Showing posts with label Set Migrain. Show all posts
Showing posts with label Set Migrain. Show all posts

5 makanan untuk elak migrain dan 3 vitamin terbaik untuk migrain

Assalamualaikum dan Hi ^_^ 

Hari ini Nadia nak berkongsi info tentang migrain. Masa zaman persekolahan tingkatan 4-5, Nadia stay kat asrama. Ingat lagi sorang kawan sebelah bilik Nadia ni, kalau terkena migrain.. sampai sanggup ketuk-ketuk kepala kat dinding. Tak dapat nak bayangkan betapa perit menanggung sakitnya migrain..  Macamana dengan korang ada yang selalu kena serang migrain? 
Biasanya migrain ini boleh berlaku sebelah kepala pada satu satu masa dan kadang kadang ia boleh merebak ke seluruh kepala. Ada juga yang rasa loya dan tak berselera untuk makan. Ringkasnya kan pesakit migrain ini harus tidur dan berehat di sekitar yang tenang dan sunyi untuk meredakan rasa sakit.

Jom .. Nadia nak share makanan yang boleh diambil untuk mengelak migrain. Lepas ini boleh masuk dalam "menu makanan wajib tiap hari" kan.

Bayam 

Kaya dengan magnesium yang memang berkesan untuk mengelak migrain. 
 makanan untuk elak migrain dan 3 vitamin terbaik untuk migrain
Bayam Ungu - Baik untuk menggelakkan migrain 

Kekacang 

Dengan mengamalkan kekacang ini dapat melindungi tubuh daripada sakit kepala dengan cara merehatkan pembuluh darah. Kekacang antara makanan yang kaya dengan sumber magnesium. Menurut kajian migrain berlaku akibat kekurangan magnesium di dalam badan. Magnesium akan membantu menenangkan fikiran apabila sakit kepala menyerang.
 makanan untuk elak migrain dan 3 vitamin terbaik untuk migrain
Kekecang makanan yang kaca dengan magnesium.

Susu

Susu dipercayai mengandungi vitamin B2 atau Riboflavin yang penting dalam pembentukan sel darah merah, antibodi tubuh dan menukar makanan kepada tenaga. Mereka yang mengalami migrain dikaitkan dengan kekurangan tenaga.
 makanan untuk elak migrain dan 3 vitamin terbaik untuk migrain
Susu salah satu makanan yang membantu mengurangkan migrain.

 Ikan Salmon

Ikan salmon antara makanan yang tinggi dengan Omega-3 dan ia merupakan makanan terbaik untuk pesakit migrain.
makanan untuk elak migrain dan 3 vitamin terbaik untuk migrain
Ikan Salmon sukar ditemui di pasar basah dalam Malaysia

Telur 

Juga kaya dengan Omega-3 dan ia merupakan makanan yang amat baik untuk mengatasi masalah migrain. Dan telur lebih mudah didapati.
makanan untuk mengelakkan migran & vitamin terbaik legakan migrain
 Telur antara makanan yang paling senang dapat di pasaran

Nadia rasa mesti ada yang payah nak makan makanan yang kat atas tu kan.. Yelah, kalau makan banyak kacang takut naik jerawat, ikan salmon pulak mahal. Jom, Nadia kongsikan suplimen terbaik yang dapat membantu migrain korang dan "menjimatkan" poket korang.. ^_^
Set Migrain Shaklee - mudah diambil dan mudah dibawa kemana-mana

Ostematrix 
Supplement kalsium yang lengkap sekali dengan mangnesium dan vitamin D. Ostematrix ini sangat sesuai untuk anda yang tak suka atau sukar nak minum susu. Caplet dia pun kecil dan mudah ditelan. 

B-Complex 
Vitamin B yang lengkap dengan kesemua 8 jenis vitamin B termasuk vitamin B2 dan asid folik. Bukan hanya untuk migrain sahaja tapi B-Complex ini terbaik untuk anda yang kerap sakit kepala dan selalu tertekan atau stres. Kerana ia berfungsi menenangkan urat saraf. Nadia sendiri suka amik B-Complex ni.. gantikan ponstan a.k.a ubat tahan sakit kalau sakit kepala atau rasa pening2.

Omega Guard 
Supplement minyak ikan yang kaya dengan Omega-3 termasuk EPA & DHA. Omega 3 sangat efektif untuk membantu mengawal ketegangan dileher dan sakit kepala.Omega 3 juga dikatakan baik untuk masalah kolesterol tinggi, darah tinggi dan kesihatan jantung.

