Showing posts with label Renungan Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Renungan Jumaat. Show all posts

Salam Jumaat (*_^)

Assalamualaikum ..

SalamJumaat semua.. Alhamdulillah... syukur masih diberi peluang merasai nikmat di muka bumi Allah ni..

Jumaat yang barakah.. banyak ilmu yang Nadia dapat hari ni.. Bahagianya hidup Nadia sentiasa di kelilingi orang-orang yang positif.. Terima kasih Allah kerana menulis suratan kehidupan Nadia untuk berjumpa dengan orang-orang yang positif.

Bukan senang nak lalui kehidupan yang penuh berliku.. tapi macam mana berliku pun tetap kena harungi walaupun susah, perit dan penuh dengan kesedihan.. Alhamdulillah, Nadia mampu harungi segala dugaan hidup dengan positif. Anggap segala dugaan Allah bg untuk menguji tahap kesabaran dan keredhaan terhadap Allah dalam kehidupan kita.

 Sumber : En. Google Image

Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan hujan ribut petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita dengan pelangi.

Sentiasa bersangka baik pada Allah.. semoga kebahagiaan bakal menjadi milik kita.. Hargai masa yang kita ada. Gunakan ia sebaik mungkin.

Salam Sayang,
Nadia.


Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003


Zikir membentuk peribadi wanita mulia

Zikir membentuk peribadi wanita mulia
Assalamualaikum.. 

Perkongsian di pagi hening Jumaat yang Barakah.. Sebagai seorang wanita, Nadia rasa ianya amat berguna jika dikongsi bersama. Jom lanjutkan bacaan agar kita dapat berkongsi ilmu entry dari Dara.Com ni.. 

Zikir adalah makanan untuk rohani

Kehidupan dunia teramat memikat bagi kebanyakan insan. Betapa ramai di kalangan mereka yang silau dengan  keindahannya sehingga lalai dari mengingati Allah. Justeru, marilah kita hidupkan kembali ketaatan kepada Allah dengan Zikrullah. Hati akan kembali tenang dan  damai, dengan mengingati Allah...

Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Lazimilah kamu dengan berzikir Ya zaal Jalali wa al-Ikram.” 

Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh (2/1256), al-Hakim (1/498-499), Ahmad (4/177), Abu Abdillah bin Mandah dalam al-Ma’rifah (13/ 1) dan dalam Tauhid (72/2), Ibn Asakir dalam Tarikh (6/107/1), semuanya daripada Ibn al-Mubarak. Al-Hakim berkata: Sahih sanad dan muwafaqah oleh al-Zahabi

Berdasarkan hadis di atas terdapat banyak fiqh dan faedahnya yang boleh dijadikan pedoman dan juga iktibar. Antaranya..

  • Apabila orang soleh berkumpul, mereka akan berzikir kepada Allah SWT, sementara orang-orang yang berperilaku buruk dan durjana berkumpul, mereka akan membincangkan hal-hal yang mendekatkan mereka kepada syaitan yang terkutuk.

  • Zikir orang-orang soleh adalah dengan tasbih, tahmid, bertakbir dan bertahlil sementara zikir orang-orang yang berpaling daripada Allah iaitu dengan nyanyian yang melalaikan, ghibah(mengumpat orang lain), namimah (mengadu domba) dan kekejian. Seorang penyair menggambarkan golongan dengan mengatakan:

Apabila kami sakit, maka kami berubat dengan zikir kepada Allah,
Dan tatkala kami tidak berzikir, kami akan jatuh terjerumus.

  • Dia mengatakan: Wahai Tuhanku, apabila hati kami sakit, ia akan terubat dengan berzikir kepada-Mu, hingga ia sembuh. Sedangkan hati orang-orang yang lalai dan durjana, akan sakit dengan mengingati perbuatan sia-sia dan tidak akan pernah sihat selama-lamanya.

  • Akan tetapi, bilakah manusia itu berzikir dengan sebanyak-banyaknya kepada Allah? Ibn al-Solah berkata: Sesiapa yang berzikir kepada Allah pada waktu pagi dan petang, ia termasuk dalam golongan orang-orang yang berzikir kepada Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya (sama ada lelaki mahupun perempuan).

  • Pada jilid yang ke-10 kitab Majmu’ al-Fatawa, karya Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah, dia mengatakan bahawa: Sesungguhnya ibadah yang paling utama setelah ibadah-ibadah wajib adalah zikir. Hal ini sudah pasti menjadi kesepakatan para ulama.

  • Oleh kerana itu, ada dua jalan yang menghantarkan seorang hamba itu menuju keredaan Allah, iaitu berfikir dan berzikir. Tafakur terhadap pelbagai anugerah dan nikmat Allah SWT, berzikir dengan nama-nama yang indah serta sifat-sifat Allah dan juga zikir yang sesuai dengan syariat.


