Showing posts with label DTX Complex. Show all posts
Showing posts with label DTX Complex. Show all posts

Detoxx dulu sebelum diet...!!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” 
Assalamualaikum, Hiii.. ^_^

Raya dah makin dekat.. mesti ramai yang tengah buat persediaan untuk tampil cantik dipagi hari raya kan..So, ramai la yang nak kelihatan cantik bergaya dengan baju baru.. imej baru dan sebagainya. Tapi ada tak yang nak kelihatan kurus pagi raya..? Nadia percaya mesti ada yang pasang niat untuk kelihatan cantik kurus slim dipagi hari raya.. 

Kalau yang ada kurus slim pagi raya, cuba semak balik.. apa yang telah korang buat.. Adakah korang dah mula jaga pemakanan, diet atau cari suplimen diet yang dapat bantu korang menurunkan berat badan..? Atau ada yang mula diet 2-3 bulan tapi berat tetap tak turun-turun.. ada tak yang macam tu..?

Kalau nak tau.. berat badan mudah naik dan payah turun disebabkan kadar metabolisme semakin menurun. Semakin meningkat usia, semakin lambat kadar metabolisme, semakin mudah naik berat badan. Kadar metabolisme lambat adalah juga disebabkan jisim lemak dalam badan lebih banyak berbanding jisim otot. semakin otot terbina dalam badan semakin meningkat metabolisme dan semakin mudah lemak dalam badan akan terbakar. 🙂 🙂


Bagaimana nak mempercepatkan kadar metabolisme dalam badan?

❤️ Perbanyakkan makan sumber dari protein (isi ayam/ikan/tauhu) untuk memperbaiki dan membina tisu otot dalam badan, tingkatkan kadar metabolisme. Shaklee pun ada sumber protein yang terbaik. ESP (Energizing Soy Protein). Kalau rasa susah nak kawal pengambilan sumber protein ni, korang boleh amalkan ESP Shaklee. In Sha Allah, terkawal pengambilan protein kita.🙂

❤️ Kurangkan pengambilan KARBOHIDRAT seperti nasi, mee goreng, roti putih dan lain-lain. Karbohidrat memberi tenaga, jika ia berlebihan, ia akan menjadi lemak terkumpul dalam badan.🙂

❤️ Perbanyakkan pengambilan fibre (buah-buahan dan sayur-sayuran) untuk detox detoxification dan ia dapat memudahkan sistem penghadaman, mencuci usus agar sumber nutrisi protein dan carbo cepat diserap ke dalam sel badan sebagai nutrisi yang berkhasiat.

❤️  Pemakanan yang seimbang sangat penting kerana ia berkait rapat dengan pengambilan kalori agar dapat mewujudkan defisit kalori dan elakkan lebihan kalori agar berat badan tidak mudah naik mendadak. 🙂

Ingat...!! Nak diet pun kena ada ilmu supaya diet yang kita amalkan tidak sia-sia.. berbulan diet tapi taknampak hasil usaha diet kita.. Disiplinkan diri kita..🙂 Yang penting sekali jaga :

  1. DETOX
  2. FIBRE, PROTEIN & CARBO
  3. PENGAWALAN KALORI

❤️  Selain pemakanan jangan lupa selit juga senaman cardio yang ringkas (seperti berjogging) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30minit setiap kali korang buat senaman. Dengan senaman ia dapat membina dan membentuk otot agar bantu mempercepatkan metabolime, memudahkan pembakaran lemak dan menurunkan berat badan dengan cepat. 

❤️  Harap dengan penjelasan ringkas Nadia tadi dapat beri gambaran untuk korang mulakan diet.. So, korang kena mulakan dengan men-DETOX sebelum memulakan proses penurunan berat badan. Ini dapat membantu tubuh untuk mempercepatkan "mobilize fat"..

Set detox Shaklee Kuantan & Malaysia
Set Detox Shaklee

BAKAR LEMAK...!! HAPUSKAN MAKANAN YANG TIDAK SIHAT DALAM BADAN..!!

Ada yang ber-detox secara juicing, ada yang detox dengan cara buat soup dan ada yang detox dengan cara gaya hidup sihat.. 

