Showing posts with label Bisnes Part-time. Show all posts
Showing posts with label Bisnes Part-time. Show all posts

Sambil ber-Shaklee sambil tambah duit blog.. (^_^)

Assalamualaikum, Hiii.. ^_^

Haiii... korang.. kalau minat blogging tu.. jangan lupa tau.. dengan blog pun boleh buat duit.. banyak cara boleh kita gunakan blog ni untuk jadikan medan kita mencari rezeki.. rajin berusaha dan fokus.. fokus.. tawakal.. insya-Allah mesti ada rezki... (^_*)

Nadia pun bukan yang jenis rajin main blog.. tapi suka punya.. jadi terhasil dua blog (^_^) satu Nadia fokus pada Shaklee income tambahan Nadia ni.. buat duit dengan Shaklee.. sesiapa yang nak singgah..jgn lupa yea singgah melawat blog Pengedar Shaklee Kuantan (bangundaritidoq.blogspot.my). Dalam blog ni.. Nadia memang fokus 100% dengan Shaklee dan banyak kongsi tips. Korang jangan lupa tau klik Nadia punya FB Pages.. Love Vitamin Love's. Boleh juga kalau korang berniat nak tambah income.. boleh contact Nadia.

Satu lagi blog.. Nadia hanya fokus pada personal. Blog ni 100% hiasan handmade by Nadia. cuma header je Nadia google.. takde mood nak headerkan muka sendiri.. hahahahah.. blog personal Nadia "maizatulnadia.blogspot.my" .... tak senang jugak bila ada 2 blog ni.. kekadang bila main blog A, blog B pulak terabai.. Tapi alhamdulillah la.. belum lagi blog Shaklee Nadia terabai.. yela.. poket Nadia tu.. kalau tak buat tak berhupdate.. memang tak "berduit" la poket Nadia..


Selain dari Shaklee, iklan nuffnang pun boleh jugak korang letak dalam blog korang tau.. Nadia pun letak.. tapi bukan nak menunjuk... just nak sharing.. yang nuffnang memang bagi kita duit tauuu..
So..sesiapa yang belum pasang nuffnang.. sambil-sambil ber-Shaklee sambil tambah duit blog.. rajin-rajin pasang dan bila blogwalking blog kengkawan tu.. rerajin la klik dan membalas klik nuffnang kengkawan tau (^_*). Kalau nak mendaftar tu.. boleh la klik sini. Selamat "menabung" dan rerajin klik nuffnang Nadia, insya-Allah Nadia akan balas kunjungan korang walaupun lambat.

***************************************************************
LovesomebodyHambaAllah
©©Nadia Reza©©

Cabaran 14 hari..

Assalamualaikum readers♥♥

Cabaran 14hari by Master Jannatul Fadilah. Insya-Allah.. akan ku sahut.. kengkawan doakan tau Nadia dapat habiskan cabaran ni dengan jayanya. Bukan mengharapkan hadiah.. tapi Nadia mengharapkan ianya dapat jadikan salah satu usaha untuk Nadia makin mendisiplinkan diri Nadia untuk maju kan diri Nadia. Nadia tak merasakan Nadia berada dalam keadaan yang terlalu selesa. Bila tengok kengkawan belog Nadia jenjalan pusing-pusing Malaysia, hati terasa jeles sangat. Memang setiap orang dah dikurniakan rezeki oleh-Nya.. tetapi kita patut berusaha untuk dapatkan rezeki yang berkat dari-Nya bukan sekadar berpeluk tubuh menanti rezeki bergolek-golek datang.

Apa yang kita ada dan miliki sekarang ni… adakah betul-betul buat kita selesa..? Nadia tak selesa.. jujur Nadia kata.. dengan dunia yang makin mencabar ni.. segala kos sara hidup semuanya meningkat.. Gaji yang Nadia ada memang tak mencukupi untuk menampung kehidupan Nadia. Memang kalau orang baca entry Nadia ni orang akan comment.. “Syukur dengan nikmat rezeki-Nya” tapi kalau dengan gaji sekarang kita sampai takut nak bersedekah dan berkongsi dengan yang lebih memerlukan..adakah betul cara kita mensyukuri nikmat Allah..


