Assalamualaikum
semua dan selamat malam.
Malam ni saya nak berkongsi mengenai kepentingan asid
folik kepada ibu hamil. Ramai di kalangan kita tak menyedari kepentingan Asid
Folik kepada ibu yang ingin mendapatkan zuriat @ ibu-ibu yang belum
dikurniakan cahaya mata tapi ingin hamil. Asid Folik adalah sangat digalakkan
diambil untuk dijadikan sebahagian daripada amalan pemakanan harian antara 3
hingga 6 bulan sebelum hamil.
Apa itu Asid Folik?
Asid Folik atau
kadang kala disebut sebagai folat ataupun Vitamin B9 sangat diperlukan untuk
membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia amat penting dalam pembentukan DNA baru
dan pada masa yang saa memperbaiki DNA yang rosak di dalam sel. Sekiranya
wanita itu kekurangan asid folik, ketahuilah bahawa tahap kesihatan bayi yang
bakal di kandung akan terjejas. Hal ini dibuktikan menerusi kajian yang
telah dijalankan pada tahun 1960 di mana para pakar perubatan mengaitkan
kekurangan asid folik yang rendah pada bayi mereka.
Asid Folik sangat
bermanfaat untuk bayi dalam kandungan kerana ia boleh mengurangkan risiko anda
daripada menimang cahaya mata yang cacat terutamanya kecacatan saraf tunjang (neural
tube defect atau NTD), gangguan pembentukan otak dan tempurung kepala yang
tidak sempurna atau langsung tidak terbentuk(anecephaly / encephalocele) dan
masalah pembentukan saraf tunjang (spina bifida). Hal ini kerana,
pakar perubatan sangat percaya bahawa asid folik membantu dalam pembentukan
sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi.
Dalam pada itu,
terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan supplemen asid folik
dapat membantu mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan mengalami masalah
sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukan kaki dan tangan yang
tidak sama (limb reduction) dan kecacatan pada sistem pembuangan air
kencing.
Dalam pada itu,
kajian telah menunjukkan bahawa kecacatan-kecacatan ini boleh dikurangkan di
antara 50 hingga 70 peratus. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan
asid folik sebelum hamil dan sepanjang kehamilan juga.
Untuk makluman
anda, anenchephaly adalah nama diberikan kepada bayi yang tidak
mempunyai tisu otak dan lazimnya, dia akan mati sejurus selepas dilahirkan. Spina
Bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan bayi
lumpuh,mengalami masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.
Oleh sebab itu,
supplemen asid folik harus diberikan kepada wanita sebaik sahaja disahkan
hamil. Bagi kehamilan yang tidak dirancang dengan teratur, wanita berkenaan
dinasihatkan untuk mengambil supplemen asid folik setiap hari dan diteruskan
sekurang-kurangnya sehingga kandungan berumur 12 minggu. Dalam 12 minggu
pertama, perkembangan otak dan sistem saraf sedang berkembang pesat.
Jadi,ketahuilah
bahawa suplemen asid folik sangat penting kepada semua wanita sebagai
persediaan awal untuk mengandung. Hal ini kerana ia adalah agen pertumbuhan dan
pembinaan sel-sel dalam tubuh. Oleh sebab itulah, ia sangat penting untuk
membentuk saraf tunjang bayi pada peringkat awal kandungan.
Bagi anda yang
sedang berusaha untuk hamil, beringatlah bahawa pengambilan pil asid folik tiga
hingga enam bulan sebelum merancang kehamilan sangat penting! Dengan yang
demikian, ia membolehkan tubuh anda bersedia untuk sebarang pertumbuhan atau
pembentukan sel-sel baru.
Apabila usia
kehamilan memasuki trimester kedua (melebihi usia 13 minggu), pengambilan asid
folik boleh dihentikan. Walaubagaimanapun, anda tetap digalakkan untuk
mengambil supplemen ini sehingga bayi dilahirkan.
Apa kaitan Asid
Folik dengan Kesuburan?
Apabila sperma
yang mengalami kecacatan kromosom disenyawakan dengan telur ovum, ia akan
menghasilkan janin yang tidak berupaya untuk hidup lama. Oleh sebab itulah, ada
segelintir wanita yang mengalami keguguran di awal kehamilan disebabkan masalah
ini.
Dipercayai, Asid
Folik dapat membantu masalah kesuburan di kalangan lelaki dengan mengurangkan
kecacatan kromosom pada sperma. Untuk mengurangkan risiko ini, golongan lelaki
disarankan untuk mengambil asid folik di antara 700 hingga 1000mcg sehari.