Penulis asal : DR ZULKIFLI MOHAMMAD  AL-BAKRI


Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003



“Salam Jumaat,Salam Beribadat”

Assalamualaikum..

Alhamduliillah… Jumpa lagi kita Jumaat terakhir dalam bulan April ni. Sekejap je masa berlalu. Sedar tak sedar dah dekat 5bulan kita buang masa dalam tahun 2014 ni.
Jom kita renung…

  ü Adakah kita mulakan azam baru 2014 ni…?
  ü Adakah azam kita tercapai..?
      ü  Sejauh mana tahap pecapaian azam baru kita..?
      ü  Adakah kita dah berubah kearah kebaikan..?


Kengkawan..sesungguhnya kita dalam kerugian sekarang. Nadia sendiri pun belum dapat capai azam baru Nadia… Jom kita sama2 “post-mortem” diri kita semua.


“Salam Jumaat,Salam Beribadat”

Adakah Kita Benar-benar Faham Maksud Sebenar Sabar?

Bismillah.
 
Alhamdulillah..berkesempatan sharing sedikit tazkirah dari faizalehsan.com. Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan lagi Cinta kita pada Islam yang indah ini.
 
 Sabar.
 
 Memang ini perkataan yang selalu kita dengar. Samada apabila ditimpa musibah. Atau dalam usaha kita untuk mencapai kejayaan. 
 
 Perkataan ini ada juga diungkapkan dalam Al-Quran. Begitulah hebatnya perkataan ini. 
 
 Namun untuk kita menghayati, memahami apatah lagi mengamalkan, tidak semudah menulis dan menasihati seseorang. Kerana hanya tuan punya badan yang tahu betapa berat beban yang ditanggung.
 
 Namun apa yang mampu kita katakan kepada mereka. Waima diri kita sendiri supaya bersabar. Jika Allah telah berkata ‘bersabarlah’ di dalam Al-Quran, kita sebagai hambanya perlu menurut sahaja. Setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Ada pengajaran yang Allah nak beri pada kita. Jika kita orang-orang yang mahu berfikir.
 
 Dalam mendepani hidup yang semakin mencabar sekarang ini, sabar adalah elemen yang sangat penting untuk dihayati dan diamalkan. Dengan kenaikan kos sara hidup, ekonomi yang tidak menentu, masalah politik yang huru-hara dan sebagainya, kembalilah semula kepada Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad sallallahhu ‘alayhi wasallam. 
 
 Saya mendoakan buat diri saya sendiri dan juga tuan puan, mudah-mudahan Allah memberikan kelapangan dan kesabaran dalam menghadapi semua ujian ini. Kita akan sentiasa diuji, sehinggalah kita menempuh alam kematian.
 
 Sesungguhnya setiap yang berlaku itu datangnya dari Allah. 
 
 Hanya kepadanyalah tempat kita mengadu dan meminta pertolongan. 
  
 Mahasuci Allah, Tuhan Yang Maha Tinggi. Salam Jumaat dan Selamat Beramal.


Salam Kasih Sayang,
Nadia.

Saiz Sebenar Api Hanya Sebesar Zarah

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.. Alhamdulillah… Nadia masih berkesempatan lagi berkongsi entry untuk perkongsian Jumaat yang mulia ni. Semoga entry kali dapat beri kita perkongsian dan renungan agar kita tidak pernah lupa pada sang pencipta kita Allah s.w.t. dan sentiasa beramal.

Diriwayatkan bahawa Rasululallah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi Adam AS dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah SWT telah memerintahkan malaikat Jibril AS supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam AS. Maka Jibril AS pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.


Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam AS.
Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril : sebesar kurma. .
Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…

Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril AS pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.

Allah SWT pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril AS pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai.

Selepas itu Jibril AS pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yg tinggi.Sejurus setelah diletakkan api tersebut,tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair.Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yg sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.


PENGAJARAN
Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yg terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.

p/s : Wahai Tuhan, ku tak layak ke Syurgamu. Namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu. Ya Allah, ampunilah dosaku ini. Aku tidak sanggup menerima azabmu ini.


KEBERKATAN DAN KELEBIHAN HARI JUMAAT

Asslamualaikum.. Salam Jumaat..
Entry sekadar perkongsian di hari jumaat yang mulia ni.. Jumaat yang pertama dalam April. Semoga setiap kali Jumaat selepas ni, Nadia berkongsi serba sedikit "Renungan Jumaat" supaya kita semua dapat ingat kita hanya sementara di muka bumi Allah S.W.T..Semoga sedikit sebanyak ia dapat beri kita perkongsian ilmu. Jom Baca lagi..
Pengenalan
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.W.T
Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1)  Allah ciptakan Adam ,
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud;
 “ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
Kesimpulan
·         Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
·         Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
·         Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.
Sumber:  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)
Artikel dimasukkan pada 25 Februari 2011




 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png