Zikir membentuk peribadi wanita mulia
Assalamualaikum..
Perkongsian di pagi hening Jumaat yang Barakah.. Sebagai seorang wanita, Nadia rasa ianya amat berguna jika dikongsi bersama. Jom lanjutkan bacaan agar kita dapat berkongsi ilmu entry dari Dara.Com ni..
Kehidupan dunia teramat memikat bagi
kebanyakan insan. Betapa ramai di kalangan mereka yang silau dengan
keindahannya sehingga lalai dari mengingati Allah. Justeru, marilah kita
hidupkan kembali ketaatan kepada Allah dengan Zikrullah. Hati akan kembali tenang
dan damai, dengan mengingati Allah...
Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Lazimilah kamu dengan berzikir Ya
zaal Jalali wa al-Ikram.”
Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh (2/1256),
al-Hakim (1/498-499), Ahmad (4/177), Abu Abdillah bin Mandah dalam al-Ma’rifah (13/
1) dan dalam Tauhid (72/2), Ibn Asakir dalam Tarikh (6/107/1),
semuanya daripada Ibn al-Mubarak. Al-Hakim berkata: Sahih sanad dan muwafaqah oleh
al-Zahabi
Berdasarkan hadis di atas terdapat
banyak fiqh dan faedahnya yang boleh dijadikan pedoman dan juga iktibar.
Antaranya..
- Apabila orang soleh berkumpul, mereka akan berzikir kepada Allah SWT, sementara orang-orang yang berperilaku buruk dan durjana berkumpul, mereka akan membincangkan hal-hal yang mendekatkan mereka kepada syaitan yang terkutuk.
- Zikir orang-orang soleh adalah dengan tasbih, tahmid, bertakbir dan bertahlil sementara zikir orang-orang yang berpaling daripada Allah iaitu dengan nyanyian yang melalaikan, ghibah(mengumpat orang lain), namimah (mengadu domba) dan kekejian. Seorang penyair menggambarkan golongan dengan mengatakan:
Apabila kami sakit, maka kami berubat dengan zikir
kepada Allah,
Dan tatkala kami tidak berzikir, kami akan jatuh
terjerumus.
- Dia mengatakan: Wahai Tuhanku, apabila hati kami sakit, ia akan terubat dengan berzikir kepada-Mu, hingga ia sembuh. Sedangkan hati orang-orang yang lalai dan durjana, akan sakit dengan mengingati perbuatan sia-sia dan tidak akan pernah sihat selama-lamanya.
- Akan tetapi, bilakah manusia itu berzikir dengan sebanyak-banyaknya kepada Allah? Ibn al-Solah berkata: Sesiapa yang berzikir kepada Allah pada waktu pagi dan petang, ia termasuk dalam golongan orang-orang yang berzikir kepada Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya (sama ada lelaki mahupun perempuan).
- Pada jilid yang ke-10 kitab Majmu’ al-Fatawa, karya Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah, dia mengatakan bahawa: Sesungguhnya ibadah yang paling utama setelah ibadah-ibadah wajib adalah zikir. Hal ini sudah pasti menjadi kesepakatan para ulama.
- Oleh kerana itu, ada dua jalan yang menghantarkan seorang hamba itu menuju keredaan Allah, iaitu berfikir dan berzikir. Tafakur terhadap pelbagai anugerah dan nikmat Allah SWT, berzikir dengan nama-nama yang indah serta sifat-sifat Allah dan juga zikir yang sesuai dengan syariat.
Penulis asal : DR ZULKIFLI
MOHAMMAD AL-BAKRI
Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^)
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Jazakallahu khairan for sharing...
ReplyDelete