7 Masker Murah & Mudah

Assalamualaikum & Salam Sayang

Huhu.. seminggu jugak la tak berchot-chat, berceloteh kat belog daku ni.. tak sampai lagi seminggu jer kita bakal menyambut Aidilfitri.. korang dah prepared segalanya ke..? kuih raya dah buat..? baju dah siap..? dalam2 kita buzy sediakan persiapan raya di akhir2 Ramadhan ni korang gi terawih lagi tak..? Hehe..okeh la, korang nak cantik pagi raya tak..? Kalau nak cantik, meh baca tips Nadia sharing nak buat masker dengan barang2 yang ada dalam peti sejuk dan paling penting.. MURAH..berbaloi-baloi..


Kulit wajah yang cantik pasti dambaan setiap wanita. Pasti korang tidak ingin memiliki kulit yang kusam dan tidak sihat kan...? Tetapi kalau dah saat-saat terakhir untuk persiapan raya, confirm tak sempat pergi ke salon untuk manjakan kulit wajah Anda. Tak payah nak bersusah payah pergi ke salon saat2 akhir. Sambil masak rending,ketupat kat dapur pun boleh buat masker korang sendiri. Malam raya, sebelum lelapkan mata sapulah muka korang dengan masker simple korang buat tu. ^_^


Masker beri dan yogurt
Segala jenis buah beri dapat beri manfaat jika dibuat masker, tetapi strawberry adalah pilihan yang paling tepat. Tahukah anda biji-biji kecil yang ada pada kulit buah strawberry tersebut ternyata dapat membantu mengurangi kulit wajah yang mengelupas. Sedangkan yogurt dapat membantu mencerahkan warna kulit korang.. Hancurkan buah beri dan campur dengan yogurt. Setelah itu usapkan secara merata pada wajah korang sambil digosok dan dipijat dengan lembut. Biarkan mengering selama beberapa menit, lalu bilas wajah Anda dengan air dingin.


Masker Pisang
Korang tahukan, pisang ni banyak vitamin yang diperlukan untuk tubuh. Tetapi ada juga yang tidak suka makan buah pisang atau makanan yang berasaskan pisang. Bagi korang yang tak suka pisang, korang boleh gunakan pisang sebagai masker wajah. Caranya mudah je korang, kupas kulit pisang, lalu hancurkan buah pisang. Usapkan pada wajah korang sambil dipijat lembut secara merata. Kandungan vitamin pada pisang dapat melembabkan wajah korang tau, masker ini sesuai untuk korang yang memiliki kulit kering.


Masker Cuka apel
Cara yang satu ini pun mudah jugak. Campurkan cuka apel dengan air suam. Korang agak2 sendiri yea tahap “kesuaman” air ikut kesuaian kulit korang. Jangan terlalu panas, melecur pulak kulit muka korang nanti. Setelah itu, rendam kain atau tuala muka yang bersih pada campuran tersebut, perah dan tuam sambil2 lap pada wajah korang dan boleh juga tekap macam pakai masker. Pastikan korang buat secara merata pada  dan biarkan mengering. Mudah kan?


Masker Susu
Susu sangat baik untuk menyegarkan kulit korang. Susu juga dapat membuat muka korang bercahaya ala-ala glowing gitu. Korang tidak semestinya gunakan susu cair je. Korang boleh gunakan susu tepung jugak. Tak kisah la cap apa pun janji susu tepung k. Campur susu tepung dengan air, bancuh jangan terlalu pekat. Usapkan secara merata pada wajah korang dan biarkan mengering selama beberapa menit. Lalu usap dengan kain yang sudah dicelupkan pada air suam.


Masker Gula Pasir dan Minyak Zaitun
Masker gula pasir & minyak zaitun pun simple macam masker yang Nadia share kat atas, sangat mudah. Campurkan gula pasir dan beberapa titis minyak zaitun. Anda dapat mengganti minyak zaitun dengan minyak kanola. Bila dah sebati, letakkan pada telapak tangan korang, lalu usapkan secara merata pada wajah korang. Biarkan beberapa menit hingga kering dan bilas dengan air suam.


