Showing posts with label Coretan Hati. Show all posts
Showing posts with label Coretan Hati. Show all posts

Bersawang....!!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” 
 Assalamualaikum, Hiii.. ^_^

Allah.. lamanya biarkan belog kesayangan hamba ni bersawang.. tak lama lagi kalau dah mula keje baru taktau la gayanya macam mana.. harap job baru nanti dapat bagi semangat baru untuk Nadia menconteng-conteng jugak kat dinding belog lapuk daku ni.. (^_^)

Tenkiu jugak pada yang setia menjenguk belok kesayangan nadia.. sayang u olls rapat-rapat. Tenkiu sentiasa bagi semangat kat belog nadia. In sha Allah nadia cuba untuk sentiasa hupdate dinding belog nadia. Jangan korang jemu datang sini tau.. 

Selamat kembali blogging Nadia.. heheheh.. wish kat diri sendiri supaya nadia sendiri makin bersemangat nak blogging walaupun akan datang nadia ada job dah.. Welcome back to me.. In sha Allah nanti nadia share info sikit okeh.. In sha Allah.. nadia tunggu new entry nadia tau.. TC.. Bye...

Pengedar Shaklee Kuantan

Terima kasih atas sokongan semua ^__^

..Your Trusted SID..
©©Nadia Reza©©
012-9092253
**********************************************
LoveSomebodyHambaAllah 
Love u olls.. (^_*)

 

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..hai semua..


Sedar tak sedar hari ni kita dah pun melangkah masuk 1 ramadhan.. syukur alhamdulillah.. kita masih beruntung dapat merasai Ramadhan kali ni. Semoga Ramadhan kali ni memang betul-betul beerti buat kita.. Penuhkan Ramadhan kali ini dengan amalan ibadah kepada Allah S.W.T.


Sempena Ramadhan yang mulia ni.. nadia nak mohon maaf kepada semua yang mengenali diri ni.. dan kepada reader dan kengkawan blog nadia. Kalau ada coretan nadia yang membuat korang terasa hati.. nadia mintak maap bebanyak yea.


Hehehe.. kalau ada yang sudi.. jangan lupa sharing resipi juadah berbuka dengan nadia. hehehe.. boleh nadia cuba buat nnt.. (^__^)... Apa-apa pun nadia ucapkan selamat menyambut ramadhan yang mulia ni.. jalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan.. jumpa next entry.. 

Instagram buat hal....!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” 
 Assalamualaikum, Hiii.. ^_^


Ish... geramnya laaa.... tetiba je nadia punya IG akaun menggila.. sampai tiga kali IG nadia create akaun baru. memang agak menggila laa.. naik tension nadia sampai rasa nak demam la.. dah la tengah keje banyak dengan fokus nak cari duit poket tambahan boleh pula tu boleh pulak dia buat hal. 
Kenapa jadi macam tu nadia pun taktau..  Semoga segalanya dipermudahkan..
Rabbi Yassir Wala Tua'sir


Jangan lupa yea add akaun IG baru nadia. Just klik nama nadia kat bawah ni jea. In sha Allah, korang follow, nadia follow back (^_^)
Noor Maizatulnadia

Kalau ada yang berminat untuk buat duit tambahan.. jom sama-sama join nadia buat Shaklee ni. In sha Allah sejak buat shaklee memang ketenangan akan jadi milik kita dan rezeki pasti sentiasa ada. Jemput rezeki bukan kerah tulang 4 kerat memang tersangat berbeza.


In sha Allah, Nadia sediakan khidmat COD sampai depan rumah di sekitar kawasan bandar Kuantan dan kawasan yang sekitar dengan Kuantan. Korang boleh WhatsApp/Wechat/SMS Nadia 012.909.2253 untuk mengetahui lebih lanjut info kawasan yang nadia sediakan khidmat COD sampai depan rumah dengan harga berpatutan. 


