Assalamualaikum & Salam Sayang Semua...
Pertama kali sesesekaliiii... Nadia ucapkan ribuan terima kasih sesangat buat follower blog Nadia dan pembaca blog Nadia.. tanpa korang tak mungkin Nadia akan capai misi Nadia untuk dapatkan 10,000++ pagesview untuk blog kesayangan Nadia ni.
Dulunya blog ni dihasilkan hanya untuk suka-suka.. jarang-jarang sekali berhupdate sehingga bersawang tapi sejak join Shaklee setahun yang lepas, Nadia giat menulis.
Blog persendirian yang berkisarkan perjalanan hidup Nadia dahulunya kini dah bertukar.. menjadi satu blog perkongsian kisah hidup Nadia dan Shaklee. Walaupun dah pun dah bertukar.. blog kesayangan Nadia ni takde la cerita 100% semua tentang cerita Shaklee je.. ada je tentang hidup Nadia, diari kehidupan Nadia. Kalau 100% Shaklee kang tak ramai nak singgah teratak online Nadia yang tak seberapa ni kan..
Siapa sangka dari kosong tentang blog.. sekarang ni dah semakin tiptop tentang blog.. dah tau serba sedikit tentang blog. Bermacam cara Nadia belajar untuk memudahkan Nadia update blog. Nadia bukan la yang gila gadget, Nadia takde ipad, tab yang canggih ataupun laptop yang cantik. Nadia hanya ada Lenovo S930 dan hanya ini je yang Nadia guna pakai untuk update blog. Lebih santai tau sebenar pakai Smartphone update blog. Kekadang kat kedai makan, kat sofa atau berbaring atas katil pun boleh update. Bestkan..?? Cuma kekadang tu, Nadia guna PC kat opis Nadia jika terasa nak update guna PC.
Nak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Kalau dah suka, pelbagai cara akan ku usahakan demimu wahai blog "bangundaritidoq.blogspot.com". Sedaya upaya akan ku peliharamu dan naikkan mu di persada dunia internet dan dunia blogging.
Korang tau kenapa Nadia namakan blog ni "bangundaritidoq.blogspot.com" .....?? Ramai yang kata comel nama belog Nadia.. hehehe.. perasan jek kan.. tapi sebenarnya, Nadia namakan bukan sebab ia comel tapi sebab Nadia rasakan selepas je bangun tidur pasti terasa bermulanya satu kehidupan yang baru dan makin bersemangat. Mood kembali segar lepas re-charge kan.. dan blog ni jugak la sentiasa mengingatkan Nadia sebagai anak jati Penang a.k.a anak mami okeh...!!
Tak larat dah nak menaip.. thanks ye korang sudu singgah teratak online Nadia ni.. dan menaikkan pageview Nadia 10,000+++ dah.. Lebiu la korang.... mmmuuuuahh.. (*_^).
No comments:
Post a Comment