Set Resdung Shaklee

Set Resdung Shaklee Untuk Rawatan Penyakit Resdung

Penyakit Resdung adalah antara penyakit yang sering menjadi masalah kepada ramai orang di Malaysia.Pelbagai rawatan telah dicuba untuk atasi masalah penyakit resdung ini.  Set Resdung Shaklee disyorkan bagi membantu mengatasi masalah yang menghantui anda selama ini. Dalam istilah perubatan, penyakit resdung dikenali dengan nama sinusitis. Masyarakat lazimnya menganggap penyakit ini adalah penyakit yang tidak berbahaya walaupun hakikatnya jika dibiarkan menjadi kronik ia boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!


Punca Penyakit Resdung
Pada kebiasaannya, para pesakit resdung akan mengalami situasi seperti bersin dengan kerap, dengkuran luarbiasa, batuk, gatal hidung, cepat letih, muka terasa sakit dan pening kepala waktu pagi. Bagi pesakit resdung yang kronik, resdung berisiko menyebabkan punca telinga menjadi pekak. Sebelum bercerita lebih lanjut tentang Set Resdung Shaklee, terlebih dahulu kita perlu tahu apa punca sebenarnya yang menjadi penyebab berlakunya penyakit resdung ini.
Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Sebagai tambahan, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus. 
Antara komplikasi penyakit resdung:
  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.
Set Resdung Shaklee Sebagai Rawatan Penyakit Resdung


 Alfalfa Complex
  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.
B Complex
  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.
Vitamin C
  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Jangan berlengah untuk mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah. Hakikatnya, penyakit resdung ini jika dibiarkan melarat akan menjadi kronik dan boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!



* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI?~
DAPATKAN DARIPADA :
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox Nadia okeh..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

Kewangan kini, kesihatan akan datang


Assalamua'laikum...
Entry petang ni Nadia nak kongsikan tentang masa sekarang dan masa hadapan.. Pernah tak kita terfikir tentang tahap kesihatan kita masa hadapan..? Dan apa kaitan tentang kewangan dan kesihatan masa hadapan nanti...? Siapa yang RELA  nak bekerja waktu badan dah tak larat, tapi terpaksaRELA bekerja untuk dapatkan duit demi sesuap nasi.. Siapa pernah terfikir semua tu...? Cuba tengok Carta kat bawah ni.. Dalam usia sekarang 20++ tahun tahap kesihatan tubuh badan kita semuanya cuma DUIT tak ok..kita boleh lagi kerja.. Kerja full time sambil buat part time.. jual burger ke, kerja sebagai jaga ke (yg lelaki) dan kalau ada yang nak boleh buat bisnes part-time seumur hidup tapi dalam usia 60++tahun.. duit kita ada tapi kesihatan...?? Dah drop a.k.a TUA..buatnya waktu tu kita terdesak dan memerlukan sejumlah duit.. mampu ke kita kerja..? 


Dalam menjaga kewangan kita, kita perlu jaga kesihatan. Mungkin kita sihat tubuh badan hari ini, tetapi, 10..20 tahun akan datang, tiada siapa yang akan tahu.

Jaga kesihatan anda hari ini, untuk menjimat kewangan anda pada masa akan datang.
Sering kita dengar kisah-kisah seseorang dalam keluarga yang kurang sihat sehingga membebankan keadaan kewangan keluarga. Sememangnya kesihatan tubuh badan adalah di tangan Allah swt, tetapi, terdapat juga penyakit-penyakit yang boleh dielakkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Setiap kali, kita sering memikirkan bagaimana hendak menambahkan kewangan kita. Tetapi jarang kita fikirkan cara menambahkan kesihatan kita supaya kewangan kita di masa hadapan akan terjaga.
Peringatan untuk semua dan diri saya sendiri juga… jaga kesihatan, supaya kewangan keluarga di masa akan datang dapat dilindungi. 


Sumber : Irfan Khairi

 * Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI?~
DAPATKAN DARIPADA :
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox Nadia okeh..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

KENAPA PERLU DOA >> USAHA >> IKHTIAR >> TAWAKAL

Sharing is Caring
KENAPA PERLU DOA>>USAHA>>IKHTIAR>>TAWAKAL .....?