So.. disebabkan itu jugaklah Nadia sambut cabaran dari Master Jannatul untuk pastikan Nadia keluar dari sangkar “Zone selesa” ciptaan Nadia sendiri. Kita ada Allah.. memang ramai dan banyak belog pengedar Shaklee dalam Malaysia ni.. tapi kita kena faham jugak, bukan 100% yang aktif blogging Shaklee dan buat Shaklee.. Mungkin.. rezeki kita.. dengan Shaklee.. Kena sentiasa ingat.. REZEKI itu MISTERI.. kita taktau pun akan datang rezeki kita macamana.. So, berusaha, berdoa dan bertawakal..
So, sesiapa yang nak sama-sama join Nadia tambah income dengan Shaklee, korang jangan malu-malu untuk update info dan wassap Nadia laju-laju. Jom ubah..!! Jangan biarkan diri kita rela berada dalam zone selesa padahal sebenarnya kita tak selesa manapun. Kita cuma tutup mata dan anggap mungkin setakat ini sahaja rezeki kita.

Cepat-cepat hubungi Nadia untuk dapatkan sebarang produk Shaklee ni.. Ready stock okeh..! COD anytime sekitar bandar Kuantan, Gebeng, Balok dan kawasan sekitarnya. Khidmat POS seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.
Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM80 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.

Tip & Trik Bisnes Di Rumah

Haii u olls… waaa.. lamanya Nadia tak hupdate blog.. so.. hari ni mood Nadia nak jenjalan blog, mencari idea untuk kembangkan idea dalam blog Nadia ni..  Puas jenjalan.. Terasa nak share tips & trik biz dari rumah ni dari rumah maya otribe.com.my.. sebab Nadia pun tergolong dari usahawan part-time yang bekerja dari rumah. Tips ni memang berguna sangat. Jemput sharing..

Kerja di rumah, anda tidak perlu lagi menempuh kesesakkan jalan raya, di marahi bos, keletihan tubuh badan dan anda juga dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Masalahnya ramai usahawan yang bekerja di rumah kecundang menghasilkan kerja yang produktif dan konsisten. Ini kerana dugaan di rumah lebih besar dari dugaan kerja di pejabat. Sebagai contoh, katil dan sofa memang seronok jika baring sambil membuat kerja bisnes di atasnya, pada waktu yang sama tempat ini juga boleh menggoda anda untuk tidur nyenyak di atasnya – kebanyakkan, ramai yang memilih tidur dari membuat kerja bisnes.
 Tip & Trik Bisnes Di Rumah
Secara realitinya, tidak semua orang mampu bekerja di rumah. Untuk berjaya kerja di rumah, seseorang itu perlu memiliki sikap disiplin yang tinggi, motivasi diri yang tidak putus-putus dan yang paling penting sentiasa menjadi pencetus tenaga positif terhadap diri sendiri.

Bagi yang baru berjinak-jinak dengan bisnes di rumah, jika anda masih memikirkan kerja di rumah merupakan kebebasan dari bangun pagi tanpa hirau bunyi jam loceng – fikirkannya sekali lagi!

Terdapat beberapa tip & trik yang perlu anda ketahui jika ingin melakukan bisnes di rumah:

1. Mulakan Harian Anda Sama Seperti Anda Bekerja Di Pejabat
Seperti biasa, bangun awal pagi, mandi, sarapan, pakai pakaian yang kemas serta tetapkan pemikiran positif. Menetapkan rutin harian seperti gaya seorang usahawan profesional lakukan – ia akan membantu anda menaikkan lagi minda yang produktif dan proaktif.

