579 belia bawah 25 tahun diisytihar muflis,
6 bulan pertama tahun ini..
Assalamualaikum & Salam Sayang semua..
Pagi tadi, masa on the way datang kerja, Nadia terdengar Buletin Hot.fm menyatakan ramai belia yang muflis sekarang ni. Betapa hebat penangan dunia sekarang. Korang pernah terfikir tak kenapa golongan belia sekarang ni muda-muda lagi dah diisytiharkan bankrap..? Bagi Nadia zaman teknologi sekarang, mesti ramai para belia tercabar dengan kecanggihan teknologi yang sentiasa di update dari semasa ke semasa.
Contohnya, baru-baru ni sebuah "Syarikat Gadget A'' baru melancarkan gadget keluaran terbaru syarikatnya. tak sampai sebulan lagi Nadia dah perasan Syarikat gadget S pula melancar model gadget smartphone terbarunya. tak mungkin golongan belia macam Nadia tak tergilakan gadget yang serba baru sesuai dengan peredaran zaman teknolgi kan...? Harga sesebuah gadget pula bukan ratus tapi makan ribu riban jugak sebuah. Kos sar hidup sekarang semakin meningkat. Serba serbi mahal. Mungkin ni salah satu faktor mengajak warga belia untuk berhutang dan menambah hutang. Gaji yang dapat tak setanding dengan bebanan hutang yang banyak.
Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Oktober, 2014. |
Kadar belia berumur 25 tahun ke bawah
yang diisytiharkan bankrap di negara ini semakin membimbangkan apabila sebanyak
579 individu direkodkan muflis dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata jumlah itu menunjukkan
peningkatan berbanding keseluruhan 208 individu pada tahun lepas dan 130
individu pada tahun sebelumnya.
"Jumlah 579 individu berkenaan merupakan sebahagian daripada
keseluruhan 12,381 individu yang diisytiharkan bankrap di negara ini bagi tempoh
6 bulan pertama tahun ini," katanya pada program 'Memperkasa Informasi
Generasi Muda' anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Jabatan Perdana
Menteri, di Johor Baru, semalam.
Nancy berkata, bagi belia berumur 25 hingga 34
tahun pula, sebanyak 2,491 individu diisytihar bankrap bagi tempoh Januari
hingga Jun ini manakala belia berumur 35 tahun hingga 44 tahun pula adalah
4,121 individu.
Beliau berkata, kebanyakan punca individu berkenaan mengalami bankrap
adalah disebabkan kegagalan membayar balik pinjaman kenderaan, pinjaman
peribadi dan bayaran kad kredit.
Nancy berkata, kerajaan menerusi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit
(AKPK) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) ada menganjurkan program kepada
masyarakat khususnya belia untuk menguruskan wang dengan bijak sekali gus
mendidik mereka menangani bankrap.
Sehubungan itu, beliau berkata mana-mana individu mahupun belia disaran
supaya mendapatkan nasihat agensi berkenaan atau bantuan awal sekiranya
diisytihar bankrap.
"Berdasarkan maklum balas penganjuran beberapa program sebelum ini,
kita dapati kebanyakan belia tidak mempunyai kesedaran tentang perkhidmatan dan
bantuan oleh kerajaan sehingga menyebabkan mereka bankrap pada usia muda.
"Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya mereka tampil ke AKPK
atau MdI dan dengan mengambil tindakan awal, mereka juga sekurang-kurangnya
tidak mengalami masalah dihalang ketika hendak ke luar negara," katanya.
Sementara itu, mengenai penganjuran program 'Memperkasa Informasi
Generasi Muda' tersebut, Nancy berkata ia amat wajar dalam menyalurkan maklumat
usaha dan kemudahan yang disediakan kerajaan dengan tepat kepada belia.
Menurutnya, ilmu yang diperoleh daripada program itu dapat menangkis
penyebaran maklumat tidak sahih yang diperoleh masyarakat lebih-lebih lagi pada
zaman penggunaan media sosial yang semakin meluas ketika ini. – Bernama, 20
Oktober, 2014. Banyak
See more
at:http://www.themalaysianinsider.com
Sedikit tips Nadia dapat kongsikan dengan korang yang memilih untuk hidup seiring dengan tekonologi yang semakin hari semakin canggih ni. Korang boleh mencuba menjinakkan diri dengan peniagaan yang memerlukan modal yang sikit dan tidak melibatkan mana-man pinjaman badan kewangan. Contohnya Shaklee. Klik sini untuk maklumat lanjut. Suntik semangat diri dan semaikan semangat berniaga. Ini kerana pendapatan berniaga lebih lumayan jika dibanding makan gaji.
Selain itu, korang boleh mulakan perniagaan online kerana ia tak memerlukan korang untuk menyewa premis perniagaan. So, dengan cara ni, korang boleh berjimat untuk menyediakan kewangan untuk sewa premis.
Untuk dapatkan lagi tips tentang perniagaan online. Klik sini.
Semoga serba sedikit entry kali ni dapat membantu kita dari terjebak dalm lembah hutang yang membebankan. Kalau ada yang ingin memulakan perniagaan online yang modal hanya RM75 hubungi Nadia secepat mungkin. Lajukan langkah demi kesenangan hidup korang. Segalanya di tangan korang.
Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^)
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
No comments:
Post a Comment