Kalau yang nak amalkan detox secara sihat senang dan mudah... 😉... Boleh amalkan SET DETOX Shaklee yang membantu melancarkan proses pembuangan melalui herbal dan tumbuh-tumbuhan yang dijamin khasiatnya dari segi me-nyah toksin dalam tubuh badan kita. Selain daripada men-detox.. set detox Shaklee ni membekalkan vitamin dan antioksidan pada tubuh.. Badan akan jadi ringan, bertenaga dan cepat sangat turun. Cepat la membantu korang untuk dapat berat ideal yang korang idamkan..😉

Nota kaki : Jadikan PENIMBANG kawan rapat kita agar ia dapat mengigatkan kita untuk sentiasa menjaga dan mengawal corak pemakanan kita 😉
In Sha Allah, Nadia sediakan perkhidmatan COD sampai depan rumah sekitar Kuantan dan kawasan sekitar dengannya. Koarng boleh whatsApp/Wechat/SMS Nadia 012.909.2253 untuk mengetahui kawasan yang Nadia sediakan perkhidmatan sampai depan pintu rumah dengan harga yang berpatutan.. 😉


Terima kasih atas sokongan korang semua ^__^

Kos sara hidup semakin meningkat.. Mesti ada yang berniat nak mencari extra income dari rumah mahupun secara part-time atau fulltime kan..?? Jom join famili Shaklee Nadia.. In sha Allah, bimbingan sentiasa dan secara percuma akan diberikan. Janji ada inisiatif untuk majukan diri dan keluar dari "zon yang tak seberapa selesa". KLIK SINI seberapa untuk lebih detail.

Pengedar Shaklee Kuantan

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

Pengedar Shaklee Kuantan

Badan Pun Kena Format tau....!!!

Assalamualaikum U olls..

Hmmm.. malam tadi punya hasil kerja… hahahah.. bunyi macam amik masa berjam-jam, susah bebenor nak buatkannya.. hehehe.. padahal tak sampai pun 5 minit nak buat.. Ni la.. “Detox Bandar” mak Nadia kata.. Kenapa detox bandar..? Sebab Nadia guna lemon.. kalau guna limau kasturi ke limau apa-apa je la.. tu baru “detox kampong” mak kata.. hehehe.. apa-apa je la mak.. janji along dapat detox ni.. Doraemon dah rasa badan ni..


Kenapa Nadia buat detox ni…? Siapa tau sebab apa Nadia buat detox ni.. Tolong jawab kejap.. heheh.. ok la.. Nadia bagitau eh.. Nadia buat detox ni sebab Nadia rasa badan Nadia penuh dengan toksik, so Nadia nak “FORMAT” badan Nadia supaya Nadia terasa ringan sikit. Heheheh.. Korang jangan ingat smartphone kita je nak kena clean up dan format.. Badan kita pun kena tau.. kalau kita biarkan.. sisa toksin dalam badan makin menebal dan mampu beri kesan buruk kepada tubuh badan kita. Badan pun dah macam Doraemon.. bulat-bulat belaka semua.

Perghhh… dah petang ni.. segar je terasa badan. Perut pun tak penuh rasa.. tapi satu je tak best.. Kuat pulak Nadia berulang alik ke tandas. Terasa kerap sangat nak membuang air. Rasa air detox ni memang teramat pahit, kelat dan adakalanya masam sangat.. Kalau korang tak suka minum air ni, korang boleh la.. mencuba detox-detox pil yang banyak kat pasaran kita. Tapi jangan tersalah pilih tau.. ada yang boleh mendatangkan mudarat badan kita balik tau.

Set Detox Shaklee terdiri daripada Alfalfa Complex, Herb-Lax dan DTX Complex. Individu yang mendapati tubuh mereka mengandungi banyak toksin serta berat badan yang semakin meningkat dan sukar turun, dinasihatkan perlu jalani proses detox ini secara perlahan-lahan dan teratur.
Alfalfa Complex ~ agen detox seluruh tubuh. Ia membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol. Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol jahat, memelihara kesihatan jantung dan mengurangkan risiko strok. Alfalfa juga bertindak untuk mencuci hati, darah dan usus disampingkan membersihkan toksin dari badan. Selain itu Alfalfa ini boleh menghilangkan masalah bau badan yang biasanya disebabkan oleh toksin yang banyak pada tubuh. Pengambilan Alfalfa Complex mestilah disertakan dengan air kosong yang banyak untuk memudahkan proses penyingkiran bahan kumuh. 