Terima Kasih atas sokongan korang semua ^__^


Berniat untuk tambah pendapatan...? Korang boleh join famili Shaklee Nadia untuk menjana pendapatan tambahan hanya dari rumah. KLIK SINI untuk lebih details. =)

pengedar shaklee kuantan

**Segala testimoni/penulisan dalam laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Your Trusted SID..©©Nadia Reza©©
012-9092253
**********************************************
LoveSomebodyHambaAllah 
Love u olls.. (^_*)

Sedekah takkan Memiskinkan kita...!!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” 
 Assalamualaikum, Hiii.. ^_^
Selamat pagi u olls... Alhamdulillah.. tak lama lagi dah nak Ramadhan.. korang dah siap ganti belum posa-posa yang lepas tu...? Kalau belum siap, buat je cepat-cepat. Sempat lagi nak siap ganti 2-3hari. Alhamdulillah, syukur sesangat..sejak follow group Shaklee Rfhanah, memang selalu terasa tenang je hati ni. Even nak rasa marah pun kurang. Stress pun kurang. Leader banyak membimbing dari segi keagamaan berbanding push buat sales. Suka sesangat. Dan paling BESSSSTT.. bila kita selalu diingatkan untuk sentiasa buat amalan rohani seperti kerap berselawat, mengaji dan bersedekah.
Korang jangan takut tau untuk bersedekah. Takkan ada orang yang bersedekah akan miskin. Yes.. Allah menjanjikan kita takkan miskin kalau kita sentiasa bersedekah =) Nadia dah alami.. Memang betul, pagi tu dalam poket nadia memang ada RM10 je lagi, dan nadia tawakal untuk sedekahkan RM10 pada seorang hamba ALLAH ni. Syukur.. lepas nadia bersedekah nadia dapat pulangan balik sales Vivix Shaklee yang bernilai RM4XX. Alhamdulillah.. rezeki..
Jangan sesekali rasa takut untuk bersedekah je sayang-sayang semua (^_*) 
Kalau ada yang berminat untuk buat duit tambahan.. jom sama-sama join nadia buat Shaklee ni. In sha Allah sejak buat shaklee memang ketenangan akan jadi milik kita dan rezeki pasti sentiasa ada. Jemput rezeki bukan kerah tulang 4 kerat memang tersangat berbeza.
In sha Allah, Nadia sediakan khidmat COD sampai depan rumah di sekitar kawasan bandar Kuantan dan kawasan yang sekitar dengan Kuantan. Korang boleh WhatsApp/Wechat/SMS Nadia 012.909.2253 untuk mengetahui lebih lanjut info kawasan yang nadia sediakan khidmat COD sampai depan rumah dengan harga berpatutan. 


Terima Kasih atas sokongan korang semua ^__^


Berniat untuk tambah pendapatan...? Korang boleh join famili Shaklee Nadia untuk menjana pendapatan tambahan hanya dari rumah. KLIK SINI untuk lebih details. =)

pengedar shaklee kuantan

**Segala testimoni/penulisan dalam laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Your Trusted SID..©©Nadia Reza©©
012-9092253
**********************************************
LoveSomebodyHambaAllah 
Love u olls.. (^_*)

Selamat Datang June 2016...!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” 
 Assalamualaikum, Hiii.. ^_^

Alhamdulillah.. June dah menjengah kita pun kan.. tak berapa hari lagi dah Ramadhan. Sekejap je masa berlalu. Sedar tak sedar hampir separuh 2016 pun kita lalui. Dah bermacam-macam liku kehidupan nadia lalui. Pahit manis masin tawar masam segalanya dah rasa, tapi tu la dugaan asam garam kehidupan. Regha dan tabah lalui setiap liku kehidupan. 

Semoga Ramadhan yang bakal datang ni beri seribu erti dalam kehidupan nadia. Tahniah untuk diri sendiri dah lalui pelbagai benda tapi still kuat nak meneruskan kehidupan ini walaupun tak seindah pelangi. Jangan putus asa.. setiap yang kita alami pasti ada hikmah sebaliknya. 

Teruskan tabah menempuh dugaan hidup yang mendatang ni. Semoga hari-hari mendatang membuatkan kita semakin matang dan kuat. 


Your Trusted SID..©©Nadia Reza©©
012-9092253
**********************************************
LoveSomebodyHambaAllah 
Love u olls.. (^_*)

Coretan hati : Ada lagi yang Lebih susah....!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” 
 Assalamualaikum, Hiii.. ^_^

Alhamdulillah..... Allah masih sayangkan Nadia. Bernafas pada hari ni tanda kasih sayang Allah untuk kita. Kalau sebelum ni, Nadia selalu rasa Nadia paling susah dari segi kehidupan. Tapi, Nadia sering terlupa yang dalam Malaysia ni masih ada yang susah dari Nadia.

ada yang lebih susah dari kita
Menusuk kalbu...!