**************************************************************
Perkongsian Ikhlas 
©©Nadia Reza©©Pengedar Shaklee Kuantan, COD sekitar bandar Kuantan, Semambu, beserah, Balok, Gebeng dan sewaktu dengannya. Call/whatsapp 012-9092253 untuk lebih detail.
Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK 
SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM80 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Pengedar Shaklee Kuantan

Migrain.. Jangan Pandang Ia Remeh, tak ambil kisah

Migraine, Jangan Pandang Remeh
Sesetengah orang yang menghidap migraine turut mempunyai symptom yang sama seperti resdung misalnya hidung tersumbat atau mata berair. Satu kajian besar-besaran mendapati, hampir 90% orang yang mengadu sakit kepala resdung, turut menghidap migraine. Kajian ini diasaskan oleh GlaxoSmithKline, syarikat yang menghasilkan ubat migraine. Oleh itu berwaspadalah jika anda kerap merasa sakit kepala ketika resdung menyerang. Ia mungkin juga petanda migraine.
Migrain memang sukar untuk pulih. Namun dengan mengenalpasti dan mengelakkan pencetus migraine dalam keadaan tertentu, anda boleh mengurangkan penderitaan akibat migraine. Perhatikan 9 langkah pencegahan ini mungkin boleh membantu anda.
Simpan Diari Sakit Kepala
Ia boleh membantu anda dan doctor memantau keberkesanan rawatan. Pesakit dapat mengkaji rekod tentang perkara yang dilakukan, makanan yang dimakan dan perkara-perkara yang berlaku dalam tempoh 24 jam sebelum bermulanya migraine. Ia juga boleh mengajar tentang pencetus migraine anda.

Kawal Pendedahan Terhadap Rangsangan
Cahaya terang atau berkelip kadang-kadang boleh menyebabkan migraine. Pakai cermin mata hitam pada hari-hari cerah atau musim sejuk walaupun terang. Contohnya ketika terdapat silau dari salji, air dan bangunan yang boleh mencetuskan tindak balas migraine. Cermin mata hitam perlu mengandungi kanta kualiti yang baik dengan panel sisi. Sesetengah pesakit migraine mendapati bahawa kanta biru atau hijau berwarna boleh membantu. Rehatkan mata secara berkala apabila menonton televisyen atau ketika menggunakan computer. Laraskan kecerahan dan tahao kontras pada skrin computer dan televisyen. Kurangkan pantulan dari skrin dengan penapis dan turunkan tirai atau langsir apabila matahari mulai terik. Rangsangan bukan visual seperti aroma yang kuat perlu dielakkan.

Beri Perhatian Kepada Pemilihan Makanan
Ambil tahu tentang makanan, bahan tambahan yang boleh menyebabkan sakit kepala atau elakkan daripada makan makanan tersebut. Makanan dan minuman dengan kafein atau alcohol adalah pencetus biasa. Oleh itu, hadkan jumlah pengambilan kafein anda sepanjang hari. Amalkan diet yang seimbang, makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan protein yang berkualiti. Makan banyak bayam, serta telur, yogurt dan susu rendah lemak. Makanan seperti ini mengandungi vitamin B yang dapat membantu mencegah migraine.

Makanan yang kaya dengan magnesium membantu melegakan saluran darah dan memastikan fungsi sel dengan betul. Ia termasuklah kacang (terutamanya badam), cashews, biji-bijian, germa gandum, kacang soya dan pelbagai sayur-sayuran.
Ikan berminyak juga boleh mencegah migraine. Makanlah ikan berminyak tiga kali seminggu untuk meningkatkan pengambilan Omega-3 dan asid lemak. Jangan melangkau waktu makan, terutamanya sarapan. Rasa lapar boleh menyebabkan migraine. Makan sedikit dan lebih kerap untuk mengelakkan perubahan ketara gula dalam darah. Minum air dengan banyak.
Hormon Memainkan Peranan Besar Dalam Migrain
Ramai wanita cenderung untuk mengalami sakit kepala migraine semasa pusingan haid mereka. Pada masa ini, wanita perlu berhati-hati dengan diet dan rutin senaman mereka. Pil perancang juga boleh meningkatkan kekerapan dan kesakitan migraine yang dialami.
Tidur Pada Waktu Yang Tetap
Tidur yang terlalu sedikit atau terlalu banyak turut dikaitkan sebagai pencetus migraine. Selain daripada memastikan anda mendapat tidur yang cukup, sebaik-baiknya rancanglah jadual tidur dan bangun secara tetap. Gangguan kepada rutin jadual tidur bakal mencetuskan sakit kepala atau migraine.
Ambil Ubat-Ubatan Sebagai Pencegah
Walaupun migraine boleh datang dengan atau tanpa ubat, adalah sangat penting untuk mendapatkan nutrient yang sepatutnya. Mengambil herba dan mineral tertentu dapat membantu menangkis migraine. Kekurangan magnesium telah terbukti menyumbang kepada tercetusnya migraine.
Beri Perhatian Kepada Laporan Cuaca
Perubahan cuaca mempengaruhi migraine anda. Kelembapan dan suhu panas boleh merangsang sakit kepala. Jadi adalah penting untuk menyedari keadaan persekitaran. Jika cuaca menjadi tidak selesa, anda mungkin perlu berehat daripada melakukan aktiviti luar
Elakkan Tekanan
Walaupun kita tidak boleh sentiasa mengawal tekanan, namun kita boleh mengawal bagaimana cara kita bertindak balas kepadanya. Migrain adalah hasil biasa kejadian tekanan. Teknik relaksasi seperti meditasi, yoga dan biofeedback boleh membantu mengurangkan tahap tekanan, menenangkan badan dan fikiran.
Senaman dan Lain-lain
Ada yang mengatakan bahawa senaman biasa yang tetap, akupuntur, urutan dan rawatn kiropraktik dapat membantu mengawal migraine. Namun, tiada bukti saintifik yang mengatakan kaedah ini berkesan. Ada pakar sakit kepala yang telah melaporkan kejayaan dalam mencegah migraine menggunakan suntikan botox
Suplemen harian boleh membantu mengurangkan kebarangkalian dan kekerapan migraine. Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan 400mg riboflavin sehari boleh membantu mengelakkan migraine.