Sementara itu,
perlu anda maklumi bahawa asid folik merupakan bahan penting dalam membantu
proses spermatogenesis. Kandungan asid folik yang mencukupi akan menolong
wanita mematangkan telur ovum, membantu pembentukan plasenta dan proses
pelekatan janin di dalam rahim.
Oleh kerana itu,
bagi sesetengah pasangan yang sukar mendapatkan zuriat, mereka digalakkan untuk
mengambil supplemen asid folik sebagai salah satu usaha untuk merawat masalah
kesuburan yang dialami. Namun, perlu diingatkan bahawa supplemen asid folik
bukanlah ubat kesuburan.
Dos Asid Folik
Berlebihan?
Supplement asid
folik perlu diambil sebiji setiap hari. Lazimnya dos yang dibekalkan adalah
5mg. Biarpun setiap wanita digalakkan untuk mengambil pil asid folik 400mcg,
jangan bimbang tentang isu dos berlebihan. Ketahulah, bahawa asid folik larut
dalam air. Jika pengambilan dos asid folik berlebihan, ia tidak sesekali
disimpan di dalam pusat penyimpanan nutrient iaitu hati. Ia akan dikeluarkan
melalui air kencing.
Asid Folik
Semulajadi?
Asid folik
semulajadi biasanya dapat ditemui di dalam sayur sayuran hijau seperti brokoli
dan bayam, sayur-sayuran berubi, buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning
antaranya oren, pisang,jagung dan labu, bijirin, oat, gandum, barli, beras
perang, kekacang, keju, susu, telur, hati ayam, daging lembu, kambing dan ayam,
salmon serta tuna.
Kenapa pengambilan
Asid Folik sangat penting semasa awal kehamilan?
ini adalah diantara sebab-sebabnya(rujuk gambar dibawah):-
ini adalah diantara sebab-sebabnya(rujuk gambar dibawah):-
Jom baca apa pula
kata Dr Hamid Arshat mengenai kepentingan pengambilan asid folik untuk mereka
yang ingin mendapatkan zuriat:-
Apakah pula kesan
kekurangan Asid Folik kepada Ibu hamil?
Kekurangan Asid Folik boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.Kecacatan ini dipanggil "spina bifida" yang mana boleh menyebabkan bayi lumpuh ataupun anencephaly iaitu otak dan tempurung tidak terbentuk sempurna.
Jadi, ibu-ibu
janganlah mengambil mudah mengenai kepentingan mendapatkan cukup Asid Folik
semasa hamil.
Selain dari mengamalkan pengambilan asid folik dari bahan semulajadi, kita juga boleh mendapatkan sumber asid folik daripada makanan tambahan seperti pengambilan supplement yang mengandungi asid Folik. Di dalam kandungan B Complex Shaklee mengandungi Asid Folik yang diperlukan.
Antara Kebaikan B Complex Shaklee:-
Selain dari mengamalkan pengambilan asid folik dari bahan semulajadi, kita juga boleh mendapatkan sumber asid folik daripada makanan tambahan seperti pengambilan supplement yang mengandungi asid Folik. Di dalam kandungan B Complex Shaklee mengandungi Asid Folik yang diperlukan.
Antara Kebaikan B Complex Shaklee:-
Menukar makanan
kepada tenaga
Menbantu
penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus
mengurangkan masalah keletihan/ kelesuan.
Melawan Tekanan
Memastikan
kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan
dan insomnia
Membantu
tumbesaran
Menggalakkan
tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan
DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang
belakang.
Rambut beruban dan
gugur
Membaiki masalah
kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan
rambut.
Baik untuk mata
Mengurangkan
masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan,
perkasakan memori dan daya permerhatian/ fokus.
Mencegah
Anemia
Membantu
pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah
dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat
atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain,
muntah-muntah, mabuk darat dan laut.
Meredakan
senggugut
Baik untuk masalah
senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman,
terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
Mencegah Perlcche
Dikenali juga
sebagai kerekahan mulut(mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah(glossitis),nafas
berbau.
Detoksifikasi
Meredakan alahan
Berikut adalah
jadual perbandingan kandungan Asid Folik dalam B Complex Shaklee dengan jenama
lain yang ada di pasaran.
Pilihan ada di
tangan ada, yang pastinya, Vitamin Shaklee sentiasa selamat, sentiasa berkesan
dan sentiasa semulajadi.
Jom dapatkan B
Complex anda hari ini dengan menghubungi saya seperti berikut:-
Konsultansi adalah
percuma sepanjang pengambilan Vitamin dengan Saya...
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment