Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts

Tips Buat Pengantin Baru, Bakal Mom-To-Be

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ   
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” 
 Assalamualaikum, Hiii.. ^_^

Tengok tajuk mesti teruja kan.. hehehe.. padahal takde kena mengena sangat dengan tajuk tu.. Alhamdulillah.. cuti sekolah baru ni ramai yang melangsungkan perkahwinan.. Tahniah buat semua yang melansungkan perkahwinan.. Dah... daku bila pulak..? Hehehehe.. semua tu rahsia Allah.. siapa la yang takmo kawin kan..? Mungkin belum ada rezki daku.. In sha Allah daku still sabar menanti Mr.H.. Semoga Allah ketemukan daku dengan orang yang betul ikhlas menyayangi daku.. Aipp melalut pulak daku.. Okeh berbalik pada cerita asal daku.. 

Setiap pasangan yang berkahwin konfirm inginkan baby kan...?? Walaupun baru sangat berkahwin.. tapi sebagai seorang yang beragama Islam, kita percaya bahawa setiap anak itu rezeki kan..? So, sebelum kita hadapi saat tu, kita kena penuhkan ilmu didada. Sekurang-kurangnya nanti kita boleh atasi masakah mendatang dengan tabah. Kita kena tau juga ilmu serba sikit tentang pra-kehamilan dan semasa kehamilan. Ini dapat bantu kita dari menghadapi masalah dihari akan datang.

Wanita yang merancang untuk mengandung atau hamil akan mula mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil. Tetapi tahukah anda akan kepentingan asid folic ini? Jom kak nadia kongsikan sedikit info tentang kepentingan asid folik ini untuk pengetahuan kita semua. Semoga ia memberi manfaat buat kita bersama. 

Apa itu ASID FOLIK..? Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas. 

Kalau korang merancang atau dah bersedia untuk pregnant. Korang kena pastikan badan menerima sekurang-kurangnya 400mcg asid folik untuk menggelakkan spina bifida dan juga birth defect kepada bakal baby korang. Seelok-eloknya 3 bulan sebelum pregnant boleh amalkan pengambilan asid folik.

 Mengapa asid folic ini PENTING untuk ibu yang bakal hamil, sedang hamil dan bayi dalam kandungan?  Berikut adalah sebab utama mengapa ia penting.
  • Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida) 
  • Mengurangkan keguguran, kematian semasa kelahiran.
  • Membantu menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga
  • Mengurangkan masalah keletihan yang sering dialami oleh ibu hamil 
  • Membekalkan 200mcg asid folik disetiap hidangan
  • Membantu tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi 
  • Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru yang sihat
  • Mengurangkan risiko kecacatan bahagian otak (anencephaly) atau tulang belakang (spina bifida) semasa proses perkembangan bayi
  • Membantu pembentukan sel darah merah dan antibodi yang kuat
  • Mampu merawat dan mencegah anemia, sakit kepala, keletihan dan muntah-muntah

Tetapi ada juga yang bertanya cukup ke setakat amik sebiji B-Complex Shaklee..? Kan asid folic dalam dalam B-Complex hanya 200 mcg. Disebabkan tu, Nadia suggest korang tambah Vita-Lea Iron Formula (Shaklee Multivitamin) sebagai pelengkapnya. Kenapa..?



Vita-Lea Iron Formula 
Setiap sebiji Vita-Lea memang terdapat 200mcg asid folik. So, kalau kita buat pengiraan : 

B-Complex Shaklee (200mcg)  + Vita-Lea Shaklee (200mcg) = 400mcg asid folik setiap hari.


Setiap botol B-Complex Shaklee dan Vita-Lea masing-masing mempunyai kandungannya pembungkusan tersendiri. Dan paling best.. kombinasi dua vitamin ni berharga tak sampai RM150.xx dan boleh bertahan sampai 4 bulan.. Meh kita kenal sikit. 


B-Complex dgn Asid Folic - 120 biji - Sebiji/Sehari - 4 bulan
Vita-Lea dgn Iron Formula -  120 biji - Sebiji/Sehari - 4 bulan


Eh.. Lupa pulak nak share satu lagi benda penting.. Gabungan B-Complex dan Vita-Lea Iron Formula ni jugak adalah gabungan terbaik untuk membantu masalah tekanan darah semasa pregnant nanti... Wooow.. bonus tu..


In sha Allah, Nadia sediakan khidmat COD sampai depan rumah di sekitar kawasan bandar Kuantan dan kawasan yang sekitar dengan Kuantan. Korang boleh WhatsApp/Wechat/SMS Nadia 012.909.2253 untuk mengetahui lebih lanjut info kawasan yang nadia sediakan khidmat COD sampai depan rumah dengan harga berpatutan. 