Masker Oatmeal dan Madu
Oatmeal sangat baik untuk melembutkan kulit, madu pula mempunyai kandungan anti oksidan yang sangat bagus untuk melindungi kulit dari panahan sinaran matahari. Ambil secangkir oatmeal dan campur dengan air suam. Setelah menjadi seperti bubur, campurkan dengan beberapa sudu madu. Kalau korang suka boleh campurkan dengan putih telur dan satu sendok makan yogurt pada campuran masker korang. Usapkan merata pada wajah korang sambil dipijat lembut, biarkan selama 15 menit atau hingga mengering. Bilas wajah korang dengan air suam.


Masker Mustard Kuning
Mustard adalah sejenis sos yang biasa digunakan untuk memasak. Mustard ni selalu ada di pasaraya besar. Kalau ada sos mustard kat rumah, boleh la try ok. Mustard dapat menegangkan serta mencerahkan kulit korang. Ambillah sos mustard secukupnya lalu oleskan pada wajah korang sambil dipijat lembut. Biarkan mengering selama beberapa minit dan bilas dengan air suam.


Selamat mencuba yea korang. Selain mudah dan murah, kulit wajah cantik, sihat, dan glowing seperti yang korang idamkan. ^_^





SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 98800

4 Rahsia Vitamin E untuk Kecantikan & Kesihatan

Tips Vitamin: 
Assalamualaikum & Salam Sayang.
Terasa lama tak menjengah blog tomey Nadia ni. Hari nak sharing tips vitamin sikit. Cuaca panas sekarang ni, follow tips Nadia sharing ni. Untung2 cantik di hari raya nanti. Hehe.. Kalau yang belum ada Vitamin E, cepat call/sms/whatsapp Nadia dapatkan Vitamin E ni..tak rugi tau.
Vitamin E merupakan antioksidan yang memiliki banyak manfaat baik jika diamalkan  sendiri (vitamin E sahaja) ataupun dikombinasikan dengan vitamin lain. Contohya Set Kecantikkan Shaklee.
Vitamin E terkandung dalam kacang-kacangan, buah-buahan seperti epal dan blueberry, sayur-sayuran seperti tomata, ubi jalar(keledek), dan sayur-sayuran berdaun hijau. Dos vitamin E yang diperlukan tubuh badan kita setiap harinya adalah sekitar 200 mg hingga 400 mg.
Adakah kita mampu menyediakan dos tersebut yang diperlukan oleh tubuh badan kita dari makanan? Adakah amalkan suplimen cara terbaik untuk dapatkan dos tersebut? Kalau tak mampu sediakan melalui pemakanan kita,Nadia cadang amalkan suplimen.
Berikut adalah beberapa manfaat dari suplemen vitamin E:
1. Menyembuhkan luka
  • Vitamin E dapat melegakan dan menyembuhkan luka bakar atau luka potong kecil.
  • Caranya mudah, lubangkan satu kapsul suplemen vitamin E dengan jarum. Kemudian picit kapsul tersebut agar cairannya keluar dan oleskan pada luka.

2. Anti penuaan (anti aging)
  • Vitamin E sangat baik digunakan sebagai agen anti penuaan. Vitamin E membuat kulit kelihatan sihat dan tegang.
  • Anda dapat menambahkan suplemen vitamin E pada pelembab atau membeli pelembab yang sudah mengandung vitamin E.
  • Vitamin E juga dapat mengurangi garis-garis halus dan kedutan pada wajah.

3. Mengurangi kekejangan akibat menstruasi
  • Vitamin E dapat digunakan untuk meredakan kekejangan pada saat menstruasi. 
  • Ambil kapsul suplemen vitamin E 1-2 kali setiap hari sekitar dua minggu sebelum proses menstruasi.

