Tahniah, jika anda telah berjaya menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu selama dua tahun seperti yang disarankan dalam Islam. Bagaimanapun selepas tempoh dua tahun, ada kanak-kanak yang masih lagi menyusu susu ibu. Tidak mengapa. Amalam tersebut selamat untuk diteruskan selagi anak mahuu menyusu. Bagaimanapun lumrah hidup bermasyarakat, tentu ada sahaja pertanyaan dan pandangan sinikal daripada masyarakt tentang anak yang sudah besar tetapi masih menyusu susu ibu.

Sebelum itu, ketahuilah bahawa proses menceraikan si manja dengan susu ibu perlu dilakukan secara semula jadi dan bukan dengan paksaan. Jangan lakukan secara mengejut seperti meletakkan sesuatu pada payu dara ibu seperti asam jawa, kopi, sos dan sebagainya serta menakutkan si kecil tentang hal tersebut. Bahkan ada ibu yang sanggup 'menipu' anak dengan menyatakan susu sudah basi dalam usahanya untuk membuatkan anak berhenti menyusu. Proses bercerai susu seperti ini boleh menggugat emosi anak, malah ibu sendiri. Ketahuilah bahawa proses anak berpisah susu dengan ibu adalah fitrah dan akan berlaku apabila tiba masanya kelak.

Dalam pada itu, anda tentu biasa berhadapan dengan beberapa soalan cepuemas berikut:

1. "Hah, anak masih menyusu lagi?"
Jawapannya: Jangan cepat melatah! Anggap ia sebagai pujian. Ucapkan Alhamdulillah sambil mengatakan syukur kerana anak masih lagi mahu susu ibu yang memberikan perlindungan imunisasi dan zat yang optimum. Bahkan tekankan penyusuan juga membantu diri anda terhindar daripada penyakit barah payu dara dan serviks.


2. "Eh, anak tak makan ke?"
Jawapannya: Penyusuan susu ibu secara eksklusif adalah untuk tempoh enam bulan pertama sahaja. Selepas usia bayi genap 180 hari,dia akan mula mengambil makanan pejal. Jadi, susu ibu hanyalah sebagai pelengkap dan bukan lagi makanan utamanya. Anggaplah orang yang bertanya ini tidak ada maklumat tentang penyusuan susu ibu. Sekurang-kurangnya penerangan anda membuka mindanya tentang ilmu penyusuan susu ibu.


3. "Anak tak gigit ke? Gigi dia kan dah banyak."
Jawapannya: Beritahunya bahawa sepanjang penyusuan, gigi bayi tidak akan terkena pada payu dara. Lekapan yang baik akan memberikan keselesaan dan ketenangan. Malah, penyusuan susu ibu membantu bayi memperoleh gigi yang cantik kerana aktiviti menghisap susu daripada payu dara membantu pembentukan gigi yang akan tumbuh.


4. "Anak kan dah besar, perlu menyusu lagi ke?"
Jawapannya: Penyusuan susu ibu memberi ketenangan setiap kali anak anda sedih. Manakala anda pula berbesar hati membekalkan susu yang terbaik untuk perkembangan usianya. Amalan melanjutkan tempoh penyusuan susu ibu memberikan suatu ruang yang cukup selesa untuk anak bertenang dan belajar berdikari. Yakinlah, anak yang cukup pengisian emosinya semasa dua tahun pertama lebih tenang dan mudah dikawal.


5. "Bila nak berhenti menyusu?"
Jawapannya: Beritahu kepada yang bertanya bahawa doktor anda meminta anda melanjutkan penyusuan susu ibu kerana terdapat banyak kebaikan dan zat di dalam susu ibu. Katakan anda sekeluarga gembira dengan proses ini dan ia langsung tidak mengganggu aktiviti seharian anda.
******************************************************************************
Cepat-cepat hubungi Nadia untuk dapat sebarang jenis produk Shaklee. Ready stock..insya-Allah.. COD sekitar Balok, Gebeng, Beserah, Indera Mahkota, Bandar Kuantan dan postage ke seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak, Singapore dan Brunei.
Pengedar Shaklee Kuantan, COD sekitar bandar Kuantan, Semambu, beserah, Balok, Gebeng dan sewaktu dengannya. Call/whatsapp 012-9092253 untuk lebih detail.
Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM80 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Pengedar Shaklee Kuantan, COD sekitar bandar Kuantan, Semambu, beserah, Balok, Gebeng dan sewaktu dengannya. Call/whatsapp 012-9092253 untuk lebih detail.