Showing posts with label Stress. Show all posts
Showing posts with label Stress. Show all posts

"SESUATU YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAH DI SEBALIK NYA"...

Assalamualaikum Readers ©©

How’s your day..? mesti korang happy dan enjoy dengan life masing-masingkan.. dan mesti ada yang dalam keadaan bersedih.. Huhu.. tapi Nadia rasa, Nadia ni ada dalam keadaan yang stress.. stress yang teramat kot.. tapi takpe.. Nadia cuba set dalam mind.. "SESUATU YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAH DI SEBALIK NYA"... kena sentiasa ingat ayat ni supaya diri Nadia tak terpesong jauh dari landasan hidup.

Nadia paling stress dengan keje sekarang ni.. out of job.. keje yang bukan keje Nadia pun terpaksa Nadia buat sekarang.. T_T memang tahap gaban punya stress. rasa macam takde life dah, otak ligat fikir keje je.. tido pun tak berapa lena dah memikirkan nasib di tempat keje.. huhu..really miss saat-saat dengan member sekerja..

Kalau korang stress, apa yang korang buat..? Jom kita share sama-sama.. mana tau lepas ni Nadia dapat tangani stress Nadia dengan berlandaskan 100% ke jalan Allah. Kekadang Nadia stress Nadia cepat-cepat amik vitamin B-Complex Shaklee untuk naikkan balik mood Nadia sebelum menyelam kelaut dalam.. T_T


Semoga stress yang Nadia alami takkan muncul dalam setiap hari-hari mendatang.. Bersabarlah duhai hati.. semoga hati makin tabah dan cekal menghadapi hari-hari Nadia.. Semoga stress ni mampu mengajar Nadia untuk jadi lebih matang.

**********♥♥Lovelifesomebody"hambaAllah"Nadia Reza ♥♥**********

SET UNTUK MASALAH STRESS, SINUS DAN MIGRAIN



Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori: 

*Sakit kepala kerana tekanan 
*Sakit kepala kerana sinus 
*Sakit kepala kerana migrain 


*Sakit kepala tekanan
Adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya. 

*Sakit kepala sinus 

Ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat. 

*Sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain.

Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain: Kekurangan zat dan nutrisi Faktor keturunan Kesan dari pengambilan ubat-ubatan Wanita yang mengalami haid atau pra-haid Terlalu banyak mengambil kafein Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat 

Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung. 

Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin yang sesuai utk merawat migrain: 


Ostematrix (Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah.

Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. 

Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal,
atau pundi kencing...

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.



* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003





Tips Mengurangkan Stres atau Tekanan Khas Untuk Wanita


Hakikatnya, wanita dan para ibu hari ini menggalas tugas yang berat di era kini. Bukan sahaja tugas di pejabat, malahan ditambah pula dengan tugasan di rumah setelah pulang kerja sehingga dirasakan masa 24 jam para wanita sentiasa dipenuhi. Keadaan ini boleh menimbulkan stres, tekanan dan ketegangan dalam kehidupan mereka kerana rutin harian yang sentiasa sibuk.


Saya juga adalah seorang ibu yang bekerjaya dahulu sebelum mengambil keputusan untuk menjadi WAHM. Jadi saya faham perasaan para ibu di luar sana. Walaubagaimanapun, stres dan tekanan adalah suatu ‘permasalahan sejagat’ yang boleh diurus dan ditangani. Sekiranya tidak ditangani stres dan tekanan ini, anda akan mudah untuk jatuh sakit dan beremosi dalam kehidupan seharian anda. Kita tidak mahu ini berlaku kerana IBU SIHAT adalah tunjang kepada KELUARGA YANG SIHAT.
Kekalkan kesihatan optimum anda dan tangani stres serta tekanan dengan mengamalkan 3 aspek gaya hidup berikut:
Pemakanan yang sihat
Senaman ringan
Pemakanan tambahan

Antara tips yang ingin dikongsikan:

KONGSI BEBAN
Jangan anggap kita adalah SuperMOM atau SuperWOMAN! Kongsi bebanan anda dengan insan terdekat seperti suami dan keluarga. Kita sebagai wanita bekerja untuk mengurangkan beban suami, jadi adalah wajar untuk suami untuk turut membantu dalam urusan rumahtangga. Contohnya suami mungkin boleh menjaga anak sementara isteri sedang memasak di dapur. Antara tugas lain yang boleh diberikan kepada sang suami adalah tugasan-tugasan seperti memandikan anak, menyidai kain, membersihkan rumah dan sebagainya.
Ramai suami yang faham akan beban yang digalas oleh seorang isteri dan ibu. Berbincanglah dengan suami supaya tanggungjawab di rumah yang boleh dikongsi bersama.

TUKAR JADUAL
Jika tekanan terlalu besar akibat bekerja, mungkin boleh diusahakan untuk berbincang dengan majikan agar masa bekerja yang lebih fleksibel dapat diberikan. Dengan lebih kelonggaran dari segi aturan masa waktu pejabat (datang lebih awal dan pulang lebih awal dari masa bekerja yang biasa), secara tidak langsung stres dan tekanan dapat dikurang kerana tidak perlu bersesak di jalanan dan menjimatkan masa. Ada juga syarikat yang memberi peluang bekerja dari rumah. Ia adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk dilakukan walaupun jika dilihat kembali jadual bekerja harian, mungkin ada yang berkata adalah sesuatu yang mustahil untuk ianya berlaku. Tiada yang mustahil!


PERSPEKTIF BERBEZA
Jika anda bekerja sepenuh masa sekarang, mesti anda ada pemikiran seperti saya semasa masih bekerja dahulu iaitu mahu berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa.
Tahukah anda? Kajian yang dilakukan oleh TheBump.com dan Forbes Wanita menunjukkan bahawa 92% ibu bekerja sepenuh masa adalah tertekan dan 89% surirumah sepenuh masa juga mengalami tekanan!
Jadi tidak ada beza tahap tekanan sama ada anda bekerja sepenuh masa atau suri rumah sepenuh masa, apatah lagi ibu yang bekerja dari rumah seperti saya icon smile Tips Mengurangkan Stres atau Tekanan Khas Untuk Wanita
Marilah kita lihat situasi kita dari sudut yang berbeza. Syukuri detik ini dan jalani kehidupan dengan lebih tenang, gembira dan ceria.

VITAMIN ANTI-STRES
Saya mengamalkan vitamin semulajadi B-ComplexShaklee dan beberapa vitamin dan supplement lain bagi membantu saya lebih cergas dan bertenaga. Vitamin B-complex turut dikenali sebagai vitamin penenang atau vitamin anti-stres.
Vitamin B-Complex Shaklee sangat disarankan bagi mereka yang sering terdedah kepada tekanan seperti pelajar, pekerja, peniaga, dan sudah semestinya wanita-wanita, ibu-ibu dan isteri-isteri yang hebat di luar sana!


* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI?~
DAPATKAN DARIPADA :
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox Nadia okeh..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003



 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png