Asslamualaikum...Selamat tengahari semua.. ;-) Selalu kita dengar orang cakap.. Doa,Usaha & Ikhtiar dan bertawakal la... Tau tak kenapa kita kena buat semua tu...? Kalau ada yang dah tau..jemput-jemput mendalami lebih dalam dan yang belum tau..jom kita baca disebalik "DOA,USAHA,IKHTIAR & TAWAKAL...


Kita memerlukan Doa. 
Pasti kita perlu doa untuk berjaya di dunia dan akhirat, semua orang di dunia ini mesti berdoa untuk sukses dan jika kita rajin beribadah,pasti doa kita akan dikabulkan Allah SWT.Namun jika doa kita tidak dimakbulkan, mungkin ada hikmah disebaliknya hanya Allah SWT yang mengetahui.

Kita memerlukan Usaha. 
Setelah berdoa kita perlu usaha. Doa tanpa usaha bagaikan hanya menyerahkan bulat-bulat kepada Allah SWT. Percayalah walaupun kita berdoa sepanjang hari tanpa berusaha susah doa kita akan terkabul.

Kita memerlukan Ikhtiar. 
Setelah Usaha kita perlu Ikhtiar. Ikhtiar adalah usaha manusia untuk memenuhi keperluan dalam hidupnya, samada material, spiritual, kesihatan, dan masa depannya agar tujuan hidupnya selamat sejahtera dunia dan akhirat terpenuhi. Jika kita telah berusaha tetapi tidak berjaya kita berikhtiar dengan mencari di mana silapnya usaha kita itu dan mungkin juga cara kita berdoa.

Kita memerlukan Tawakal. 
Setelah kita melakukan yang diatas kita perlu Tawakal. Tawakal adalah pasrah kepada Qada dan Qadar Allah SWT. Jangan berputus asa jika kita belum ditakdirkan mendapat apa yang kita citakan.

Dari Umar bin Khattab ra berkata, bahwa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda,

“Sekiranya kalian benar-benar bertawakal kepada Allah SWT dengan tawakal yang sebenar-benarnya, sungguh kalian akan diberi rezeki (oleh Allah SWT), sebagaimana seekor burung diberi rezeki; dimana ia pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang”

(HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu Majah).

Sumber Text: IH



 * Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI?~
DAPATKAN DARIPADA :
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox Nadia okeh..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

Berniaga sendiri atau bekerja mana lebih baik?