Herb-Lax ~ merupakan agen detox yang kedua. Iaitu ia menggalakkan pembersihan usus secara lembut, ia merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan. Herb-Lax boleh membantu masalah sembelit, di mana ia adalah berpunca dari najis yang sudah tersimpan lama di dalam tubuh. Individu yang mengalami masalah perut buncit juga digalakkan untuk mengambil Herb-Lax, dengan aturan yang betul inshaAllah anda akan berpuas hati dengan hasilnya.

DTX Complex ~ Ini pula adalah agen detoksifikasi untuk hati. Ia melindungi hati daripada toksin, racun dan bahan kimia. Kandungan toksin yang banyak pada tubuh boleh mengganggu kadar penyerapan nutrien pada tubuh, DTX Complex membantu meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi. DTX Complex juga mampu memperlahankan pembentukan toksin. Kepada individu yang ada masalah sembelit juga boleh mengambil DTX Complex sebagai ikhtiar kerana ia bertindak sebagai julap lembut.


***********************************************************
Cepat-cepat hubungi Nadia untuk dapatkan sebarang produk Shaklee ni.. Ready stock okeh..! COD anytime sekitar bandar Kuantan, Gebeng, Balok dan kawasan sekitarnya. Khidmat POS seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.
Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM80 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Pengedar Shaklee KuPengedar Shaklee Balok, Gebeng, Indera Mahkota dan Kuantan, Free CODantan, Free COD

Tubuh Badan Perlu Detox atau Nyahtoksin

Tubuh Badan Perlu Detox atau Nyahtoksin

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera semua..


hmm.. lama jugak rasanya Nadia tak berkongsi cerita kan.. So,hari nie Nadia nak cerita tentang DETOX@Nyahtoksin. Nadia nak tanya pernah dengar tak pasal
 DETOX ? Kalau ada yang pernah sila angkat tangan.. hehehe..
Ramai menyebut-nyebut pasal
 DETOX atau dalam bahasa kita dipanggil NYAHTOKSIN. 
Detox pun ada pelbagai jenis. Nadia pun ada buat detox semulajadi tau.. Selain dari mengamalkan suplimen detox Shaklee.. Setiap malam Nadia akan buat dan masukkan dalam peti untuk sejukkan dan minum keesokkan harinya.. kesannya memang terbaik la.. memang best tau berdetox ni.. First, Nadia rasa lawas je dan terasa perut slim gituuu.. hehehe.. (perasan jek Nadia ni).. Jom try buat detox semulajadi selain mencuba suplimen. Hanya Lemon dan timun, adakalanya Nadia tambah daun pudina.

Apa sebenarnya 
DETOX ni ye?

Secara normal, hari-hari badan kita akan menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing. Pembuangan toksin dari badan adalah perlu bagi bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal.
--------------------------------
Dari mana datang toksin?
--------------------------------
Toksin pada badan kita datang samada dari persekitaran atau dari dalam badan kita sendiri. Ia masuk ke dalam badan melalui macam-macam cara seperti :

UDARA :
udara yang mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain disedut masuk ke dalam badan

MAKANAN/ MINUMAN : makanan atau minuman yang tidak bersih atau dimasak mungkin mengandungi sisa racun, bahan kimia dan sebagainya.

UBATAN : Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan toksin bertambah dalam badan.

RADIASI : pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro

MAKANAN TIDAK HADAM : makanan yang tidak hadam dan tinggal akan usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam

DEHIDRASI dan MALNUTRISI :
kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindakbalas enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni sistem manusia
 
---------------------------------------
Tanda-tanda anda perlu DETOX
----------------------------------------
~Masalah penghadaman
~Sembelit
~Sakit kepala
~Jerawat
~Penuaan pra-matang
~Letih
~Berat badan berlebihan
~Insomnia

----------------------------------------
Cara & Langkah-langkah DETOX
----------------------------------------

Bagi membersihkan tubuh dari toksin secara semulajadi, dicadangkan supaya kita mengikuti langkah berikut :

1. PUASA - rehatkan sistem badan, puasa dapat membantu proses detox

2. DETOX hati - rangsang hati anda untuk membuang toksin yang terkumpul dengan cara mengurangkan pengambilan kaffein, alkohol, garam, gula, makanan diproses dan sbagainya. Pengambilan sesetengah herba seperti teh hijau, bawang putih, kunyit, sayuran seperti brokoli dan artichoke, cendawan reishi, milk thistle, dandelion root dan sebagainya

3. DETOX Sistem Penghadaman - ambil makanan yang tinggi serat (fiber) seperti sayuran dan buahan segar, gandum, oat, alfalfa, jus limau dan buahan berries.