4. Mencegah kulit terbakar matahari (sunburn)
  • Vitamin E dapat berfungsi untuk mencegah terbakarnya kulit akibat paparan sinar matahari.
  • Jika tidak mengamalkan suplimen Vitamin E, carilah losyen pelindung UV yang mengandungi vitamin E dan oleskan pada kulit sebelum anda beriadah/bersukan ke tempat yang banyak terdedah sinar matahari terutama pantai atau saat musim kemarau.

Kalau ada yang masih mencari Vitamin E, boleh dapatkan vitamin E dari Nadia. Bukan jenama sebarangan tau. Vitamin E yang Nadia bekalkan adalah Vitamin E Shaklee. Produk yang teramat dikenali ramai dan lebih 50tahun pengalaman yang berada dipasaran.



Kebanyakkan pengamal Vitamin E Shaklee teramat puas hati. Lihat segala testimoni hasil sharing dari pengamal Vitamin E Shaklee boleh klik sini.

Banyak lagi info tentang khasiat dan kebaikan Vitamin E Shaklee ni. Klik sini untuk bacaan lebih lanjut. Dapatkan segera dengan hanya klik pada butang “order now” di bawah dan hubungi Nadia untuk konsultansi percuma seumur hidup.


SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003






Apa itu Stroke atau Angin Ahmar


Kita sudah biasa dan tahu bila orang sebut stroke berbanding dalam bahasa melayu, angin ahmar yang kurang disebut walaupun ianya sama maksud. Stroke berlaku apabila sel otak tiba-tiba mati akibat kurang bekalan oksigen dan berpunca samada saluran darah kepada tisu otak tersumbat atau berlaku pendarahan di dalam otak.

Bila terjadi, pesakit stroke akan menjadi lumpuh sebelah badan, tidak boleh bertutur, koma, hilang ingatan dan boleh membawa maut.


HAEMORRHAGIC STROKE DAN ISCHAEMIC STROKE.
 Ada dua jenis stroke iaitu "ischaemis stroke" dan "haemorrhagic stroke". Ischaemic berlaku bila saluran arteri yang membekalkan darah beroksigen ke tisu otak tersumbat oleh darah beku (trombus) atau serpihan lemak (embolus). Stroke jenis ini lebih kerap terjadi berbanding jenis haemorrhagic.

Stroke jenis haemorrhagic atau pendarahan terjadi bila salur darah pecah di dalam otak. Kedua-dua jenis situasi ini menyebabkan kurang oksigen kepada tisu otak yang menyebabkan stroke.
TANDA-TANDA TERKENA STROKE:
  •  pening, susah atau tak stabil bila berjalan
  • masalah bila bertutur
  • kebas, lemah atau lumpuh sebelah badan
  • penglihatan kabur, gelap atau objek kelihatan dua

Transient Ischaemic Attack (TIA) adalah mini stroke. Ia dimana tisu otak tidak mendapat oksigen seketika. Tanda serangannya adalah sama seperti stroke di atas tetapi ia hanya sekejap dan tidak meninggalkan kesan neurologi seperti lumpuh, lemah dsb secara kekal. Namun, TIA adalah tanda amaran untuk stroke dan mesti dipandang serius.

Sekiranya seseorang itu mengenalpasti TIA dan segera mendapatkan rawatan daripada doktor, kemungkinan untuk mendapat stroke dapat dikurangkan.

Cara rawatan stroke berbeza untuk kedua jenis stroke itu. Ubat pencair darah seperti aspirin dan heparin diguna untuk merawat ischameic stroke. Manakala pembedahan untuk menghentikan pendarahan atau mengeluarkan darah beku dalam otak bagi pesakit haemorrhagic stroke. Apa pun, tujuannya adalah untuk mengembalikan bekalan darah kepada tisu otak dengan segera.
CARA MENCEGAH STROKE:
  • kawal tekanan darah tinggi dengan optimum
  • kawal penyakit kencing manis
  •  ambil ubat kurangkan kolesterol boleh mencegah stroke berulang
  • rawat stress atau tekanan perasaan
  • bersenam aerobik boleh mencegah stroke
Nadia nak sharing sikit tentang testimoni Vivix Shaklee yang kebanyakkan orang yang hampir kena dan terkena strok amalkan.. Alhamdulillah.. hasilnya memang teramat memuaskan hati.