Kali pertama, Khamis (19 June 2016) sekitar pukul 9pagi.. Nadia ke pejabat pos Balok. Untuk buat penghantaran surat guna pos ekspress. Sememangnya waktu tu, poket nadia memang dah tipis nak kering. Walaupun ada lagi RM20-30 cukup-cukup untuk makan sampai nak tunggu gaji. Nadia dah terasa semput, susah.. Masa kat kaunter pos tu, orang sebelah Nadia keluarkan ASB. Memang diluar jangkaan, nadia selalu rasa yang orang keluarkan ASB mesti ribu riban. Tapi orang sebelah nadia keluarkan RM30 untuk beli susu anak sementara nak tunggu gaji yang nadia sendiri taktau bila dia gaji. Masa tu dalam kepala nadia, nadia fikir orang ni mesti gaji hanya sekitar RM800-900. Dengan taraf hidup yang serba tinggi sekarang memang teramat mencabar untuk orang gaji bawah RM1000 untuk survive hidup. 


Kali kedua Selasa (pagi sekitar 10-11 pagi) 24-June-2016. Insaf seketika bila Nadia tenampak seorang pakcik ni di Pasar Tani Ampangan, kutip kotak-kotak yang peniaga-peniaga kat situ buang dan ada secebis makanan dalam kotak dikutip, cuci hanya lap denagn baju dan dengan lafaz "bismillah" pakcik tu makan.. dan masa nadia lalu tepi pakcik tua tu, dia tengah suap anggur sebijik dalam mulut.. Allah.. sebak rasa. Pakcik yang serba daif tu, nak jalan pun takde kekuatan, cekal tempuh kehidupan demi sesuap nasi dan rezeki halal.. Ini kali kedua nadia nampak. 

ada yang lebih susah dari kita
Deep...!!

Mungkin ni salah satu cara Allah untuk pujuk hati nadia.. Nadia tau Nadia susah saat ni, tapi Allah nak nadia tau yang ada lagi yang susah dari nadia alami sekarang. Allah nak nadia bersabar tempuh segala ujian yang melanda. Jangan bandingkan kehidupan orang lain dengan kita. Jangan pandang keselasaan orang tapi pandang la orang yang susah supaya kita tak mudah putus asa dan lupa diri.


Coretan ikhlas untuk diri sendiri. Ingatan buat nadia yang selalu give-up. Yang selalu jeles dengan kehidupan orang lain sedangkan nadia lupa ada lagi yang susah dari Nadia. 




Hanya Insan biasa yang Lemah..!! Love u olls.. (^_*)

**********************************************
LoveSomebodyHambaAllah 

©©DyaNadiaReza©©

Rezeki Milik Allah.....!!


Ya Allah lamanya tak hupdate belog-belog kesayangan.. Nak kata buzy takde la buzy mana.. tapi disebabkan kengkawan opismate semuanya meninggalkan opis yang tak seberapa indah ni.. terpaksa la Nadia amik alih tugas-tugas kengkawan Nadia. Ya Allah, keje 10 orang terpaksa seorang yang amik alih. Bayangkanlah betapa penatnya badan ni.. sampaikan terasa la teramat give up nak keje.

Kalaulah Nadia banyak duit, konfirm Nadia takkan lagi tunggu opis yang indah duniawi ni. Tapi orang kata rezeki bukan kat tangan manusia.. Rezeki milik Allah.. tapi Nadia sendiri tak yakin dengan diri Nadia.. tak yakin kuasa Allah.. So, Nadia kena back to track. Kalau dulu.. Nadia pilih Shaklee untuk income sampingan Nadia. Tapi sebab kepenatan duniawi, Nadia pun lupakan Shaklee. Sedangkan dalam Group Shaklee lebih banyak ajar meminta dari Allah dari berharap dari manusia. In Sha Allah Nadia kena kuatkan semangat untuk folow group Shaklee rapat-rapat. 


Semoga kita sentiasa mengingati bahawa rezeki tu milik Allah. Segala yang kita ada sekarang hanyalah pinjam duniawi semata-mata. Kalau Allah nak tarik segala pinjaman ni, tak sampai 5 minit pun Allah boleh buat. Segalanya akan hilang sekelip mata. Percayalah bahawa rezeki milik Allah. walaupun ekonomi merosot tapi ekonomi Allah tidak pernah sesekali merosot. So, sesiapa yang rasa nak cari duit tambahan, jom sama-sama kita join Shaklee dan mendekati orang-orang positif supaya diri kita sentiasa positif dan sentisa dekat dengan Allah swt. 

