Mesti Cuba! 5 Cara Mengecilkan Perut Dengan Cepat
& Semulajadi
Tentu ramai di kalangan kita yang mempunyai hobi makan. Bahkan kerana terlalu seronok menikmati makanan setiapkali dijamu, sampai tak sedar perut jadi semakin membuncit!
Tentu ramai di kalangan kita yang mempunyai hobi makan. Bahkan kerana terlalu seronok menikmati makanan setiapkali dijamu, sampai tak sedar perut jadi semakin membuncit!
Menikmati pelbagi menu kegemaran memang cukup membahagiakan.
Sungguhpun begitu, kita perlu menjaga kesihatan tubuh kita kerana jika kita
terus makan dan makan, tidak mustahil kita akan menjadi bertambah gemuk. Lebih parah
lagi, hanya di bahagian perut kita sahaja yang nampak membesar dan terus
membuncit!
Sudah pasti, keadaan seperti ini
bagaikan satu mimpi ngeri buat kita. Biasanya orang yang mempunyai perut buncit
sangat terseksa dengan keadaan yang dialaminya. Bukan setakat tidak selesa
dengan pandangan orang terhadap dirinya, masalah perut buncit juga kadangkala
membuatkan seseorang itu mengalami stress ringan.Jika anda berhadapan dengan
masalah ini, cubalah cara mengecilkan perut dengan cepat dan semulajadi seperti
berikut:
- Jaga Pola Makan
Anda suka makan? Anda perlu menjaga
pola makan anda supaya perut anda tidak terus membuncit. Jika awalnya anda
makan lebih dari tiga kali sehari, mulai daripada sekarang silakan sesuaikan
pola makan anda menjadi tiga kali sehari. Selain itu, pastikan jumlah makanan
yang diambil dikurangkan, biar sesuai dengan keperluan tubuh anda. Buat anda
yang suka mengudap makanan, sebaiknya hentikan kebiasaan tersebut. Sekalipun
anda hanya makanan ringan, namun hal tersebut ternyat boleh menyebabkan
perut membuncit.
- Minumlah Air Putih
Ada yang mengatakan air putih dapat
menyebabkan kegemukan, namun kenyataan tersebut adalah tidaklah benar. Ini
adalah kerana air putih sebenarnya boleh meneutralkan racun dalam tubuh,
termasuk juga membantu mengatasi lemak berlebihan pada tubuh. Oleh sebab itulah
anda yang sudah mengalami obesiti atau perut yang semakin membuncit, sebaiknya
minum air putih minimum satu liter perhari.
- Bersenam
Cara terbaik membakar lemak yang
berkumpul pada tubuh adalah dengan bersenam. Bagi anda yang mahu mengecilkan
perut, silalah bersenam secara rutin dan teratur. Cara untuk mengecilkan perut
dengan cepat, sebaiknya anda lebih kerap melakukan senaman ‘six up’.
- Hindari Makanan Berlemak
Selain menjaga pola makan, anda juga
wajib menghindari makanan berlemak. Ini adalah kerana makanan yang banyak mengandungi
lemak akan cepat membuat perut anda buncit, sebab lemak dalam tubuh akan
semakin berkumpul. Salah satu jenis makanan berlemak yang patut anda hindari
adalah makanan bergoreng. Makanan ini terbukti mengandungi kadar minyak yang
tinggi di dalamnya yang juga dapat menyebabkan kolestrol.
- Makan Buah – Buahan
Biasanya perut yang buncit juga boleh
disebabkan oleh penghadaman yang kurang lancar. Salahs atu jalan
penyelesaiannya adalah dengan rajin makan buah – buahan. Ini adalah kerana
buah-buahan seperti betik sangat baik dalam membantu penghadaman. jadi
jangan malas untuk mengkonsumsi buah. Selain melancarkan penghadaman, dengan
pengambilan buah-buahan juga dapat memberikan nutrisi pada tubuh anda yang
berupa vitamin semulajadi.
Kesimpulan
Itulah beberapa cara yang mungkin boleh
anda lakukan untuk mengecilkan perut buncit. Namun, apa yang pasti untuk mengecilkan perut buncit dengan cepat anda wajib
mengurangkan jumlah makanan dan menjaga pola makan anda dengan sebaik mungkin.
Selain itu, anda juga perlu rajin bersenam pada setiap hari, minimum 30 minit
per hari.
Sumber : http://www.wom.my/
Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^)
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
No comments:
Post a Comment