Assalamua'laikum..
Perkongsian Entry kali ni hanya sekadar renungan. Entry ni Nadia kongsikan dari FB Wall. Mungkin entry ini beri kita pengajaran dan motivasi untuk diri kita. Buat yang ingin berniaga tapi modal tiada @ kecik.. Boleh hubungi Nadia untuk sama2 terajui bisnes yang tak memerlukan modal BESAR. Nak tau lebih lanjut klik sini.
Berniaga sendiri atau bekerja mana lebih baik?
Lepas habis belajar di universiti saya terus mendapat kerja. Saya kerja ditempat saya praktikal masa belajar dalam bidang komputer. Masa itu walaupun masa kemelasetan ekonomi dan ramai tak dapat kerja, tetapi saya berkerjaya.
Ibu saya suka saya bekerja, katanya kalau berkerja stabil ekonominya, terjamin masa depan dan balik ikut waktu. Mak selalu membandingkan saya dengan saudara saya yang bekerja kerajaan dan berpangkat. Di kampung kalau pilih menantu pun perlu ditanya kerja nya apa, jika sudah dapat bekerja dengan kerajaan atau pun swasta tentu cepat diterima.
saya punya sejarah manis dengan arwah ayah saya tentang motivasi berniaga. Dari kecil saya dibawa mengikut beliau berniaga kecil-kecilan. Saya akan diminta menjaja ubi dan keledek sekeliling kampung, saya suka kerja itu. Duitnya dibahagi dua sebagai upan, banyak saya jual dan saya akan menerima banyak upah. Bila ada keramaian seperti ceramah agama atau sambutan perayaan abah akan berniaga kerepek. Perkara yang melucukan adalah mak selalu marah-marah sebab ayah akan jual murah.
Abah cakap bila berniaga ni, jika berniaga kita dapat duit, jika sedekah kita dapat pahala. Kedua-duanya kita untung, perkataan ayah yang masih terngiang-ngiang ditelinga saya. bila saya disekolah menengah dan dewasa sedikit ayah buatkan kedai kecil depan rumah saya, jual cendol dan rojak petis untuk orang kampung, ayah masih bekerja dengan membawa kereta sewa.
Saya dibesarkan dalam dua keadaan persimpangan iaitu membesar dengan fahaman mak dimana bekerja dan berpangkat besar bila besar nanti dan pandangan sebaliknya dari ayah. Tetapi kedua mereka memegang prinsip yang sama dengan pendidikan sahaja boleh mengubah tamadun kita. Ibu saya akan selalu berletir kepada saya, belajarlah bersungguh-sunguh supaya saya mudah mendapat kerja bila besar.
Ayah pula menasihat untuk saya belajar bersungguh-sungguh supaya besar nanti pandai berniaga dan punya syarikat sendiri, mereka berdua memang tidak sependapat tentang perkara ini. Ayah kata, jika berniaga kita akan mengurus masa sendiri, jika perniagaan maju kita boleh menjadi kaya dan banyak duit. Jika banyak duit kita boleh banyak membantu orang lain bekerja.
Sejak tingkatan 4 saya sudah bersekolah asrama penuh, dibesarkan melalui desplin. Tetapi sejarah lama menjadi kenangan bagi saya, masa itu apa yang saya tahu adalah saya suka dan minat berniaga jauh sekali niatnya berniaga boleh membawa kekayaan. Disekolah saya selalu di ingatkan untuk tidak lupa diri, jangan mencari kekayaan sebabnya duit akan membawa kita lupa diri. Digambarkan orang kaya nanti sombong, tak sembahyang, menipu melalui cerita-cerita yang dibawa, kita perlu bersederhana. Tetapi membuatkan saya termenung, adakah orang miskin semua nya rajin sembahyang, rasanya ada juga si miskin sombong .
Menjadi seorang remaja dengan asakan minda dimana saya perlu berjaya dikelilingi dengan nasihat adalah suatu perkara yang bukan mudah. Memilih untuk jadi apabila besar menyebabkan saya keliru dengan erti kejayaan. Kejayaan pada masa itu adalah mengejar 8 A dalam SPM dan belajar ke luar negara. Saya perlu taat, patuh dengan pattern yang dibuat untuk saya.
Pandangan saya matapelajaran kemahiran hidup satu ketika dulu perlu diteruskan untuk mengasah anak-anak dengan keadaan dan kerja dan kehidupan sebenar. Perkara tambahan yang perlu diajar adalah pengurusan kewangan dan bagaimana menjana duit. Ianya hanya diajar dengan tidak formal dirumah menyebabkan banyak remaja akan terperangkap dengan masalah hutang dari awal termasuk saya ketika itu. 
Saya punya saudara yang sangat dihormati oleh ibu dan ayah saya, dia akan djadikan contoh ibu saya setiap kali bercerita tentang masa depan. Masa saya kecil, pak cik saya akan bercerita dengan gembira gred gaji, manfaat perubatan kerja kerajaan, kemudahan cuti , bonos dan lain-lain. Tetapi diakhirnya saya melihat beliau hanya punya sebuah rumah banglo dan sebiji kereta yang masih ada hutangnya bila dia pancen.
Saya membesar dari zaman kanak-kanak ke zaman belajar di universiti. Saya telah punya syarikat sendiri seawal saya tahun kedua di universiti. saya mempunyai kedai komputer, saya punya kereta sewa, saya berniaga printing dan banyak lagi semata-mata untuk menyara yuran pengajian saya dan pembelanjaan mak di kampong dengan ayah sudah pergi buat selamanya, membuatkan saya cepat matang.
Habis belajar di universiti, saya bekerja. Sambil bekerja saya juga meneruskan minat saya berniaga. Walaupun tidak mengganggu waktu kerja saya, tetapi saya dipandang serong oleh semua pihak. Saya pasti ianya juga berlaku hingga sekarang dengan anda.
Pandangan serong dari keluarga, saya sudah mendapat ijazah dan apa perlunya saya berniaga sendiri. Semua ketakutan diberi kepada saya sebagai contoh penat, nanti rugi, dan lebih baik saya menumpukan dengan kerja dan fokus dengan naik pangkat.
Pandangan serong dari masyarakat, jika berniaga ni macam tak stabil le. Kalau ditanya dikampung. “baha kerja apa sekarang?”. Saya berniaga mak cik. Terus berubah mukanya berkerut 1001 persoalan, biarlah jadi kerani pun lepasan ijazah dan bergaji kecil itu lebih stabil dari orang berniaga, itu pandangan mereka. Pandangan serong dari kawan, enjoy le nak buat apa kerja sampai 7 hari seminggu jom le tengok wayang , hari minggu jalan dengan mak wa.
Pandangan serong dari majikan, walaupun pristasi anda sudah sama dengan eksekutif lain dan waktu kerja anda sama dengan yang lain tetapi perasaan sangsi dari pengurusan tetap ada. Menjadi satu dosa jika anda bekerja dan mempunyai bisnes sendiri di luar.
Walaupun saya bekerja masa itu tetapi saya mempanyai syarikat sendiri juga pekerja sendiri. Balik kerja dari jam 6 petang hingga waktu malam, saya akan menghabiskan masa saya bersama pekerja saya mengaturkan itu dan ini. Jika di bulan ramadhan saya akan menjual kuah raya, itu memang kesukaan saya. 15 tahun lepas, saya menjual kuih raya dengan hasil jualan 15 ribu sehari dengan pendapatan yang lumaian. Saya akan ceritakan dalam bab “kerja sebulan makan setahun”.
Ramai orang memilih untuk bekerja dari berniaga. Mereka melihat bekerja ini stabil dan mempunyai gaji tetap. Setiap bulan ada gajinya, kurang resikonya.Saya kurang setuju, saya ada pengalaman yang banyak dalam perkara ini. Bukan syarikat yang kecil sahaja yang tidak kukuh malahan syarikat yang besar seperti bank juga mengurangkan pekerjanya dalam kegawatan ekonomi, mereka tidak sepenuhnya stabil. Ramai kawan-kawan saya bergaji berbelas ribu keatas, berpangkat, terpaksa keluar dari kilang atau bank atau tempat mereka bekerja disebabkan kilang tersebut nak tutup pada tahun 1998 dulu. Mereka sudah bertahun-tahun kerja di indastri itu dan sukar untuk mendapat pekerjaan lain diluar.
Perkara yang menarik minat mereka bekerja adalah kelebihan orang yang bekerja ini adalah mudah untuk mendapat pinjaman dari bank untuk membeli kereta, rumah atau pinjaman pribadi. Walaubagaimanapun mereka masuk perangkap hutang. Selain dari itu mereka memilih bekerja disebabkan kemudahan perubatan yang ditawarkan . mereka juga ada bonus setiap tahun. Jika bekerja dengan kuat dan akhirnya mereka akan berpangkat dan dihormati orang. Masyarakat kita menghormati mereka yang berpangkat semasa bekerja.


 * Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI?~
DAPATKAN DARIPADA :
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox Nadia okeh..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

Kepentingan Asid Folik Sebelum Hamil dan Di Awal Kehamilan


Assalamualaikum semua dan selamat malam. 
Malam ni saya nak berkongsi mengenai kepentingan asid folik kepada ibu hamil. Ramai di kalangan kita tak menyedari kepentingan Asid Folik kepada ibu yang ingin mendapatkan zuriat @ ibu-ibu yang belum dikurniakan cahaya mata tapi ingin hamil. Asid Folik adalah sangat digalakkan diambil untuk dijadikan sebahagian daripada amalan pemakanan harian antara 3 hingga 6 bulan sebelum hamil.
 

Apa itu Asid Folik?


Asid Folik atau kadang kala disebut sebagai folat ataupun Vitamin B9 sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia amat penting dalam pembentukan DNA baru dan pada masa yang saa memperbaiki DNA yang rosak di dalam sel. Sekiranya wanita itu kekurangan asid folik, ketahuilah bahawa tahap kesihatan bayi yang bakal di kandung akan terjejas. Hal ini dibuktikan menerusi  kajian yang telah dijalankan pada tahun 1960 di mana para pakar perubatan mengaitkan kekurangan asid folik yang rendah pada bayi mereka.

