5 Tips Hebat Kecilkan Paha
Kerap kali kita mendengar keluhan wanita-wanita yang rungsing akibat naik badan dengan mendadak pada bahagian-bahagian tertentu seperti pinggul,pinggang, wajah, lengan dan paha. Namun, yang paling menyukarkan dan mengecewakan untuk dikecilkan adalah bahagian paha. Memang susah dan degil! Tetapi tahukah anda bahawa dengan adanya senaman mudah yang boleh dipraktikkan dalam seharian hidup kita, paha yang ‘gempal’ itu boleh mengecil! Ikuti tips di bawah.
Menaiki tangga
- Pilih menaiki tangga berbanding menaiki lif antara pilihan senaman yang mudah dan murah. Ini boleh membantu menurunkan lemak paha dan juga meningkatkan meatabolisma sehingga otot akan bekerja lebih efektif dalam mencairkan lemak.
Berjalan cepat
- Aktiviti ini antara salah satu latihan kardio. Setiap langkah dapat membakar kalori sekali gus meningkatkan kesegaran tubuh. Lakukan aktiviti ini selama 15- 30 minit.
Berbasikal
- Aktiviti ini membuat otot kaki lebih kuat dan meningkatkan stamina serta ketahanan otot-otot paha.
Berjoging
- Berlari juga boleh dikatakan sebagai bentuk latihan ketahanan otot kaki. Setiap langkah larian akan menguatkan otot kaki dan paha. Lakukan secara rutin sekurang-kurangnya 30-60 minit setiap hari.
Minum air putih mencukupi
- Air membantu melancarkan metabolisma tubuh. Ini kerana dehidrasi atau kekurangan cairan merupakan keadaan yang boleh menggangu metabolisma tubuh untuk mengubah lemak menjadi tenaga. Langkah terbaik, pastikan anda tidak minum hanya apabila berasa dahaga.
Oleh: Mingguan Wanita
Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^)
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
No comments:
Post a Comment