Berniat untuk tambah pendapatan...? Korang boleh join famili Shaklee Nadia untuk menjana pendapatan tambahan hanya dari rumah. KLIK SINI untuk lebih details. =)


**Segala testimoni/penulisan dalam laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

 
Terima kasih atas sokongan semua ^__^

..Your Trusted SID..
©©Nadia Reza©©
012-9092253
**********************************************
LoveSomebodyHambaAllah 
Love u olls.. (^_*)

 

Kehamilan : Kenapa asid folik penting..?

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B iaitu juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Mengapakah ibu hamil perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.
Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.
Spina Bifida
Spina Bifida
Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.
Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.

Berapakah jumlah asid folik yang diperlukan oleh ibu hamil?

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.
a.folic1
Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.
Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat:
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.
Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.
Sumber: BabyCenter.Com

Bagaimana vitamin Shaklee dapat membantu anda dalam mendapatkan asid folik?

Suplemen Tambahan Asid Folik
Suplemen Tambahan Asid Folik
Kami menyarankan pengambilan vitamin seperti Vita-Lea Iron Formula dan B Complex sebagai sumber tambahan asid folik anda.
Kandungan folate (dlm bentuk asid folik) didalam vitalea adalah 200mcg dan di dalam B complex adalah 200mcg. Jadi ianya mencukupi keperluan asid folik untuk kehamilan anda.
Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

Kepentingan Asid Folik Sebelum Hamil dan Di Awal Kehamilan


Assalamualaikum semua dan selamat malam. 
Malam ni saya nak berkongsi mengenai kepentingan asid folik kepada ibu hamil. Ramai di kalangan kita tak menyedari kepentingan Asid Folik kepada ibu yang ingin mendapatkan zuriat @ ibu-ibu yang belum dikurniakan cahaya mata tapi ingin hamil. Asid Folik adalah sangat digalakkan diambil untuk dijadikan sebahagian daripada amalan pemakanan harian antara 3 hingga 6 bulan sebelum hamil.
 

Apa itu Asid Folik?


Asid Folik atau kadang kala disebut sebagai folat ataupun Vitamin B9 sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia amat penting dalam pembentukan DNA baru dan pada masa yang saa memperbaiki DNA yang rosak di dalam sel. Sekiranya wanita itu kekurangan asid folik, ketahuilah bahawa tahap kesihatan bayi yang bakal di kandung akan terjejas. Hal ini dibuktikan menerusi  kajian yang telah dijalankan pada tahun 1960 di mana para pakar perubatan mengaitkan kekurangan asid folik yang rendah pada bayi mereka.

Asid Folik sangat bermanfaat untuk bayi dalam kandungan kerana ia boleh mengurangkan risiko anda daripada menimang cahaya mata yang cacat terutamanya kecacatan saraf tunjang (neural tube defect atau NTD), gangguan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tidak terbentuk(anecephaly / encephalocele) dan masalah pembentukan saraf tunjang (spina bifida). Hal ini kerana, pakar perubatan sangat percaya bahawa asid folik membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi.

Dalam pada itu, terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan supplemen asid folik dapat membantu mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan mengalami masalah sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) dan kecacatan pada sistem pembuangan air kencing.

Dalam pada itu, kajian telah menunjukkan bahawa kecacatan-kecacatan ini boleh dikurangkan di antara 50 hingga 70 peratus. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik sebelum hamil dan sepanjang kehamilan juga. 

Untuk makluman anda, anenchephaly adalah nama diberikan kepada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan lazimnya, dia akan mati sejurus selepas dilahirkan. Spina Bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan bayi lumpuh,mengalami masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Oleh sebab itu, supplemen asid folik harus diberikan kepada wanita sebaik sahaja disahkan hamil. Bagi kehamilan yang tidak dirancang dengan teratur, wanita berkenaan dinasihatkan untuk mengambil supplemen asid folik setiap hari dan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga kandungan berumur 12 minggu. Dalam 12 minggu pertama, perkembangan otak dan sistem saraf sedang berkembang pesat.

Jadi,ketahuilah bahawa suplemen asid folik sangat penting kepada semua wanita sebagai persediaan awal untuk mengandung. Hal ini kerana ia adalah agen pertumbuhan dan pembinaan sel-sel dalam tubuh. Oleh sebab itulah, ia sangat penting untuk membentuk saraf tunjang bayi pada peringkat awal kandungan. 

Bagi anda yang sedang berusaha untuk hamil, beringatlah bahawa pengambilan pil asid folik tiga hingga enam bulan sebelum merancang kehamilan sangat penting! Dengan yang demikian, ia membolehkan tubuh anda bersedia untuk sebarang pertumbuhan atau pembentukan sel-sel baru.

Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua (melebihi usia 13 minggu), pengambilan asid folik boleh dihentikan. Walaubagaimanapun, anda tetap digalakkan untuk mengambil supplemen ini sehingga bayi dilahirkan.

Apa kaitan Asid Folik dengan Kesuburan?

Apabila sperma yang mengalami kecacatan kromosom disenyawakan dengan telur ovum, ia akan menghasilkan janin yang tidak berupaya untuk hidup lama. Oleh sebab itulah, ada segelintir wanita yang mengalami keguguran di awal kehamilan disebabkan masalah ini. 

Dipercayai, Asid Folik dapat membantu masalah kesuburan di kalangan lelaki dengan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma. Untuk mengurangkan risiko ini, golongan lelaki disarankan untuk mengambil asid folik di antara 700 hingga 1000mcg sehari.

Sementara itu, perlu anda maklumi bahawa asid folik merupakan bahan penting dalam membantu proses spermatogenesis. Kandungan asid folik yang mencukupi akan menolong wanita mematangkan telur ovum, membantu pembentukan plasenta dan proses pelekatan janin di dalam rahim.

Oleh kerana itu, bagi sesetengah pasangan yang sukar mendapatkan zuriat, mereka digalakkan untuk mengambil supplemen asid folik sebagai salah satu usaha untuk merawat masalah kesuburan yang dialami. Namun, perlu diingatkan bahawa supplemen asid folik bukanlah ubat kesuburan.

Dos Asid Folik Berlebihan?

Supplement asid folik perlu diambil sebiji setiap hari. Lazimnya dos yang dibekalkan adalah 5mg. Biarpun setiap wanita digalakkan untuk mengambil pil asid folik 400mcg, jangan bimbang tentang isu dos berlebihan. Ketahulah, bahawa asid folik larut dalam air. Jika pengambilan dos asid folik berlebihan, ia tidak sesekali disimpan di dalam pusat penyimpanan nutrient iaitu hati. Ia akan dikeluarkan melalui air kencing.

Asid Folik Semulajadi?

Asid folik semulajadi biasanya dapat ditemui di dalam sayur sayuran hijau seperti brokoli dan bayam, sayur-sayuran berubi, buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning antaranya oren, pisang,jagung dan labu, bijirin, oat, gandum, barli, beras perang, kekacang, keju, susu, telur, hati ayam, daging lembu, kambing dan ayam, salmon serta tuna.

Kenapa pengambilan Asid Folik sangat penting semasa awal kehamilan?
ini adalah diantara sebab-sebabnya(rujuk gambar dibawah):-


 Jom baca apa pula kata Dr Hamid Arshat mengenai kepentingan pengambilan asid folik untuk mereka yang ingin mendapatkan zuriat:-


 Apakah pula kesan kekurangan Asid Folik kepada Ibu hamil?

Kekurangan Asid Folik boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.Kecacatan ini dipanggil "spina bifida" yang mana boleh menyebabkan bayi lumpuh ataupun anencephaly iaitu otak dan tempurung tidak terbentuk sempurna.




Jadi, ibu-ibu janganlah mengambil mudah mengenai kepentingan mendapatkan cukup Asid Folik semasa hamil.

Selain dari mengamalkan pengambilan asid folik dari bahan semulajadi, kita juga boleh mendapatkan sumber asid folik daripada makanan tambahan seperti pengambilan supplement yang mengandungi asid Folik. Di dalam kandungan B Complex Shaklee mengandungi Asid Folik yang diperlukan.

Antara Kebaikan B Complex Shaklee:-

Menukar makanan kepada tenaga
Menbantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/ kelesuan.

Melawan Tekanan
Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia

Membantu tumbesaran
Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

Rambut beruban dan gugur
Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

Baik untuk mata
Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya permerhatian/ fokus.

Mencegah Anemia 
Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut.

Meredakan senggugut
Baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

Mencegah Perlcche
Dikenali juga sebagai kerekahan mulut(mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah(glossitis),nafas berbau.

Detoksifikasi
Meredakan alahan

Berikut adalah jadual perbandingan kandungan Asid Folik dalam B Complex Shaklee dengan jenama lain yang ada di pasaran. 

 

Pilihan ada di tangan ada, yang pastinya, Vitamin Shaklee sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa semulajadi.

Jom dapatkan B Complex anda hari ini dengan menghubungi saya seperti berikut:-
Konsultansi adalah percuma sepanjang pengambilan Vitamin dengan Saya...



* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI?~
DAPATKAN DARIPADA :
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox Nadia okeh..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png