Asid Folik sangat bermanfaat untuk bayi dalam kandungan kerana ia boleh mengurangkan risiko anda daripada menimang cahaya mata yang cacat terutamanya kecacatan saraf tunjang (neural tube defect atau NTD), gangguan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tidak terbentuk(anecephaly / encephalocele) dan masalah pembentukan saraf tunjang (spina bifida). Hal ini kerana, pakar perubatan sangat percaya bahawa asid folik membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi.

Dalam pada itu, terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan supplemen asid folik dapat membantu mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan mengalami masalah sumbing lelangit, kecacatan pada jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) dan kecacatan pada sistem pembuangan air kencing.

Dalam pada itu, kajian telah menunjukkan bahawa kecacatan-kecacatan ini boleh dikurangkan di antara 50 hingga 70 peratus. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik sebelum hamil dan sepanjang kehamilan juga. 

Untuk makluman anda, anenchephaly adalah nama diberikan kepada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan lazimnya, dia akan mati sejurus selepas dilahirkan. Spina Bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan bayi lumpuh,mengalami masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Oleh sebab itu, supplemen asid folik harus diberikan kepada wanita sebaik sahaja disahkan hamil. Bagi kehamilan yang tidak dirancang dengan teratur, wanita berkenaan dinasihatkan untuk mengambil supplemen asid folik setiap hari dan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga kandungan berumur 12 minggu. Dalam 12 minggu pertama, perkembangan otak dan sistem saraf sedang berkembang pesat.

Jadi,ketahuilah bahawa suplemen asid folik sangat penting kepada semua wanita sebagai persediaan awal untuk mengandung. Hal ini kerana ia adalah agen pertumbuhan dan pembinaan sel-sel dalam tubuh. Oleh sebab itulah, ia sangat penting untuk membentuk saraf tunjang bayi pada peringkat awal kandungan. 

Bagi anda yang sedang berusaha untuk hamil, beringatlah bahawa pengambilan pil asid folik tiga hingga enam bulan sebelum merancang kehamilan sangat penting! Dengan yang demikian, ia membolehkan tubuh anda bersedia untuk sebarang pertumbuhan atau pembentukan sel-sel baru.

Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua (melebihi usia 13 minggu), pengambilan asid folik boleh dihentikan. Walaubagaimanapun, anda tetap digalakkan untuk mengambil supplemen ini sehingga bayi dilahirkan.

Apa kaitan Asid Folik dengan Kesuburan?

Apabila sperma yang mengalami kecacatan kromosom disenyawakan dengan telur ovum, ia akan menghasilkan janin yang tidak berupaya untuk hidup lama. Oleh sebab itulah, ada segelintir wanita yang mengalami keguguran di awal kehamilan disebabkan masalah ini. 

Dipercayai, Asid Folik dapat membantu masalah kesuburan di kalangan lelaki dengan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma. Untuk mengurangkan risiko ini, golongan lelaki disarankan untuk mengambil asid folik di antara 700 hingga 1000mcg sehari.

Sementara itu, perlu anda maklumi bahawa asid folik merupakan bahan penting dalam membantu proses spermatogenesis. Kandungan asid folik yang mencukupi akan menolong wanita mematangkan telur ovum, membantu pembentukan plasenta dan proses pelekatan janin di dalam rahim.

Oleh kerana itu, bagi sesetengah pasangan yang sukar mendapatkan zuriat, mereka digalakkan untuk mengambil supplemen asid folik sebagai salah satu usaha untuk merawat masalah kesuburan yang dialami. Namun, perlu diingatkan bahawa supplemen asid folik bukanlah ubat kesuburan.

Dos Asid Folik Berlebihan?

Supplement asid folik perlu diambil sebiji setiap hari. Lazimnya dos yang dibekalkan adalah 5mg. Biarpun setiap wanita digalakkan untuk mengambil pil asid folik 400mcg, jangan bimbang tentang isu dos berlebihan. Ketahulah, bahawa asid folik larut dalam air. Jika pengambilan dos asid folik berlebihan, ia tidak sesekali disimpan di dalam pusat penyimpanan nutrient iaitu hati. Ia akan dikeluarkan melalui air kencing.