Antara cadangan suplemen Shaklee bagi membantu masalah migraine ialah:

1.   B-Complex
©© Mengandungi 8 komponen penting vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12), termasuklah 100% biotin dan asid folik.
©© B-Complex Shaklee bertindak melawan tekanan bagi memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
©© B-Complex Shaklee juga bantu meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.
 2.   Ostematrix
©© Ostematrix Shaklee mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.
©© Ostematrix Shaklee membantu meringankan stress, ia membantu mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf
©© Ostematrix Shaklee mampu menggalakkan tidur yang selesa juga mmeperbaiki jantung berdebar, gementar, dapat memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam
©© Magnesium di dalam Ostematrix ini dapat membantu system saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot

Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003


Set Cadangan Migraine Shaklee

Assalamualaikum w.b.t

Pernah mengalami MIGRAINE?? Saya sendiri adalah penghidap MIGRAINE. Allah sahaja tahu betapa sakitnya. Pernah juga pengsan dalam kelas time study kat asrama dulu sebab sakit sangat. Pernah muntah teruk sampai lembik dan pernah masuk wad kecemasan gara-gara panahan migraine. Tapi. Nasib baik lepas 3 jam kat situ dibenarkan balik. pesanan doktor supaya selalu simpan panadol dalam beg dan bawa kemana-mana if nak keluar.

Mengalami sakit kepala secara berpanjangan merupakan penyakit yang dikenali sebagai migrain. Jom ketahui apakah punca yang boleh menyebabkan penyakit migrain menyerang kita. Sakit kepala/Migraine sering berlaku pada bila-bila masa sahaja.Ada yang terpaksa menahan sakit berjam-jam,ada yang terpaksa terbaring tidur sahaja sepanjang hari jika terkena migraine.

  
Apakah Punca Sakit Migrain? 
Sakit kepala merupakan sakit yang biasa dihidapi oleh semua orang tidak kira kanak-kanak mahupun golongan biasa. Namun jika ia sakit yang berpanjangan ia boleh dikira sebagai migrain. Ia merupakan penyakit biasa yang dihadapi oleh golongan remaja. Ia berlaku kerana darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat. Selain pening akibat sakit kepala, migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.

Perasaan yang sering digambarkan oleh pesakit ketika menghadapi migrain adalah seperti dihempap batu dan kepala berdenyut-denyut seperti dicucuk-cucuk. Serangan migrain ini tidak mengira tempat dan waktu. Kebiasaannya pesakit akan mengalami sakit kepala di sebelah bahagian sahaja.
  
Ketahui PUNCA kenapa MIGRAINE berlaku:
1. Kesan daripada alahan seseorang
2. Silau akibat lampu yang terang
3. Bunyi yang terlalu kuat
4. Bau wangi yang terlampau kuat
5. Tekanan fizikal atau emosi
6. Waktu tidur yang tidak teratur
7. Merokok atau terdedah kepada asap rokok
8. Stres
9. Menahan lapar
10. Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap.

Perlu kita ketahui terdapat beberapa jenis migrain/sakit kepala ini:
1 ) Sakit kepala di sebabkan tekanan emosi
2)  Sakit kepala di sebabkan migrain
3 ) Sakit kepala di sebabkan sinus
   
Untuk mengelakkan MIGRAINE elakkan daripada:
Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
Stress dan tekanan
Jadual tidur yang tak tetap
Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama

Pengambilan pemakanan yang betul dan mengamalkan gaya hidup sihat dapat membantu mengurangkan masalah ini.

Supplemen shaklee yang dicadangkan insya-Allah dapat membantu untuk atasi masalah migraine:

 

1) Ostematrix -Terdiri dari kalsium,magnesium dan vitamin D.Kalsium yang dapat meringankan stress,memperbaiki jantung berdebar,memperbaiki depresi,mood swing dan sakit kepala.Magnesium daoat membantu sistem saraf,pengecutan otot dan saraf,menstabilkan denyutan tidak sekata yang sering di hadapi oleh penghidap Migraine.

 

2) B complex - mengandungi vitamin B2 dan B6 yang terbukti dapat mengurangkan kesakitan akibat migrain.Juga pengambilan vitamin ini dapat mengurangkan stress,strok dan depressi.



* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003









 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png