Showing posts with label Solat Tahajjud. Show all posts
Showing posts with label Solat Tahajjud. Show all posts

8 Keajaiban Solat Tahajud

[EKSKLUSIF] 8 Keajaiban Solat Tahajud | Yang Ramai Tak Tahu | Kisah yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 8 Keajaiban Solat Tahajud.

SONY DSC

Solat Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’).

Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah pada sepertiga akhir dari malam. Pesanan Dari Imam Nawawi:

“Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu berPUASA di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah sebaik-baik pelindung..”

Keajaiban Solat Tahajud
Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut.  Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut : 

1. Tiket ke Syurga
Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).

2. Menjauhi Penyakit
Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu,  mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)

3. Mengangkat Darjat Manusia
Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)

4. Mendapat Rahmat Allah
Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati laki-lakiyang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)

5. Doa Dikabulkan
Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)

6. Penghapus dosa 
Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)

7. Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”

8. Menjaga Kesihatan Rohani Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.
Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)

Jom kita sama-sama menunaikan Solat Tahajud untuk kebahagiaan hidup kita didunia dan di akhirat.


7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh2 sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.



Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.


Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.


Keenam:

Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Thanks ummi ku kenalkan Nadia dgn Shaklee.. bukan takat dunia Nadia dapat..tapi akhirat juga Nadia dapat..thanks sesangat..love u ummi n Shaklee..


 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png