATI?~
DAPATKAN DARIPADA :
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox Nadia okeh..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage:
 lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003




 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png