Omega Guard Shaklee

Assalamua'laikum w.b.t
Jom kenali Omega Guard Shaklee...
Alhamdulillah... di hari Jumaat yang mulia ni dapat lagi Nadia bernafas di muka bumi Allah swt ni.. Syukur atas nikmat-Mu ya-Allah..
Hehehe...mood hari ni “nak jadi cikgu kesihatan la kejap...” nak kongsi cerita dengan blogger dan pembaca blog Nadia tentang Omega Guard Shaklee...
Apakah Faedahnya? 
Omega 3 adalah asid lemak yang penting (EFA), dan tidak boleh diperbuat oleh badan kita . Kebanyakan orang tak mendapat cukup omega-3, dan orang yang dalam darahnya ada mengandungi trigliserida yang tinggi perlu lebih banyak omega-3. Asid lemak Omega-3 boleh didapati dalam minyak ikan dan tumbuhan tertentu. Minyak ikan mengandungi kedua-dua DHA dan EPA, manakala walnut, flaxseed, dan minyak zaitun mengandungi ALA. ALA ni akan diuraikan kepada EPA dan DHA, jadi ia bergantung pada tubuh juga… kalau enzim dalam badan tak berapa bagus, tak banyak lah ALA yang diuraikan. Haa… jangan taktau dalam Omega Guard Shaklee ada semua tu.. DHA, EPA, ALA…

EPA penting untuk kesihatan jantung dan sendi, manakala DHA adalah penting untuk perkembangan dan fungsi otak. Ia penting untuk perkembangan dan fungsi otak .


Faedah & kepentingan Omega-3:
  • Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
  • Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya
  • Mengurangkan risiko strok
  • Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
  • Merendahkan tekanan darah
  • Mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat.

Mengapa Omega Guard Shaklee?

Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.

Siapa Yang Sesuai Mengambil Omega Guard?
  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
  •  Lelaki
  • Warga Emas
  • Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes
  • Mereka yang mementingkan kehidupan sihat



Anda boleh dapatkan Omega Guard hari ni… Minyak ikan terbaik, bebas bahan kimia, dan semestinya halal!
Hubungi saya untuk tawaran istimewa Omega Guard Shaklee anda hari ini!

SHAKLEE MEMIKAT HATI?~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox Nadia okeh..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage:
 lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003




SLE dan Shaklee


Assalamua’laikum w.b.t..

Jom..Hari ni kita ber-ENTRY, bercerita sikit pasal 
SLE atau nama panjang dia Systemic Lupus Erythematosus.

Apakah SLE??

Ia terjadi akibat kecelaruan system ketahanan tubuh badan atau rangkaian sel atau organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan jangkitan kuman.

system ketahanan tubuh badan akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan microorganisma kuman yang masuk kedalam tubuh. Antibodi ini akan bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan kuman tersebut.

Atau dalam bahasa mudah untuk di fahami, Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui. Penyakit ini menyebabkan badan seseorang menghasilkan antibodi terlalu banyak, di mana antibodi tue akhirnya memakan atau membahayakan badan pesakit itu sendiri.
Bahaya kan? sepatutnya imun sistem untuk protect badan tapi jadi sebaliknya pula.

Pesakit SLE selalunya terdiri daripada wanita berumur 20 - 40 tahun.
Mereka biasanya mengalami kesakitan sendi, kulit serta masalah ginjal iaitu bengkak kaki akibat kehilangan protein.

Pesakit SLE dirawat dirawat denagn menggunakan ubat-ubatan yang boleh mengawal system imun. Kebanyakkan ubat yang diberi adalah ubat yang terdiri daripada steroid.

Antara gejala-gejala SLE:

  • ruam-ruam pada kulit muka dan badan, 
  • kulit yang sensitif kepada cahaya matahari, 
  • ulser pada mulut, 
  • keguguran rambut, 
  • sakit dan radang pada sendi, 
  • demam yang berlarutan, 
  • rasa letih-lesu, 
  • sakit di bahagian dada apabila bernafas (pleurisy) dan 
  • vasculitis (radang pada saluran darah). 


