Kenali PONSTAN a.k.a Ubat Tahan Sakit

Assalamualaikum Dan Salam Sayang,

Petang ni jari Nadia rajin extravaganza tau. Nadia buat entry ni untuk korang yang tegar makan “ponstan” bila korang tak tertahan menanggung apa jua kesakitan. Tak kira la sakit kepala ke, senggugut ke, sakit gigi dan sebagainya. Siapa yang rajin makan..? sila angkat tangan.. (hehehe.. sebenarnya Nadia tak nampak pun korang angkat tangan).

Okeh la, malas nak merapu dah.. kita terus focus tajuk entry kita petang ni. Korang tau tak, yang sebenarnya ponstan ni tak baik untuk kesihatan kita walaupun ia sebenarnya melegakan kesakitan yang kita alami. Jom, kita kenal ponstan dulu.

Sumber : Google Image
Ponstan mempunyai bahan aktif yang bernama “mefenamic acid”. Ia yang berada dalam kumpulan Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs (NSAIDs) Ponstan yang terkenal dan dipasarkan di pasaran mempunyai dua jenis. Ponstan 250mg yang biasanya dalam bentuk kapsul berwarna biru kehijauan muda dan kuning keputihan sementara Ponstan 500mg berwarna kuning dan berbentuk lonjong.

Ponstan boleh menyebabkan bahaya yang serius pada perut dan usus. Antaranya menyebabkan radang (inflammation), pendarahan (bleeding), luka (ulceration) dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi risiko untuk mendapat kesan sampingan ini. Ianya boleh berlaku tanpa disedari atau memberikan tanda-tanda awal.

Pesakit warga tua paling mudah mendapat kesan sampingan ini. Mereka yang mengambil aspirin untuk mencairkan darah, penahan sakit untuk sakit sendi, dan akhirnya diberikan pula Ponstan untuk sakit kepala dan sebagainya, akan mendapat masalah ini. Risiko adalah lebih tinggi jika dia juga perokok  serta mempunyai sejarah mengidap penyakit Peptic Ulser Disease.

KESAN PADA KULIT
PONSTAN juga boleh menyebabkan reaksi yang serius pada kulit, iaitu exfoliative dermatitis, toxic epidermal necrolysis (TEN) dan Steven-Johnson syndrome. Tanda-tanda awalnya ialah ruam kulit, dan bengkakan pada sekeliling mata. Pesakit harus terus berjumpa doktor kerana ianya tanda alergik pada Ponstan yg amat teruk, dan boleh melibatkan nyawa.

KESAN PADA GINJAL
Ponstan juga dilaporkan boleh menyebabkan masalah ginjal jika diambil tanpa peraturan. Antaranya penyakit ginjal seperti acute interstitial nephritis dan pendarahan dalam air kencing (haematuria), proteinuria, glomerulitis, papillary necrosis dan Nephrotic Syndrome. Pemeriksaan darah untuk ginjal (ie Renal function test) harus diperiksa secara berkala. Kepada pesakit buah pinggang kronik di mana buah pinggang masih lagi ada sikit fungsinya, atau yang mempunyai hanya satu buah pinggang sahaja, anda tidak boleh memakan ubat tahan sakit jenis ini.

KESAN PADA HATI (LIVER)
PONSTAN harus diberikan secara berhati-hati pada pesakit yg mempunyai masalah dengan penghadaman dan fungsi dalam organ hati. Ini bermakna setiap bacaan SGOT dan SGPT dalam ujian darah bagi ujian fungsi hati sebanyak 2 kali lebih tinggi dari bacaan normal haruslah berhati-hati ketika menggunakan ponstan.

KESAN PADA SEL-SEL DARAH
PONSTAN 500 mg boleh menyebabkan prothrombin, iaitu komponen dalam darah yg bertindak dalam fungsi pembekuan darah menjadi rendah. Ponstan tidak boleh diberikan kepada pesakit yg mengambil ubat warfarin atau pesakit yang mempunyai kandungan kepekatan prothrombin yg berada dalam tahap 10-20% dari normal.

KESAN-KESAN LAIN
PONSTAN  juga harus diberikan berhati-hati kepada pesakit asthma. Bagi mereka yg mengamalkan ubat perancang, ada juga kajian menunjukkan kadang-kala ianya mengurangkan keberkesanan pencegahan kehamilan ini terutama bagi mereka yg mengamalkan IUCD.

KESAN PADA WANITA MENGANDUNG
NSAIDs mesti dielakkan untuk ibu mengandung selepas 6 bulan ke atas. Ia tidak dikelaskan di dalam ubat yang boleh menyebabkan kecacatan tetapi terdapat risiko untuk menyebabkan masalah jantung dan buah pinggang kepada kandungan di kemudian hari.

NSAIDs menghalangkan pembentukan prostaglandin yg penting di akhir kehamilan, menyebabkan bayi dalam kandungan bermasalah. Antaranya penutupan saluran darah di jantung ( closure of the foetal ductus arteriosus), masalah ginjal, menyebabkan darah cair pada bayi, dan proses bersalin yg lama. Ponstan tidak diberikan terutama beberapa hari sebelum proses kelahiran.

PENGGUNAAN PADA IBU YG MENYUSUKAN ANAK
Sedikit kuantiti PONSTAN yang terdapat pada susu ibu yg memakan Ponstan , boleh tersebar pada bayi yg menyusu itu. Tidak digalakkan ibu mengandung yang menyusukan anak memakan PONSTAN sbg ubat tahan sakit.

PENGGUNAAN PADA KANAK-KANAK
Penggunaannya tidak digalakkan pada kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah.

KESAN PADA PERUT
**bermula dengan rasa perut kurang selesa, kembung dan keluar angin
**perut menjadi luka (gastritis)
**perut menjadi ulcer (gastric ulcer)
**perut mula berdarah (gastrointestinal bleeding)
**perut berlubang (gastro perforation)

Kesan kepada perut disebabkan oleh dua perkara, iaitu iritasi kepada sel lapisan perut secara langsung atau secara tidak langsung.

Ni antara yang kita tau kesannya.. yang kita tak tau dan tersembunyi pasti lagi banyakkan.. Bayangkan sudah berapa lama kita ambil ponstan dan apa yang telah berlaku pada organ dalaman kita..? kita tak tau dan tak nampakkan..? Adakah kita nak biarkan dan terus amalkan pengambilan ponstan..? Korang rasa macam mana..? Perlu teruskan atau cari suplimen yang dapat bantu mengantikan ponstan.. Jawapannya ada pada diri sendiri..


Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003



No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png