2. Memiliki Mini Pejabat Di Rumah
Bukan senang hendak melakukan kerja tanpa gangguan dari sekeliling. Salah satu cara untuk atasi masalah ini adalah dengan membina satu ruang khas yang boleh direka bentuk kelihatan seperti bilik pejabat. Anda boleh menghias mini pejabat ini mengikut kemahuan anda. Jadikan pejabat kelihatan seceria yang boleh kerana anda akan meluangkan masa yang lama membuat kerja bisnes di dalamnya.
Lengkapkan mini pejabat dengan barang-barang keperluan asas seperti komputer, mesin pencetak dan telefon. Tetapkan peraturan mini pejabat, sebagai contoh tidak dibenarkan orang lain memasukinya jika tidak mempunyai urusan penting. Peraturan yang disediakan tidak perlu terlalu ketat seperti pejabat sebenar, cukup sekadar untuk anda mendapat fokus sewaktu kerja sedang dilakukan di dalamnya.

3. Mula 30 Minit Lebih Awal
Ini merupakan trik berharga yang dikongsi oleh ramai jutawan. Contoh, jika anda bercadang untuk melakukan kerja bisnes harian bermula pukul 9.00 pagi ini bermakna anda perlu berada di dalam mini pejabat pada pukul 8.30 pagi.
Gunakan 30 minit awal ini dengan sebaik mungkin. Anda boleh mula merangka kerja-kerja yang perlu dilakukan pada hari tersebut dengan cara menulis di atas kertas – jadikan kertas ini sebagai senarai semak. Jika masih mempunyai masa terluang, anda boleh melayari internet dan media social untuk mencari info yang berguna atau mencari bahan-bahan yang boleh menambah tenaga positif diri anda. Tonton video-video lucu yang boleh menceriakan anda, secara tidak langsung ini akan membantu anda bermula kerja dengan keadaan gembira dan tenang.

4. Pelan Kerja Mengikut Keutamaan
Susun kerja mengikut keutamaan, ini bermakna kerja yang mempunyai tarikh paling terdekat untuk dihantar ke pelanggan perlu disiapkan terlebih dahulu. Jangan tunda kerja walaupun kerja itu rumit, bina pelan kerja dengan teratur agar anda tidak menghadapi masalah dikemudian hari.

5. Kekal Berhubung Dunia Luar
Kerja di rumah kadang kala akan membuat anda berasa kesunyian, gunakan media social seperti Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan lain. Berborak dengan mereka sebentar untuk hilangkan stress diri, perbualan tidak semestinya berkaitan dengan bisnes, anda boleh borak apa-apa sahaja yang anda suka. Selesaikan kesunyian, kemudian sambung kerja semula.

6. Waktu Tamat Bekerja
Tetapkan waktu tamat bekerja. Ramai orang mampu bekerja 24 jam tanpa henti, tapi apa gunanya jika kerja tanpa henti yang boleh menyebabkan minda dan fizikal keletihan atau mungkin boleh mendatangkan masalah kesihatan. Waktu tamat bekerja terpulang mengikut kehendak anda, mungkin anda ingin tamat seperti waktu pejabat sebenar 5.30 petang atau awal dari kebiasaan seperti pukul 3.00 petang.
Jangan seksakan diri dengan beban kerja di rumah, anda mempunyai kuasa untuk menguruskan beban ini dengan sebijaknya. Ini kerana anda merupakan bos kepada diri anda!



Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM80 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

Jadi Ahli Shaklee tak semestinya ber-biz..

Jadi Ahli Shaklee tak semestinya ber-biz..

 

Assalamualaikum u olls!!! Terima kasih kepada reader2 blog Shaklee Nadia yang mana dah pernah membeli dengan Nadia dan baru nak menjadi customers Nadia... Korang memang awesome!!! Memang tak rugikan amalkan suplimen & produk penjagaan diri Shaklee. Feel dan kesan amalkan produk Shaklee memang awesome kan… Auwwwwe.. best gitu.. hehehe.. berbaloi cantik dan sihat dengan Shaklee.
Hmmm.. korang yang lain tu, kalau belum pernah amalkan suplimen Shaklee.. patut mencuba dan jadikan Shaklee adalah suplimen terbaik yang pernah korang consume.. Nak tau terbaik macam man, korang kena la ada supliment Shaklee dan alami sendiri perasaan awesome ni..
Lepas ni, Nadia doakan korang semua ada rezeki beli suplimen Shaklee yang best ni dan “sign-up” jadi ahli supaya korang akan rasa seronoknya bila consume dan dapat lagi banyak keistimewaan. Korang tak pernah tau kan apa keistimewaan kalau jadi ahli Shaklee ni.. Nadia akan cite pada korang betapa bestnya jadi ahli.