4. DETOX melalui kulit - minum air yang ditapis lebih banyak dari biasa, lakukan senaman secara teratur bagi menggalakkan pengeluaran peluh, nikmati sauna dan mandian wap 2-3 kali seminggu.

5. MAKANAN BERKHASIAT - setelah melalui proses detox, kawal pemakanan anda dengam mengambil makanan yang berkhasiat, mengambil makanan tambahan dan vitamin dan menggunakan sistem penapis air yang baik.

Korang boleh jugak memilih produk Shaklee untuk DETOX...

------------------------------ 
DETOX dengan SHAKLEE!
------------------------------

Shaklee mencadangkan pengambilan beberapa rangkaian produknya untuk membantu proses detox bagi melancarkan proses membuang toksin dan bahan buangan. Berikut adalah rangkaian produk untuk anda : 

1. Alfalfa Complex (Detox seluruh tubuh) : Herba yang kaya dengan pelabagai nutrisi dan digelar 'Raja Segla Tumbuhan'. Membantu proses detox hati, darah dan usus. Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah penghadaman dan banyak lagi.

2. DTX Complex (Detox hati) : Campuran 6 herba yang terkenal dalam kesihatan hati iaitu biji benih milk thistle, kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis. Membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati

3. Garlic (Detox darah) : dibuat dari bawang putih premium yang dirumus bersama ekstrak herba rosemary & spearmint. Membantu meningkatkan sistem penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah, antibiotik semulajadi meningkatkan sistem imun tubuh

4. Herblax (Detox usus) : Gabungan 9 herba semualajadi - daun alfalfa, daun jati cina (senna), biji adas manis cina (anise seed), bunga mallow biru (Blue malva), kulit kayu buckthorn, akar likoris, biiji jintan manis (fennel), akar rhubarb & akar Culver's. Membantu membersihkan usus dari najis lama yang tertinggal, membantu pergerakan semulajadi usus & melegakan sembelit.

-------------------------------
Bila waktu terbaik detox?
-------------------------------
Sebenarnya kita boleh melakukan detox pada bila-bila masa. Badan kita bukan kereta yang perlu ada jadual penyelenggaraan. Cuma yang penting, bila badan rasa tidak selesa, dan timbul simptom-simptom seperti sakit kepala, berat badan berlebihan, tidak hadam, keletihan, sukar tidur dan jerawat - mungkin kita perlukan detox. Pakar nutrisi mencadangkan supaya seorang individu dewasa melakukan detox menyeluruh sekurang-kurangnya setahun sekali. Tapi, sebaiknya anda lakukan mengikut keperluan.

Menurut Dr. Juliet Tien, pakar dalam bidang ini - jika anda jarang-jarang melakukan proses detoksifikasi, disarankan anda melakukanny selepas musim perayaan kerana pada masa inilah anda akan mengambil makanan yang berpotensi mentoksikkan badan dalam jangka masa pendek dan panjang. Makanan manis, berlemak, berminyak, makanan tersedia yang mungkin dicemari yis dan parasit banyak dihidangkan di rumah terbuka dan jamuan-jamuan.

Jangan tunggu lagi, jom detox sekarang!
Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.

Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

Jom Rawat Hati..!

Assalamualaikum & Salam Sayang semua…   
    
Hari ni awal Nadia nak berkongsi cerita cara-cara nak merawat dan menjaga hati kita. Selalunya kita dengar cara merawat hati dengan terapi Al-Quran, zikir dan munajat kan..? tapi kali ni Nadia nak korang jaga hati dari terkena penyakit duniawi. Contohnya barah hati atau sebaliknya. Ni bukan sakit hati yang berkaitan dengan perasaan tau.. Bukan pHd (perasaan hasad dengki) okeh.
Yelah, orang kita terlalu kaya dengan simpulan Bahasa yang berkaitan dengan hati ni kan.. jatuh hati la, hati busuk, hati kering, makan hati dan macam-macam lagi la.

