7
Sunnah Hebat
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin
telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak
betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah
kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu
taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan
lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah
Nabi setiap hari. Ketujuh2 sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak
pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin
hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah
baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih
dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah
ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.
Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan
pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang
mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak
pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan
rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang
suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang
bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh
Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi
hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu
senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga
oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar
masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila
kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap
waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah
ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi,
dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat
manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun,
sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.
Thanks ummi ku kenalkan Nadia dgn Shaklee.. bukan takat dunia Nadia dapat..tapi akhirat juga Nadia dapat..thanks sesangat..love u ummi n Shaklee..
No comments:
Post a Comment