Tapi, korang kena ubah persepsi korang, kalau jadi ahli “kena @ wajib” ber-bis Shaklee. Yang tu yang utama korang kena ubah.. Kalau nawatu kita niat nak cari duit lebih, sememangnya digalakkan ber-biz Shaklee.... tiada kewajiban dalam mendaftar jadi ahli Shaklee... kena paksa buat biz.
Kalau tak berminat nak buat biz pun boleh “sign-up” jadi ahli Shaklee. Korang tetap dapat keistimewaan yang Shaklee janjikan.. dengan “sign-up” ahli yang tak sampai RM100 tu pun dah buat korang dah jimat sampai 20%... dan paling penting korang kena tahu.. tak de pun kena renew keahlian.. walaupun 10,20 tahun akan datang.. korang boleh gunakan keahlian korang tu untuk makan sendiri, belikan ibu ayah, adik2 pun dah boleh buat korang dapat bonus tunai tau..

Tapi kalau korang bersungguh dan berminat dengan biz Shaklee... korang akan dapat lebih banyak faedah... dari bonus tunai sehinggalah bonus tunai kereta..kadang berganda2... kadang dari yang kita jangkakan.. bila bonus bulanan rm 1xxx tetiba bulan tu Shaklee umumkan “surprise” yang tak diduga.. dan di bagi pulak bonus extra.. dari RM1xxx tu boleh jadi sehingga RM2xxx atau lebih lagi... Untungkan bercints dengsn biz Shaklee... lagi pun biz Shaklee dah senang sekarang... sebab dah ramai yang kenal Shaklee... dah tau kebaikannya..keje mudah bagi yang nak berbiz share je khasiat Shaklee... Nak dapatkan produk pun tak perlu ke branch yang limited dalam Malaysia. Stay kat rumah pun, boleh dapatkan produk.

Jom pakat “sign-up” ahli Shaklee... Nadia tak dapat untung mana pun kalau korang “sign-up”.. Korang pun tak rugi mana jugak... malah makin beruntung..sangat adil dan berbaloi... Nak biz atau sendiri makan.. hanya korang yang mampu decide. Pilihan di tangan korang... tiada paksaan okeh..! Kalau nak tebalkan “poket” tersangat di alu-alu kan.. dapat bantu hubby @ family.. so, korang boleh decide k..


Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM80 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003


Muflis Muda-muda..? Elakkannya..