Asid Folik Semulajadi?

Asid folik semulajadi biasanya dapat ditemui di dalam sayur sayuran hijau seperti brokoli dan bayam, sayur-sayuran berubi, buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning antaranya oren, pisang,jagung dan labu, bijirin, oat, gandum, barli, beras perang, kekacang, keju, susu, telur, hati ayam, daging lembu, kambing dan ayam, salmon serta tuna.

Kenapa pengambilan Asid Folik sangat penting semasa awal kehamilan?
ini adalah diantara sebab-sebabnya(rujuk gambar dibawah):-


 Jom baca apa pula kata Dr Hamid Arshat mengenai kepentingan pengambilan asid folik untuk mereka yang ingin mendapatkan zuriat:-


 Apakah pula kesan kekurangan Asid Folik kepada Ibu hamil?

Kekurangan Asid Folik boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.Kecacatan ini dipanggil "spina bifida" yang mana boleh menyebabkan bayi lumpuh ataupun anencephaly iaitu otak dan tempurung tidak terbentuk sempurna.




Jadi, ibu-ibu janganlah mengambil mudah mengenai kepentingan mendapatkan cukup Asid Folik semasa hamil.

Selain dari mengamalkan pengambilan asid folik dari bahan semulajadi, kita juga boleh mendapatkan sumber asid folik daripada makanan tambahan seperti pengambilan supplement yang mengandungi asid Folik. Di dalam kandungan B Complex Shaklee mengandungi Asid Folik yang diperlukan.

Antara Kebaikan B Complex Shaklee:-

Menukar makanan kepada tenaga
Menbantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/ kelesuan.

Melawan Tekanan
Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia

Membantu tumbesaran
Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

Rambut beruban dan gugur
Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

Baik untuk mata
Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya permerhatian/ fokus.

Mencegah Anemia 
Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut.

Meredakan senggugut
Baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

Mencegah Perlcche
Dikenali juga sebagai kerekahan mulut(mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah(glossitis),nafas berbau.

Detoksifikasi
Meredakan alahan

Berikut adalah jadual perbandingan kandungan Asid Folik dalam B Complex Shaklee dengan jenama lain yang ada di pasaran. 

 

Pilihan ada di tangan ada, yang pastinya, Vitamin Shaklee sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa semulajadi.

Jom dapatkan B Complex anda hari ini dengan menghubungi saya seperti berikut:-
Konsultansi adalah percuma sepanjang pengambilan Vitamin dengan Saya...



* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI?~
DAPATKAN DARIPADA :
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox Nadia okeh..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

Kenapa Shaklee?


Asslamua'laikum...
Wah..terasa lamanya sangat2 jari ni tak menaip keypad.. Hmmm..ramai sangat PM yang bertanya "kenapa orang suka sangat Shaklee..?" Kenapa...kenapa dan kenapa.... Jom kita kongsi Entry kali ni tentang "KENAPA SHAKLEE?"


Selama lebih 50 tahun Shaklee bertahan sebagai peneraju nutrisi supplement dan tiada syarikat lain yang boleh lakukan seperti Shaklee iaitu menghasilkan produk yang SEMULAJADISELAMATdan terbukti BERKESAN.

Misi Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan kehidupan yang lebih baik untuk semua orang. Dengan itu, setiap produk Shaklee direka untuk meningkatkan kesihatan dan menjadi produk yang mesra alam.

Apabila anda memilih Shaklee anda akan tahu 3 perkara adalah benar:
1.             sentiasa SELAMAT
2.            sentiasa BERKESAN
3.            sentiasa MESRA ALAM
 
 SENTIASA SELAMAT
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat

Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.

Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan. Senarai TIDAK Shaklee;
  • TIDAK Mengandungi Paraben 
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  •  TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

SENTIASA BERKESAN
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif

Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain. 

Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
  • $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4 Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

 SENTIASA MESRA ALAM
 Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar

Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!

Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.
  • Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  •  Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
  1.  Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
  2.  Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
  3. Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau

  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
  • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
  •  2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
  • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
  • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
  • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California



* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI?~
DAPATKAN DARIPADA :
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox Nadia okeh..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png