Ramai yang gelar Vivix Shaklee ni "TONIX AJAIB" kerana ia adalah satu-satunya suplimen yang mampu menembusi DNA manusia sekaligus dapat baiki DNA yang rosak dalam tubuh badan kita.

Vivix Shaklee juga meransang pembentukan sel baru selain memberi perlindungan antioksida dalam badan. Vivix baik untuk pesakit darah tinggi , kencing manis, jantung SLE dan banyak lagi. Nak tau lebih info tentang VIVIX SHAKLEE sila KLIK SINI.

Jom, kita tengok testimoni VIVIX Shaklee yang Nadia sharing ni. Hebatkan VIVIX Shaklee.. 

Vivix Shaklee untuk diri sendiri

Vivix Shaklee untuk mak mentua

 Vivix Shaklee untuk diri sendiri

 **Sumber



SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003






Cegah Penyakit Kurang Darah


Penyakit kurang darah merah atau anemia adalah penyakit yang biasa dialami golongan wanita. Terdapat kira-kira 30% wanita yang tidak hamil pada likungan umur subur,38% wanita hamil dan 14% lelaki yang berada di luar kawasan luar Bandar mengalami kekurangan zat besi di Malaysia – (Sumber : WHO Global Database on Anemia, Malaysia 2007)
Penyebab Kurang Darah (Anemia Kekurangan Zat Besi)
  • Kehilangan darah yang disebabkan pendarahan haid yang berlebihan, radang perut, kanser kolon dan usus atau fibroid rahim.
  • Diet yang tidak seimbang dan ketidakupayaan badan untuk menyerap zat besi disebabkan oleh gangguan atau penyakit usus. Sesetengah ubat, mineral dan makanan juga menganggu penyerapan zat besi.
  •  Kehamilan disebabkan peningkatan isipadu darah ibu mengandung bagi memenuhi keperluan pertumbuhan fetus.
  • Jarak kehamilan terlalu rapat iaitu kurang dari 2 tahun
  • Kemalangan yang menyebabkan kehilangan darah yang banyak.
  •  Kerosakan sel darah merah.
  • Kekurangan zat besi (iron), Vitamin B-12, dan asid folik.
  • Penyerapan vitamin yang tidak berkesan.

Anda berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kurang darah merah atau anemia jika terdiri daripada golongan berikut :
  • Wanita yang mengalami kedatangan haid yang berlebihan
  • Wanita yang mengandung atau menyusukan anak
  • Bayi,kanak-kanak atau remaja dalam fasa pertumbuhan tubuh yang pesat
  •  Individu yang kurang mengambil makanan kaya zat besi
  • Individu yang mempunyai radang perut atau pesakit kanser kolon.
  •  Ibu yang melahirkan anak
  • Pesakit yang baru menjalani pembedahan 

Pesakit yang kurang darah atau anemia kekurangan zat besi perlu dirawat dengan segera. Jika penyakit anemia dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh bertukar serius dan mendatangkan pelbagai masalah kesihatan. Antaranya :
  •  Denyutan jantung yang tidak teratur yang boleh menyebabkan sakit jantung
  • Masalah kesihatan semasa mengandung yang boleh menyebabkan kelahiran bayi pra matang atau kelahiran bayi kurang berat
  • Melambatkan pertumbuhan mental dan fizikal kanak-kanak.
Gejala Penyakit Kurang Darah / Anemia
  •  Pucat
  •  Rasa letih lesu dan tidak bermaya
  • Sentisa rasa pening
  •  Rasa nak pitam bila bangun (sakit kepala/pening)
  • Kebas/sejuk kaki dan tangan
  •  Rasa mengah dan berdebar-debar (sesak nafas)
  • Degupan jantung laju
  • Kuku mudah rapuh
Kita juga boleh mengetahui samada kita kekurangan darah merah melalui pemeriksaan darah di klinik atau hospital. Sedikit darah akan diambil dari hujung jari dan Kadar haemoglobin dalam darah boleh diketahui. Berikut bacaan tahap Kadar haemoglobin dalam darah :
  •  Normal (tiada anemia) ~ lebih dari 11
  • Sederhana ke normal ~ 9.5-11
  • Sederhana ~ 8-9.5
  • Merbahaya ~ 6.5-8
  •  Membawa maut ~ kurang dari 6.5