579 belia bawah 25 tahun diisytihar muflis, 6 bulan pertama tahun ini..
Assalamualaikum & Salam Sayang semua..
Pagi tadi, masa on the way datang kerja, Nadia terdengar Buletin Hot.fm menyatakan ramai belia yang muflis sekarang ni. Betapa hebat penangan dunia sekarang. Korang pernah terfikir tak kenapa golongan belia sekarang ni muda-muda lagi dah diisytiharkan bankrap..? Bagi Nadia zaman teknologi sekarang, mesti ramai para belia tercabar dengan kecanggihan teknologi yang sentiasa di update dari semasa ke semasa.
Contohnya, baru-baru ni sebuah "Syarikat Gadget A'' baru melancarkan gadget keluaran terbaru syarikatnya. tak sampai sebulan lagi Nadia dah perasan Syarikat gadget S pula melancar model gadget smartphone terbarunya. tak mungkin golongan belia macam Nadia tak tergilakan gadget yang serba baru sesuai dengan peredaran zaman teknolgi kan...? Harga sesebuah gadget pula bukan ratus tapi makan ribu riban jugak sebuah. Kos sar hidup sekarang semakin meningkat. Serba serbi mahal. Mungkin ni salah satu faktor mengajak warga belia untuk berhutang dan menambah hutang. Gaji yang dapat tak setanding dengan bebanan hutang yang banyak. 
Ramai golongan belia diisytihar muflis kerana kegagalan menguruskan kewangan untuk membayar hutang pinjaman dan kad kredit, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2014.
Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2014. 
Kadar belia berumur 25 tahun ke bawah yang diisytiharkan bankrap di negara ini semakin membimbangkan apabila sebanyak 579 individu direkodkan muflis dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding keseluruhan 208 individu pada tahun lepas dan 130 individu pada tahun sebelumnya.
"Jumlah 579 individu berkenaan merupakan sebahagian daripada keseluruhan 12,381 individu yang diisytiharkan bankrap di negara ini bagi tempoh 6 bulan pertama tahun ini," katanya pada program 'Memperkasa Informasi Generasi Muda' anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Jabatan Perdana Menteri, di Johor Baru, semalam.
Nancy berkata, bagi belia berumur 25 hingga 34 tahun pula, sebanyak 2,491 individu diisytihar bankrap bagi tempoh Januari hingga Jun ini manakala belia berumur 35 tahun hingga 44 tahun pula adalah 4,121 individu.
Beliau berkata, kebanyakan punca individu berkenaan mengalami bankrap adalah disebabkan kegagalan membayar balik pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi dan bayaran kad kredit.
Nancy berkata, kerajaan menerusi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) ada menganjurkan program kepada masyarakat khususnya belia untuk menguruskan wang dengan bijak sekali gus mendidik mereka menangani bankrap.
Sehubungan itu, beliau berkata mana-mana individu mahupun belia disaran supaya mendapatkan nasihat agensi berkenaan atau bantuan awal sekiranya diisytihar bankrap.
"Berdasarkan maklum balas penganjuran beberapa program sebelum ini, kita dapati kebanyakan belia tidak mempunyai kesedaran tentang perkhidmatan dan bantuan oleh kerajaan sehingga menyebabkan mereka bankrap pada usia muda.
"Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya mereka tampil ke AKPK atau MdI dan dengan mengambil tindakan awal, mereka juga sekurang-kurangnya tidak mengalami masalah dihalang ketika hendak ke luar negara," katanya.
Sementara itu, mengenai penganjuran program 'Memperkasa Informasi Generasi Muda' tersebut, Nancy berkata ia amat wajar dalam menyalurkan maklumat usaha dan kemudahan yang disediakan kerajaan dengan tepat kepada belia.
Menurutnya, ilmu yang diperoleh daripada program itu dapat menangkis penyebaran maklumat tidak sahih yang diperoleh masyarakat lebih-lebih lagi pada zaman penggunaan media sosial yang semakin meluas ketika ini. – Bernama, 20 Oktober, 2014. Banyak
Sedikit tips Nadia dapat kongsikan dengan korang yang memilih untuk hidup seiring dengan tekonologi yang semakin hari semakin canggih ni. Korang boleh mencuba menjinakkan diri dengan peniagaan yang memerlukan modal yang sikit dan tidak melibatkan mana-man pinjaman badan kewangan. Contohnya Shaklee. Klik sini untuk maklumat lanjut. Suntik semangat diri dan semaikan semangat berniaga. Ini kerana pendapatan berniaga lebih lumayan jika dibanding makan gaji. 
Selain itu, korang boleh mulakan perniagaan online kerana ia tak memerlukan korang untuk menyewa premis perniagaan. So, dengan cara ni, korang boleh berjimat untuk menyediakan kewangan untuk sewa premis. 
Untuk dapatkan lagi tips tentang perniagaan online. Klik sini.
Semoga serba sedikit entry kali ni dapat membantu kita dari terjebak dalm lembah hutang yang membebankan. Kalau ada yang ingin memulakan perniagaan online yang modal hanya RM75 hubungi Nadia secepat mungkin. Lajukan langkah demi kesenangan hidup korang. Segalanya di tangan korang.

Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

Tips Mecari Perniagaan Online

Zaman sekarang semua benda di hujung jari.
Nak beli barang pun, hanya perlu klik klik dan siap, tunggu barang sampai depan pintu rumah.
Ramai surirumah dan wanita yang berkerjaya berminat untuk mendapatkan pendapatan sampingan, lebih-lebih lagi untuk membantu ibu bapa, suami dan keluarga untuk menampung kos hidup yang semakin hari semakin tinggi.
Sebagai seorang bekerjadan mempunyai yang berpendapatan rendah, Nadia faham beberapa dilema wanita dan surirumah sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan, biasanya ia berkaitan kekangan anak, masa dan kewangan.

Berikut Nadia kongsikan panduan untuk mencari perniagaan yang sesuai untuk wanita bekerja, belajar dan surirumah.
tips memilih perniagaan dari rumah
1) Tiada modal atau modal yang kecil
Perniagaan yang tiada modal tidak memerlukan kita untuk mengeluarkan satu sen pun duit untuk membeli modal.
Biasanya perniagaan jenis ini ialah perniagaan dropship, iaitu pelanggan tempah dari kita, dan kita minta pembekal untuk poskan kepada pelanggan.
Tiada kos untuk modal. Komisen diberi sepenuhnya kepada anda.
Biasanya perniagaan jenis ini akan ada yuran pendaftaran tahunan atau bulanan yang tidak membebankan.

Seperti contoh, pendaftaran untuk memulakan perniagaan Shaklee hanya RM 75/RM 85 sahaja untuk seumur hidup

2) Kerja dijalankan dari rumah
Pilih perniagaan yang boleh dilakukan 100% dari rumah.
Ini menjadikan masa lebih fleksibel dan tidak mengganggu rutin harian kita seperti menguruskan anak-anak dan urusan rumahtangga.
Perniagaan boleh di jalankan melalui media sosial seperti blog, Facebook, Instagram, Tweeter dan pelbagai lagi.

3) Risiko rendah
Pilih perniagaan yang berisiko rendah supaya kita tidak membebankan suami dan keluarga kita.
Pastikan kalau jatuh, tiada kerugian besar atau langsung tiada kerugian.
Sebab itu seboleh mungkin cari perniagaan yang tak memerlukan kita untuk mengeluarkan modal atau perniagaan yang tidak memaksa kita membuat pinjaman.

4) Mentor
Sebaiknya pastikan cari mentor yang telah berjaya dalam perniagaan yang bakal kita ceburi.
Mentor yang sudi memberi tunjuk ajar adalah penting supaya kita boleh belajar dari pengalaman orang yang pernah berjaya dalam bidang yang kita ingin ceburi.
Dan,mentor-mentor yang bimbing Nadia dalam Shaklee.. memang hebat-hebat belaka. Master Norita & Kak Jannah memang dah terbukti berjaya dalam arena perniagaan Shaklee.

Pilihan di tangan anda
4 panduan telah Nadia kongsikan, terpulang untuk korang cari dan pilih perniagaan yang sesuai.
Tapi kalau Nadia, Nadia akan pilih yang sangat dekat di hati – maksudnya produk yang kita pakai, yang kita yakini berkesan, yang tak banyak renyah.
Jika korang berminat untuk sertai perniagaan Shaklee, korang boleh hubungi Nadia seperti tertera di bawah tau :


Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003


Tips Ringkas Urus Kewangan



Assalamualaikum & Salam sayang

Korang mesti tau kan kos sara hidup sekarang semakin meningkat.. dan rata2 antara kita mengeluh bila gaji sekitar RM1000-1200 sebulan tak cukup untuk menampung kos sara hidup untuk sebulan. Siapa yang terasa macam tu, sila angkat tangan.. hehe.. Nadia pun salah satu antaranya.


So, Nadia berpendapat untuk mengatasi masalah “kos sara hidup” yang kian meningkat ni kita perlu melakukan lebih dari satu kerja jika inginkan keselesaan dalam kehidupan kita. Tapi tak semua orang mampu buat dua kerja dalam satu masa kan…? Kalau ada antara korang yang tercari-cari kerja simple yang tak memerlukan tenaga dan hanya bekerja secara sambilan dari rumah atau pejabat macam Nadia buat sekarang korang boleh KLIK SINI.