Hanya Insan biasa yang Lemah..!! Love u olls.. (^_*)

**********************************************
LoveSomebodyHambaAllah 
©©DyaNadiaReza©©

October..! Awesome summer...!


Assalamualaikum & Hiiii ^_^

Alhamdulillah… harini bermula la perjalanan kita dalam bulan October ni.. Best punya menaip entry dari pagi, petang baru sempat publish.. Bestnya rasa.. semoga October ni membungakan hasil yang mekar untuk November. Apa pun terjadi hidup mesti diteruskan.

Heheheh.. hari ni baru 1hb dah terpikir 1hb November.. hehehe.. nakal otak ni… Tapi apa yang menarik dengan November sampaikan buat Nadia tak sabar nak tunggu November..? Jeng-jeng.. Nanti Nadia akan cerita yea.. tunggu next entry.. Nanti Nadia cerita tau..

Anyway, Nadia rasa dah lama Nadia tak menghupdate blog setiap hari dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Seboleh-bolehnya Nadia berdoa.. October mampu buat Nadia tersenyum hati senang untuk November yang bakal menjengah  nanti. Allah sentiasa dengan kita. Cuma kita je selalu lupa, alpa dengan Allah.

Oktober adalah bulan paling mencabar Nadia rasakan.. yelah bulan Oktober kat luar negara kan musim autumn.. semoga hari-hari akan mendatang dalam Oktober ni dapat menguatkan lagi semangat Nadia. Chaiyokkk…!!! Aamin..


**********************************************************
~~LovesomebodyHambaAllah~~
©©Nadia Reza©©

Finally... dapat jugak join

Assalamualaikum.. Hi.. ^_^

Hmm.. lamanya rasa tak berstory mori.. So, malam ni.. Nadia just nak upload pengalaman Nadia dalam menglibatkan diri dengan salah satu kelas yang Shaklee anjurkan..

First time Nadia joing bengkel nutrisi yang Shaklee anjurkan.. walaupun agak "basi" dah entry ni.. tapi Nadia tetap nak upload jugak entry ni.. boleh buat cerita #throwback gituuuu.. hehehehe ^_*

bukan senang tau nak dapat bengkel yang macam ni.. Bengkel ni melatih pengedar sah macam Nadia untuk lebih yakin coach customer dan para pengguna. Bukan semua yang berkesempatan untuk join bengkel yang dianjurkan oleh pihak Shaklee. Taklimat dalam bengkel ni disampaikan oleh pakar nutrisi yang diiktiraf dan terlatih tau.. So, sesiapa yang join Shaklee luangkan diri yea untuk join bengkel macam ni supaya keyakinan diri semakin meningkat.

Best dapat join dapat join bengkel ni. Dapat tambah ilmu disamping dan berpeluang merasa Shaklee belanja lunch dekat hotel yea. ^_*

Dapat ilmu dapat makan sedap-sedap lagi tau. Kalau yang ada anak pun.. boleh je bawak.. Shaklee ni bisnes yang mudah.. berkepit denan anak suami 24jam pun boleh..

Bengkel ni bermula pukul 10pagi sehingga 6petang.. Solat..? jangan risau.. memang sharp pakar nutrisi lepaskan kita untuk solat secepat mungkin.. settle solat.. sambung balik bengkel nutrisi dan bila habis bengkel ada penyampaian sijil.. tapi sayang.. Nadia tak sempat nak berselfie.. nak mencari gambar yang diambil masa tu.. tak tau ada pada siapa..
pengedar shaklee kuantan 0129092253
Sijil Pengikhtirafan sempena mengikuti Bengkel Nutrisi 2015

Semoga akan datang Nadia dapat lagi join bengkel-bengkel yang Shaklee anjurkan.. aamin dan menjadikan Nadia seorang yang makin bersemangat berjuang untuk membantu orang yang memerlukan suplimen terbaik..

******************************************************
Cepat-cepat hubungi Nadia untuk dapatkan sebarang produk Shaklee ni.. Ready stock okeh..! COD anytime sekitar bandar Kuantan, Gebeng, Balok dan kawasan sekitarnya. Khidmat POS seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.
Ready Stok, Pengedar Shaklee Kuantan, COD sekitar bandar Kuantan, Semambu, beserah, Balok, Gebeng dan sewaktu dengannya. Call/whatsapp 012-9092253 untuk lebih detail.
Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM80 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Pengedar Shaklee Kuantan, COD sekitar bandar Kuantan, Semambu, beserah, Balok, Gebeng dan sewaktu dengannya. Call/whatsapp 012-9092253 untuk lebih detail.