Masalah kurang darah boleh diatasi dengan mengamalkan pemakanan sihat yang mengandungi lebih zat besi, vitamin b-12 dan asid folik. Adalah lebih baik menjadikan pengambilan supplemen sebagai tambahan kepada usaha mengatasi masalah anemia ini. Maklumlah, kadangkala ramai yang bosan asyik kena makan sayur bayam, makan telur, makan ayam, makan daging hari-hari kan.

Antara suplimen yang dicadangkan untuk Penyakit Kurang Darah ialah Set Vitamin tambah darah Shaklee. Shaklee antara suplimen terbaik untuk mengatasi penyakit kurang darah. Ini kerana suplimen Shaklee terbukti 100% semulajadi.

Fungsi setiap vitamin tambah darah Shaklee :

Multivitamin - Vitalea
Pengambilan multivitamin vitalea dicadangkan kerana ia dilengkapi dengan Iron. Iron dapat membantu dalam pembentukan sel darah merah. Ini kerana iron yang mampu  bertindak sebagai agen untuk mengangkut dan membekalkan oksigen dalam pembentukan sel darah merah. Tanpa IRON oksigen tidak dapat diangkut dan dibekalkan untuk proses pembentukan darah merah.

B-Complex
Tambah dos B-12 dan asid folic dalam nutrisi melalui pengambilan B-Complex. Dos B-12 dan asid folic merupakan vitamin terpenting dalam memastikan pembentukan,pertumbuhan dan perkembangan sel darah merah yang sihat dan sempurna.

Vitamin C
Vitamin C diambil untuk membantu penyerapan zat besi, asid folic dan B-12. Kegagalan penyerapan vitamin hanya akan mensiakan pengambilan vitamin tambah darah yang lain. Lengkapkan kesemua vitamin untuk memastikan penyembuhan menyeluruh.

Cepat rawat penyakit kurang darah anda sebelum makin parah. 
"Mencegah lebih baik dari mengubati"  ^_^ 



Salam Sayang,
 Nadia. ^_^

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003













8 rahsia bawang putih

Dengar je nama bawang putih, mesti ramai yang tak suka. Tambah-tambah kalau suruh makan macamtu je. Macam-macam alasan pasti ada untuk elak dari makan. Kalau ada dalam masakan pun, mesti ada yang asingkan dari makanan kan..? Jangan tak tau, benda yang kita tak suka, sebenarnya benda itulah yang paling banyak khasiatnya tau. Jom kita tengok khasiat bawang putih ni.
8 rahsia bawang putih
1. Mengurangkan risiko strok.
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser.
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus.
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi.
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin.
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan.
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi.
Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Bestkan bawang putih ni. Banyak khasiat. So,jangan tunggu2 lagi. Cepat makan bawang putih. Hehe..tapi kan, boleh ke korang telan bawang putih sebiji-sebiji…? Mesti tak bolehkan..? So, untuk sesiapa yang nak dapatkan khasiat bawang putih ni, korang boleh amalkan ambil suplimen Garlic Complex Shaklee. 100% semulajadi. Fungsi tetap sama macam bawang putih. Bagi yang tak suka makan bawang putih tapi nakkan khasiat bawang putih, kesimpulannya amalkan Garlic Complex Shaklee. Hanya telan je. Tak payah fikir pahit ke,tawar ke. Senangkan..?




SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003
 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png