Jikalau ada diantara kita yang tak mampu bekerja lebih dari dari satu pekerjaan dan tak mahu membuat kerja lebih masa, korang boleh la try tips yang Nadia kongsi ni dan amalkan. Insya-Allah kewangan korang akan stabil tapi ia tak menjaminkan kemewahan tau. Cuma kebebasan kewangan atau “money freedom” sahaja yang kita rasakan.

Strategi pengurusan kewangan yang berjaya

Mengetahui arus keluar-masuk pendapatan dan perbelanjaan
Korang boleh menyimpan semua resit dan mencatat perbelanjaan dan pendapatan bulanan korang di atas sekeping kertas atau buku nota, tetapi ia lebih mudah dan percuma jika menggunakan program seperti Microsoft excel. Buat bahagian untuk semua perbelanjaan korang suka seperti hiburan, makanan, pakaian, utiliti, dan pembayaran gadai janji atau hutang. Membuat bahagian yang lain untuk semua pendapatan isi rumah anda kecuali pendapatan daripada pelaburan / simpanan.


Jangan berbelanja lebih daripada pendapatan
Jika korang menghabiskan lebih dari yang korang dapat maka secara drastic korang perlu mengubah cara hidup korang. Jika ia berlarutan, korang telah menempah diri korang untuk masuk ke lembah hutang piutang dan secara perlahan dapat buat korang jatuh muflis walaupun kita bukan jenis berharta berjuta-juta yea.. (^_^) .


Bajet perbelanjaan anda
Tetapkan matlamat utama : Bajetkan untuk membelanjakan hanya 80% daripada pendapatan bulanan korang. Satu lagi 20% perlu dimasukkan terus ke dalam pelan simpanan / pelaburan. Selepas gadai janji atau hutang korang  telah dibayar, korang perlu pastikan 70% masih berbaki untuk perbelanjaan dapipada pendapatan korang.

  
Jangan gunakan kad kredit untuk barang-barang mahal
Ini adalah satu tabiat buruk, tabiat ini akan menjebakkan diri anda ke dalam lembah menambah hutang yang sedia ada jika anda tidak boleh membayar balik kredit. Produk yang lebih baik mungkin akan dikeluarkan beberapa bulan ke depan dan anda masih akan membayar hutang untuk produk versi yang lebih tua daripada produk terkini. Pilihan yang terbaik untuk mengelakkan penggunaan kad kredit berlebihan, korang perlu menambah kategori lain dalam ruang perbelanjaan dan menabung bagi mendapatkan produk tertentu @ kehendak korang.  


Hidup dgn sederhana untuk masa yang terhad..?
Korang terpaksa hidup sedikit berjimat jika anda inginkan keselesaan. Tetapi tidak bermakna berjimat selama-lamanya jika korang bebas dari segi kewangan. Cara yang bebas dari segi kewangan korang perlukan pendapatan yang cukup untuk menyokong gaya hidup korang inginkan, walaupun tanpa mempunyai pekerjaan tetap. So, salah satu penyelesaiannya korang kena buat bisnes samada secara sambilan atau sepuh masa hanya korang yang boleh tetapkan.


Melabur dengan bijak
Jangan membabi buta melabur dalam apa sahaja rakan dan keluarga cadangkan. Jangan senang lenang percayakan broker saham atau sebarang pelaburan yang korang sendiri tak tau asal punca pelaburan dan aliran duit pelaburan korang. Pastikan korang selidik serba sedikit tentang rancangan pelaburan korang dengan banyakkan bertanya tentang pelaburan yang bakal korang melabur sehingga korang betul-betul faham.



Pengurusan kewangan bukanlah satu prinsip yang rumit, ia tidak sukar untuk memahami dan amalkan. Kemungkinan dengan melakukan perkara-perkara di atas akan dapat membantu meningkatkan pengurusan kewangan korang dan membantu memberi keselesaan dan kebebasan kewangan kepada korang.


Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003



 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png