Tinggalkan Jejak Yooookkkk....!


Assalamualaikum, Hiii.. ^_^

Hmmm.. lamanya tak ber-blogwalking.. dekat dua minggu dah biarkan kengkawan datang blog tanpa membalas balik kunjungan semua.. maaf yea.. memang tak dapat nak dielakkan.. kita hanya mampu merancang tapi segalanya Dia yang tentukan.. So, sesiapa yang dah follow, jenjalan dan tinggalkan pesan dalam CBox Nadia.. In sha Allah Nadia akan blogwalking korang dalam masa terdekat ni.
Pengedar Shaklee Kuantan
Kalau yang belum tinggal.. hehehe..sila tinggalkan jejak "kaki" korang dalam blog Nadia supaya Nadia boleh jejak korang tau.. Maaf jugak kalau ada yang Nadia ter-miss out yeaaaa... Salam sayang buat kawan-kawan dunia maya Nadia dan salam perkenalan buat kengkawan yang baru.. Love u olls..

**************************************************
Lovelifesomebody"hambaAllah"
♥♥Nadia Reza ♥♥

Perpisahan itu Pasti..

Assalamualaikum, Hiii.. ^_^

Lama biarkan diari maya Nadia berhabuk tak ber-hupdate.. Perpisahan tetap akan berlaku. Perpisahan itu adalah PASTI. Samada hidup atau mati, cepat atau lambat.. ia pasti berlaku. Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui.. Sejauh mana kita sayang kan seseorang pasti kita akan berpisah.. Semoga arwah tok tenang disana. Along tetap sayang tok dunia akhirat. Terima kasih sudi galas tanggungjawab mak abah along dikala mak abah sibuk mencari nafkah. Terima kasih jugak mendidik along.. menjaga makan minum along, sakit demam along dan susah payah along tok tetap ada dengan Along. Melayan kedegilan along, kenakalan along yang tak bertempat ni.. segalanya yang pernah tok buat untuk along.. In sha Allah.. satu hari nanti kita pasti bertemu lagi di akhirat sana..

Rindu teramat sangat.. walaupun akhir-akhir ni along di pantai timur, tok di utara.. along tak pernah lupa tok pesan, jaga diri baik-baik, pandai-pandai bawak diri kat tempat orang.. Along sayang tok dunia akhirat.. semoga tok tenang disana.. Rindu sesangat kat tok.. hanya iringan doa yang mampu along sisipkan untuk tok.. Al-fatihah..
al-fatihah

**************************************************
Lovelifesomebody"hambaAllah"
♥♥Nadia Reza ♥♥

Solat... Jangan tinggal..!!

Huhuhu.. setakat ni Nadia hanya mampu buat 3entry je dulu.. insya-Allah.. akan ku PROVIDE masa untuk hupdate banyak entry lagi.. siang keje, malam pun keje.. tinggal lagi, keje malam hari ni bebas.. “aku la boss, aku la kuli”.. bestkan kalau selalu boleh jadi camni..


Apapun..se-buzy mana pun kita.. jangan pernah tinggal solat.. ni bukan hanya untuk Nadia je tau, untuk korang sekali.. saling mengingati k.. semoga kita dapat kerbekatan dan makin dimurahkan rezeki.. 


*****************************************************

Cepat-cepat hubungi Nadia untuk dapatkan sebarang produk Shaklee ni.. Ready stock okeh..! COD anytime sekitar bandar Kuantan, Gebeng, Balok dan kawasan sekitarnya. Khidmat POS seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.
Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM80 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Pengedar Shaklee Balok, Gebeng, Indera Mahkota dan Kuantan, Free COD
Call me okeh...!! SID Kuantan.

Mood Blogwalking

Assalamualaikum Readers ©©

Salam Weekend semua.. Korang.. Nadia nak bagi tau ni.. Nadia tengah dalam mood "Honeymoon With Blog" so.. mood nak blogwalking tu rajin sesangat.. Hehehe.. Off keje kan.. so.. dari duduk rumah takde menda nak buat.. baik Nadia rajinkan diri untuk blogwalking blog kenkawan sambil menabung weekend ni.. 

