Kenali Punca-punca Jerawat

Jerawat terbentuk apabila sebumbakteria dan sel kulit mati terperangkap di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita akan digugurkan setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut.

Bebeberapa punca yang boleh menyebabkan jerawat tumbuh pada kulit leher, kulit muka dan belakang badan.

Bakteria dan Jerawat
Bakteria yang dikenali sebagai Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.

Hormon dan Jerawat
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Oleh itu, ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat. Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja. Insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher.

Pemakanan dan Jerawat
Diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam tubuh kita walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan serta secara terperinci.

Alat Solek Dan Jerawat
Alat solek bukanlah punca utama jerawat pada kulit, tetapi jika kulit tidak dibersihkan dengan betul, selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama bahagian wajah.

Stress dan Jerawat
Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam tubuh akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.

Matahari Dan Jerawat.
Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak seterusnya mengakibatkan liang roma tersumbat.

Pakaian dan Jerawat
Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia.Belakang tubuh mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas untuk mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belenggu jerawat.

SHAKLEE MEMIKAT HATI?~
DAPATKAN DARIPADA :
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox Nadia okeh..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png