Penyakit ini buat masa ini, tidak boleh sembuh tetapi ia boleh dirawat dan dikawal. Ia sering menyerang buah pinggang (lebih kurang 40 peratus daripada pesakit SLE) dan sekiranya rawatan awal tidak diberi, pesakit SLE boleh mengalami kegagalan buah pinggang. Selain daripada buah pinggang yang merupakan organ penting, SLE boleh juga melibatkan otak, jantung, paru-paru dan darah.
Ikuti pengalaman ibu Rumaizah Zalkornain yg merawat SLE dengan Vivix Shaklee:


"mak saya pun ada sle,saya bg vivix,alhamdulillah bru msuk botol kedua,nmpk perubhn,mlm2 dh jrg sakit,bdn dia rasa segar,suara pn dh dgr happy je..cuba la suggest pd dia,xrugi insyaAllah..mahal tp berbaloi.."

Inilah Vivix, Revolusi Terbaru dari Shaklee....


Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. 


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

#Credit : TQ ummi..

SHAKLEE MEMIKAT HATI?~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox Nadia okeh..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage:
 lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003







CIRI – CIRI VITAMIN-E YANG SELAMAT

ASSALAMUA’LAIKUM w.b.t

Ringannya jari nak menaip hari ni..Hmm..rasanya jari ni ringan nak berkongsi cerita tentang Vitamin-E yang selamat..Jom.. kita baca perkongsian hasil jari Nadia menaip...

Vitamin E merupakan salah satu nutrien kritikal tubuh. Vitamin E sangat penting untuk:
  • mempertahankan fungsi saraf dan otot
  • melindungi struktur membran daripada rosak
  • mengekalkan pertumbuhan normal
  • mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah
  • Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.


Atas sebab inilah, penyerapan Vitamin E yang berkesan, boleh menyebabkan muka kita berseri & kemerah-merahan. Ini kerana, sel darah merah yang kekal dalam struktur yang sempurna, mempunyai kapasiti yang optimum untuk membolehkan oksigen bergabung dengan Haemoglobin di dalam sel darah merah. 

Oleh itu, oksigen dapat diangkut dengan sempurna. jadi, ketidak sempurnaan struktur sel darah merah akibat kekurangan Vitamin E tentunya akan menjejaskan pengangkutan oksigen ke seluruh badan, ke setiap satu sel yang memerlukannya. Ada sel tidak memerlukan oksigen?? tiada bukan?? semua sel hidup memerlukan oksigen.

Pentingkan? 
Jadi kekurangannya pasti akan menjejaskan fungsi saraf, otot, hati, paru-paru, sel darah merah dan lain-lain lagi. Terlalu banyak yang akan terjejas dengan ketidakcukupan Vitamin E. Cuba kita bayangkan satu sahaja fungsi yang terjejas - sel darah merah contohnya. Ketidakupayaan tubuh mengekalkan struktur membran (lapisan luar) sel darah merah akan memberi masalah besar kepada kita.


Dibawah merupakan petikan buku tulisan Dr. Bruce Miller yang saya perolehi dari blog salah seorang Master dalam Shaklee..(Master Norita) Dr.Bruce Miller juga menekankan kepentingan Vitamin-E & menyarankan kita agar mencukupkan keperluan Vitamin-E dalam tubuh melalui suplimen tambahan. 

Kenapa..? 
Kerana ia banyak hilang semasa makanan dalam tubuh diproses.



Apakah yang terkandung dalam penulisan beliau..jom kita tengok.. 
(klik gambar tau,kalau tak jelas)






Jadi, kita sepatutnya tidak berlengah untuk menambahkan Vitamin E dalam diet kita. Tetapi, pastikan Vitamin E tersebut mematuhi ciri-ciri berikut.




Macam mana pulak dengan Vitamin-E Shaklee..?

Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].

Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee...
pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik. Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin  A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.

Makanlah vitamin E bersumber semulajadi.
Perbezaan nie,boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia dilablekan dengan "D" atau "L".Bagi yang bertulis pada label dengan "D" ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala "L" adalah sumber tiruan atau sumber kimia. 

Mengapa perlu memilih sumber asli? 
Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.


SHAKLEE MEMIKAT HATI?~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox Nadia okeh..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage:
 lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003







Assalamualaikum w.b.t.

Thanks to fizgraphic sudi share freebies yang cute ni untuk muslimah comel macam saya..
Hehehe...terperasan seketika...  ;-P
Meme cute sangat free bies kat sini..
Comelkan freebies Nadia yang baru nie..


Memang blog Nadia ni blog buku impian Nadia..
Dengan Shaklee,.. Alhamdulillah..
Semuanya tercapai..dan paling penting..
i"ll be the best muslimah to Allah s.w.t and my future Husband..
thanks so much untuk mak abah serta keluarga angkat Nadia yang banyak bagi semangat pada Nadia selama ni..
And kepada Teacher Blog Nadia.. cik Ieqa (my beloved sister)..