So, siapa nak Nadia blogwalking blog.. left comment k.. Insya-Allah Nadia singgah sambil tambah akaun NuffNang korang okeh.. 
Pengedar Shaklee Kuantan, COD sekitar bandar Kuantan, Semambu, beserah, Balok, Gebeng dan sewaktu dengannya. Call/whatsapp 012-9092253 untuk lebih detail.
Kali ni Nadia blogwalking untuk tambah followers je dulu yek.. Insya-Allah..akan datang Nadia try untuk cari hadiah-hadiah menarik.. Mana tau kot-kot lepas segmen ni.. ramai yang datang dan ada rezeki untuk bantu blog kengkawan maya Nadia.. So, Nadia harap sesangat korang support blogwalking Nadia.. 

Salam Perkenalan kengkawan alam maya.. ^_* Love u olls.. 


*****************************************
Lovelifesomebody"hambaAllah"
♥♥Nadia Reza ♥♥

Cepat-cepat hubungi Nadia untuk dapatkan sebarang produk Shaklee ni.. Ready stock okeh..! COD anytime sekitar bandar Kuantan, Gebeng, Balok dan kawasan sekitarnya. Khidmat POS seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.
Pengedar Shaklee Kuantan, COD sekitar bandar Kuantan, Semambu, beserah, Balok, Gebeng dan sewaktu dengannya. Call/whatsapp 012-9092253 untuk lebih detail.
Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM80 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Pengedar Shaklee Kuantan, COD sekitar bandar Kuantan, Semambu, beserah, Balok, Gebeng dan sewaktu dengannya. Call/whatsapp 012-9092253 untuk lebih detail.

Salam Takziah MH370

Assalamualaikum, Salam Takziah buat MH370..

Al-Fatihah.. Sesungguh.. daripada Allah kita dating dan kepada Allah kita pulang. Salam takziah dari Nadia dan keluarga buat semua keluarga mangsa MH370.
Kematian adalah sebuah ketetapan. Jika telah datang waktunya, tak satu pun makhluk yang mampu menangguhkannya. Sudahkah kita mempersiapkan diri untuk menyambutnya?

 “Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan. Kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur-angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah serta menumbuhkan berbagai macam tumbuhan yang indah. Yang demikian itu, karena sesungguhnya Allah, Dialah yang haq dan sesungguhnya Dialah yang menghidupkan segala yang mati dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya; dan bahwasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur.” (Al-Hajj: 5-7)

Semua ini menunjukkan bahwa kehidupan dunia adalah kehidupan yang fana. Tidak ada yang kekal di dalamnya.


 **********♥♥Lovelifesomebody"hambaAllah"Nadia Reza ♥♥**********

Nasib Belum Jadi Rumah Spidermeng..

Assalamualaikum…

Waaaaa.. lamanya tak hupdate blog ni.. Kesian blog kesayangan Nadia dah bersawang.. penuh habuk.. hehehe.. ni gara-gara masalah yang tak dapat nak dielakkan. So lepas ni korang rajin-rajin singgah blog Nadia tau.. huhu.. nasib blog Nadia ni belum bertukar jadi "rumah spidermeng".. hehehe..

Nak kata buzy..tak jugak.. kawin pun belum.. officially bopren pun takde.. buzy hape entah sampaikan nak update blog pun tak dan2.. so, pasni kena plan betul-betul.. penuhkan blog Nadia dengan info-info best dan always hupdate diari online Nadia ni..

Tapi sekarang ni Nadia dah tak buzy pun sangat dengan kerja-kerja opis. So masa boleh la sepenuhnya Nadia gunakan untuk focus dengan projek-projek “akhirat” dan “poket part-time” Nadia ni. So, kalau ada sesiapa yang nak tau projek-projek Nadia ni, boleh cepat-cepat personal message Nadia.

Tak tau nak story apa lagi.. Semoga blog-blog Nadia bangundaritidoq.blogspot.com & maizatulnadia.blogspot.com akakn sentiasa terisi.. Korang jangan pernah terasa serik tau nak jenjalan blog2 cute Nadia. Diari cute Nadia.. 


Daku yang semakin "comel"...(hehehe..perasan sendiri) selfie itu penting kan.. hehehehe.. lumrah hati & nafsu seorang wanita.. dan paling penting, Nadia tak suka mekap tau.. just "Natural Beauty".. berkat amalkan set Kecantikan Shaklee. Jom..cepat-cepat try macam Nadia. untung-untung, boleh cantik sebelum raya akan datang ni.



Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003



Bye 2014, Move On 2015

Assalamualaikum & Salam Sayang

Alhamdulillah.. setelah sekian lama Nadia menyepikan diri dari belog kesayangan Nadia ni.. hari ni.. dalam tahun yang baru ni.. Nadia nak meringankan jari selalu jenguk dan kongsi cerita dengan semua..
Kita dah pun sampai penghujung 2014 kan.. sekejap je masa berlalu.. siapa sangka.. siapa duga.. 2014 telah banyak mengajar kita erti kehidupan.. pelbagai pahit manis telah kita lalui.. sakit, sihat.. penat lelah.. suka duka.. semuanya kita dah lalui kan.. hidup tanpa dugaan dan cabaran takkan dapat beri kita kehidupan yang begitu teguh..

hehehe.. sebenarnya nak kongsi cerita lain, tapi terkongsi pulak cerita lain.. sorry yea kengkawan..tapi takpe la.. sempena 2014 yang bakal di "muzium" kan.. Nadia nak coretkan memori terakhir 2014 dalam belog comel Nadia ni..

Azam 2014.. dah tertunai semuanya...?? Kalau ada diantara kita masih ada azam yang belum tertunai.. korang jangan kecewa k.. boleh je kalau korang nak bawak azam tu ke tahun 2015 yang bakal kita lalui tak berapa jam lagi..

Ish.. Nadia sendiri pun belum lagi capai azam 2014.. terasa semua azam tu kena bawak ke tahun 2015.. walaupun azam Nadia 2014 tak tercapai.. Nadia tak rasa sedih..tapi Nadia terasa Allah nak bagi Nadia dugaan dan kesabaran untuk berusaha lagi bersungguh.. Janagan putus asa tau untuk tambah azam.. tingkatkan lagi usaha.. insya-Allah..pasti azam kita tercapai..
Apa-apa pun Nadia nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua blogger dan pembaca setia blog Nadia.. thanks sudi jenguk belog tak berapa nak comel ni..
Maaf sekiranya ada terkasar bahasa kalau entry yg menyakitkan hati korang yea.. mulakan 2015 kita dengan ceria dan penuh semangat.. (*_^)

Salam 2015...

Penyekat Rezeki


Rezeki adalah ketentuan dari Allah s.w.t.. Ia adalah hak milik Allah secara mutlak yang telah ditentukan untuk setiap manusia yang dilahirkan. Bezanya pula antara manusia adalah bergantung kepada nilai usaha mereka. Ada dikalangan manusia yang berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti penat dan letih sehinggakan meninggalkan hak Allah s.w.t. dan Muslim yang lainnya. Ada juga yang hanya sekadar melepaskan batuk di tangga di dalam usaha mencari rezeki, berserah dan berharap semata-mata.

Rezeki adalah satu jaminan dari Allah s.w.t. yang mana telah disuratkan untuk menusia memperolehnya. Oleh itu, rezeki yang akan kita perolehi atau yang telah pun kita perolehi adalah atas izin dan ketentuan dari Allah s.w.t.. Ramai yang menyangka, mereka tidak mendapat rezeki secukupnya sebagaimana orang lain. Selalu kita dengar, “Besarnya kereta dia, bila la aku nak pakai kereta macam tu?”

Persoalan begini akan sentiasa bermain difikiran kita. Persoalan ‘bila nak dapat’, ‘kenapa aku tak dapat’ dan sebagainya adalah persoalan yang biasa dan ia perlu diperjelaskan. Dapat atau tidak semuanya terserah kepada Allah s.w.t.. Pokok pangkalnya adalah rasa redha dan sabar. Jika Allah s.w.t. berikan apa sahaja yang diminta dengan segera, maka tidak akan adalah pahala orang redha dan bersabar. Bahkan akan hilanglah keimanan manusia kepada kata-kata Allah s.w.t. di dalam Al-Quran. Janji Allah s.w.t. berkenaan rezeki itu pasti, apa sahaja yang diminta manusia itu pasti dimakbulkan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Sesungguhnya Tuhanmu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi oleh-Nya akan permintaan itu.” (Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud).

Itulah janji Allah dan kepastian yang diungkapkan cuma, yang tidak diperjelaskan disitu adalah bila ia akan dipenuhi? Kerapkali apabila kita mendapat rezeki yang baik dari Allah s.w.t. kita bersyukur dan berterima kasih kepada-Nya tetapi apabila kita tidak menerimanya, kadangkala kita lupa untuk berbaik sangka dengan Allah s.w.t. dan lupa sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui. Eloklah kita bersama bangun dan berfikir, kita nilai semula peribadi kita jika seringkali permintaan kita Allah s.w.t. amat lambat untuk memakbulkan. Pasti, apabila kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu rezeki itu, ada sahaja halangan dan sekatan yang tidak disangka-sangka. Maka, ada beberapa kemungkinan yang perlu kita lihat bersama.

Pertama dari sudut tawakal kita kepada Allah s.w.t.. Paling mudah untuk perhatikan dan nilai semula adalah perkataan ‘InsyaAllah’ yang keluar dari mulut kita. Berapa kali kekerapannya atau tiada sebenarnya. Lebih mudah untuk menyatakan ‘boleh’, ‘beres’, ‘anggap je settle’ dan sebagainya tanpa kita insafi bahawa yang mendatangkan keizinan itu adalah Allah s.w.t.. Kedua, nilai semula diri kita dari sudut maksiat dan dosa. Sebagaimana sepotong hadis yang bermaksud, “Sesungguhnya seseorang terjauh dari rezeki disebabkan perbuatan dosanya.” Maka ubat pembuka rezekinya sudah tentulah kembali bertaubat kepada Allah s.w.t.. Bertaubatlah sepenuh jiwa sehingga taubat itu mendatangkan rasa benci dalam hati untuk melakukannya lagi, menyatakan tidak suka dengan lidah serta menghindari terus dari mengulanginya.

Begitu juga yang ketiga iaitu apabila melakukan maksiat di dalam mencari nafkah yang wajib itu. Ini kerapkali berlaku dikalangan mereka yang bekerja dan dibayar gaji bulanan, adakah sebenarnya gaji bulanan kita itu layak untuk kita dan setimpal dengan kerja-kerja sebulan yang kita lakukan? Adakah pendapatan kita itu dari sumber yang halal atau meragukan. Akhirnya, hati dan jiwa kita hilang rasa berdosa dan hilang pertimbangan ini yang menyebabkan apa sahaja boleh kita telan asalkan kita tidak tahu cerita dari pangkalnya. Anggaplah ‘tidak tahu’. Ini amat berbahaya, berhati-hatilah. Apabila sumber nafkah ini diragui, sedikit demi sedikit mengundang kelalaian diri kita dari mengingati Allah s.w.t.. Dek kerana itulah, kita amat digalakkan untuk terus menimba ilmu walau di mana sekalipun kita berada. Mungkin di masjid, surau mahupun dari kalangan rakan-rakan sepejabat yang sentiasa mengingatkan. Buat majikan dan ketua-ketua pejabat, wujudkanlah usrah atau sesi-sesi tazkirah ringkas untuk kita berhenti seketika bekerja dan kembali mengingati Allah s.w.t. dalam masa 30 minit dari berjam-jam kita bekerja.

Akhir sekali, perasaan tidak mahu bersedekah. Sudah menjadi fitrah manusia, ada perasaan tamak dan haloba. Ketika di dalam poketnya ada RM10, apabila datang orang meminta derma dia akan memberikan 1/10 daripada apa yang ada itu iaitu RM1, tetapi apabila di dalam poketnya ada RM1000 adalah dia akan memberikan 1/10 darinya (RM100) sebagai sedekah atau RM10 atau RM1? Sama-samalah kita nilai diri kita semula. Sedekah adalah salah satu sumber pembuka rezeki dan melepaskan segala rezeki yang tersekat untuk sampai kepada hamba-Nya. Apa yang paling utama adalah keberkatan rezeki itu sendiri. Apabila ia tidak berkat, apa yang ada pada kita amat mudah ia mengalir dan habis begitu sahaja. Apabila dapat rezeki, penyakit pun datang dengan tiba-tiba. Apabila dapat rezeki, hati tidak tenang, takut diambil orang lain dan berasa dengki dengan apa yang dimiliki orang lain. Apa yang paling kita takuti, semakin banyak rezeki yang Allah limpahkan untuk kita, menjadikan kita semakin jauh daripada Allah s.w.t.. TUNE-lah diri kita. 



Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.

Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png