Okeh, yang Nadia nak share kali ni, takde pun kaitan dengan simpulan Bahasa yang berkaitan hati tau, tapi kesihatan hati.

Hati adalah organ terbesar dalam tubuh manusia yang berkeupayaan untuk membina dirinya semula.  Hati bertindak sebagai pusat pemprosesan, menyahtoksik serta menjalankan fungsi-fungsi kritikal dalam badan kita.

Antara FUNGSI hati ialah :-
Merembeskan hempedu – untuk pencernaan dan memecahkan lemak. Membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak A,D, E,K.

Detoksifikasi – menyahkeluar bahan-bahan toksik dari badan sebagai bahan kumuh seperti ammonia

Kawal Paras Gula dalam Darah – menukarkan tiroksina (hormone tiriod) kedalam bentuk yang lebih akti

Metabolisme Lemak – penting untuk sintesis asid lemak dari asid amino dan gula.

Masalah hati berlaku apabila adanya gangguan pada fungsi hati dan akhirnya mmenybabkan penyakit hati. Ia seterusnya boleh mendatangkan kerosakkan pada tubuh badan. Gejala biasa penyakit hati ialah loya, muntah, keletihan melampau dan penyakit demam kuning (pada mata dan kulit yang disebabkan oleh kepekatan bilirubin tinggi dalam aliran darah) 

Apakah punca-punca PENYAKIT hati? 
Banyak beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya masalah macam ni. Antara penyebab penyakit hati ialah :-
  • Pengambilan Alkohol berlebihan
  • Sirosis (Cirrhosis) – tahap kronik untuk penyakit hati. Kehadiran parut pada hati dan kehilangan berfungsi sel-sel hati menyebabkan hati gagal.
  • Penggunaan dadah yang tertentu
  • Hepatitis berjangkit – seperti Hepatitis A,B dan C
  • Hati berlemak (fatty liver)
  • Hemochromatosis – adalah gangguan metabolik yang membawa kepada penyimpanan kandungan iron yang luar biasa tinggi dalam badan. Iron yang berlebihan boleh berkumpul di dalam tisu hati, pankreas, dan jantung dan boleh membawa kepada keradangan, sirosis, kanser hati, dan kegagalan hati.
  • Wilson’s Disease- penyakit keturunan yang menjejaskan keupayaan badan untuk memetabolismekan copper . Wilson’s Disease boleh membawa kepada sirosis dan kegagalan hati.
  • Gilbert’s Disease – berlaku apabila kandungan bilirubin tinggi dalam hati. Biasanya ia akan hilang dengan sendirinya dan tidak berbahaya
  • Kanser – boleh berlaku pada struktur hati dan sel-sel.

Disebabkan gaya hidup kita yang semakin tidak sihat, banyak pihak mengambil inisiatif untuk membantu kita menjaga dan melindungi hati kita dari penyakit hatai. Antaranya, banyak suplimen yang sesuai untuk hati berada di pasaran. Salah satu DTX Complex Shaklee. DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:
  • Biji ‘milk thistle’ - Digunakan di Eropah sejak 2000 tahun lagi dan ia merupakan bahan utama dalam DTX. Selain itu, ia mengandungi ‘Silymarin’ yang berfungsi sebagai antioksida.
  • Biji schizandra chinensis - bertindak untuk menghalang Toksin berada dalam badan. Biji ini jugak mampu menggalakkan protein sintesis yang mana ia menggalakkan pertumbuhan sel – sel baru dan mempunyai antioksida.
  • Cendawan Reishi-digunakan secara tradisional sejak 4000 tahun dahulu di China sebagai sumber antioksida
  • Dandelion yang diperkaya dengan Vitamin A, B, C, D dan zat besi. Ia juga mengandungi ‘Cynarin’ yang melancarkan pengaliran hempedu
  • Kunyit - mengandungi ‘Curcumin’ yang berfungsi untuk mencegah barah hati & kesihatan pundi hempedu
  • Ekstrak artichoke
  • Mengandungi ‘Cynarin’ yang melancarkan pengaliran hempedu sekaligus  membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal 
   

Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003


 
 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png