Haii u olls… waaa.. lamanya Nadia tak
hupdate blog.. so.. hari ni mood Nadia nak jenjalan blog, mencari idea untuk
kembangkan idea dalam blog Nadia ni..
Puas jenjalan.. Terasa nak share tips & trik biz dari rumah ni dari
rumah maya otribe.com.my.. sebab Nadia pun tergolong dari usahawan
part-time yang bekerja dari rumah. Tips ni memang berguna sangat. Jemput
sharing..
Kerja di rumah, anda tidak perlu lagi
menempuh kesesakkan jalan raya, di marahi bos, keletihan tubuh badan dan anda
juga dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Masalahnya ramai
usahawan yang bekerja di rumah kecundang menghasilkan kerja yang produktif dan
konsisten. Ini kerana dugaan di rumah lebih besar dari dugaan kerja di pejabat.
Sebagai contoh, katil dan sofa memang seronok jika baring sambil membuat kerja
bisnes di atasnya, pada waktu yang sama tempat ini juga boleh menggoda anda
untuk tidur nyenyak di atasnya – kebanyakkan, ramai yang memilih tidur dari
membuat kerja bisnes.
Secara realitinya, tidak semua orang
mampu bekerja di rumah. Untuk berjaya kerja di rumah, seseorang itu perlu
memiliki sikap disiplin yang tinggi, motivasi diri yang tidak putus-putus dan
yang paling penting sentiasa menjadi pencetus tenaga positif terhadap diri
sendiri.
Bagi yang baru berjinak-jinak dengan
bisnes di rumah, jika anda masih memikirkan kerja di rumah merupakan kebebasan
dari bangun pagi tanpa hirau bunyi jam loceng – fikirkannya sekali lagi!
Terdapat beberapa tip & trik yang
perlu anda ketahui jika ingin melakukan bisnes di rumah:
1.
Mulakan Harian Anda Sama Seperti Anda Bekerja Di Pejabat
Seperti biasa, bangun awal pagi,
mandi, sarapan, pakai pakaian yang kemas serta tetapkan pemikiran positif.
Menetapkan rutin harian seperti gaya seorang usahawan profesional lakukan – ia
akan membantu anda menaikkan lagi minda yang produktif dan proaktif.
2. Memiliki Mini Pejabat Di Rumah
Bukan senang hendak melakukan kerja
tanpa gangguan dari sekeliling. Salah satu cara untuk atasi masalah ini adalah
dengan membina satu ruang khas yang boleh direka bentuk kelihatan seperti bilik
pejabat. Anda boleh menghias mini pejabat ini mengikut kemahuan anda. Jadikan
pejabat kelihatan seceria yang boleh kerana anda akan meluangkan masa yang lama
membuat kerja bisnes di dalamnya.
Lengkapkan mini pejabat dengan
barang-barang keperluan asas seperti komputer, mesin pencetak dan telefon.
Tetapkan peraturan mini pejabat, sebagai contoh tidak dibenarkan orang lain
memasukinya jika tidak mempunyai urusan penting. Peraturan yang disediakan
tidak perlu terlalu ketat seperti pejabat sebenar, cukup sekadar untuk anda
mendapat fokus sewaktu kerja sedang dilakukan di dalamnya.
3.
Mula 30 Minit Lebih Awal
Ini merupakan trik berharga yang
dikongsi oleh ramai jutawan. Contoh, jika anda bercadang untuk melakukan kerja
bisnes harian bermula pukul 9.00 pagi ini bermakna anda perlu berada di dalam
mini pejabat pada pukul 8.30 pagi.
Gunakan 30 minit awal ini dengan
sebaik mungkin. Anda boleh mula merangka kerja-kerja yang perlu dilakukan pada
hari tersebut dengan cara menulis di atas kertas – jadikan kertas ini sebagai
senarai semak. Jika masih mempunyai masa terluang, anda boleh melayari internet
dan media social untuk mencari info yang berguna atau mencari bahan-bahan yang
boleh menambah tenaga positif diri anda. Tonton video-video lucu yang boleh
menceriakan anda, secara tidak langsung ini akan membantu anda bermula kerja
dengan keadaan gembira dan tenang.
4. Pelan Kerja Mengikut Keutamaan
Susun kerja mengikut keutamaan, ini
bermakna kerja yang mempunyai tarikh paling terdekat untuk dihantar ke
pelanggan perlu disiapkan terlebih dahulu. Jangan tunda kerja walaupun kerja
itu rumit, bina pelan kerja dengan teratur agar anda tidak menghadapi masalah
dikemudian hari.
5.
Kekal Berhubung Dunia Luar
Kerja di rumah kadang kala akan
membuat anda berasa kesunyian, gunakan media social seperti Facebook untuk
berhubung dengan rakan-rakan lain. Berborak dengan mereka sebentar untuk
hilangkan stress diri, perbualan tidak semestinya berkaitan dengan bisnes, anda
boleh borak apa-apa sahaja yang anda suka. Selesaikan kesunyian, kemudian
sambung kerja semula.
6.
Waktu Tamat Bekerja
Tetapkan waktu tamat bekerja. Ramai
orang mampu bekerja 24 jam tanpa henti, tapi apa gunanya jika kerja tanpa henti
yang boleh menyebabkan minda dan fizikal keletihan atau mungkin boleh
mendatangkan masalah kesihatan. Waktu tamat bekerja terpulang mengikut kehendak
anda, mungkin anda ingin tamat seperti waktu pejabat sebenar 5.30 petang atau
awal dari kebiasaan seperti pukul 3.00 petang.
Jangan seksakan diri dengan beban
kerja di rumah, anda mempunyai kuasa untuk menguruskan beban ini dengan
sebijaknya. Ini kerana anda merupakan bos kepada diri anda!
Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^)
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
No comments:
Post a Comment