SHAKLEE MEMIKAT HATI?~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox Nadia okeh..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage:
 lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003




Assalamualaikum w.b.t.

Di hari Jumaat yang mulia ini,saya nak sentuh isu tentang Halal Haram produk Shaklee. Kebelakangan ni banyak betul isu tentang Halal Haram Shaklee. Tidak mengapa, itu adalah hak kita sebagai pengguna untuk memastikan benda-benda yang diambil tu benar-benar halal. Apatah lagi ia berkenaan dengan benda yang nak dimasukkan dalam badan. Oh, saya harap kita tidak hanya menitik-beratkan halal haram dalam makanan ye. Tetapi juga pergaulan, pemakaian, percakapan dan seluruh aspek kehidupan. Barulah dinamakan Islam yang sebenar, bukan.

Beberapa produk Shaklee berbentuk kapsul iaitu CarotoMax (Vit-A), Vitamin E & Omega Guard di buat daripada Bovine Gelatine. Lalu, bagaimanakah status kehalalannya?


Alhamdulillah, saya telah diyakinkan oleh upline dan kawan-kawan saya bahawa gelatin Shaklee adalah HALAL. Ibu & bapa upline saya sendiri pernah pergi ke Shaklee U.S. untuk melihat sendiri bagaimana supplements Shaklee di hasilkan. Menurut mereka, memang diasingkan pembuatan untuk negara Islam & bukan Islam. Memang unik dan kagum. Alhamdulillah.


Untuk makluman pengguna Shaklee yang masih ragu-ragu akan ke’HALAL’an nya (seperti saya sebelum ini), di bawah ini saya sertakan Sijil Halal Shaklee…


Ini pula bukti yang menunjukkan ISA ini diiktiraf oleh JAKIM…



Kalau dilihat pada sijil halal tersebut, kesemua produk yang ada di Malaysia ada tertulis dalam tu. Alhamdulillah. Jadi, gunakan tanpa was-was ya. Jika masih ragu-ragu silakan hubungi pihak yang berkenaan dan berkaitan. Tetapi seperti yang dinyatakan di atas penghasilan untuk negara Islam dan bukan Islam adalah berbeza. Jadi, untuk maklumat lanjut tentang Shaklee Malaysia tanyalah Shaklee Malaysia, bukan Shaklee Jepun(sebagai contoh) pula ye. 

Untuk rakan-rakan di luar negara, Saya tidak pasti bagaimana pemprosesan di negara lain. Jadi, sila check dengan Distributor di sana untuk kepastikan ya.



SHAKLEE MEMIKAT HATI?~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox Nadia okeh..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage:
 lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003



Cerita GLA Complex..



Assalammualaikum w.b.t & Salam Ceria Selalu..


Hehehe.. terasa nak share cerita la tentang suplimen Shaklee.. Macam dah lama jea tak update cerita suplimen ni.. Hmmm...kali ni terasa nak share entry tentang suplimen GLA Complex Shaklee la... Jom..kita baca entry tentang Nadia share ni.. Rugi tau tak baca...hihihi...



Siapakah yang memerlukan GLA?

EPO (Evening Primerose Oil) tentunya dah sangat sinonim dengan wanita. EPO ini sangat baik untuk hormon dan juga kulit. Shaklee tidak mengeluarkan supplemen dengan nama EPO tetapi sesuatu yang lebih baik iaitu GLA complex.


Evening Primerose Oil

Apa itu GLA?
Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA). Kandungan EPO yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia. Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan.
Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Ia diperlukan untuk menukarkan linoleic acid kepada GLA. Jadi, Shaklee memudahkan anda. Shaklee telah pun mengekstrakkan GLA daripada EPO untuk terus digunakan oleh badan.
GLA juga merupakan bahan binaan bagi prostaglandin.
Apa pula prostaglandin?
Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah
Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.
GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.
Siapa yang perlukannya...?
  • Wanita yang menghadapi PMS
  •  Mereka yang menghadapi kencing manis Mereka yang bimbang dengan berat badan berlebihan
  • pengidap arthritis rheumatoid dan eczema
  • Mereka yang menghidap diabetes
  • Period yang tidak teratur
  • Mereka yang mahu mencantikkan kulit


SHAKLEE MEMIKAT HATI?~
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox Nadia okeh..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage:
 lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003



 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png