Penyekat Rezeki


Rezeki adalah ketentuan dari Allah s.w.t.. Ia adalah hak milik Allah secara mutlak yang telah ditentukan untuk setiap manusia yang dilahirkan. Bezanya pula antara manusia adalah bergantung kepada nilai usaha mereka. Ada dikalangan manusia yang berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti penat dan letih sehinggakan meninggalkan hak Allah s.w.t. dan Muslim yang lainnya. Ada juga yang hanya sekadar melepaskan batuk di tangga di dalam usaha mencari rezeki, berserah dan berharap semata-mata.

Rezeki adalah satu jaminan dari Allah s.w.t. yang mana telah disuratkan untuk menusia memperolehnya. Oleh itu, rezeki yang akan kita perolehi atau yang telah pun kita perolehi adalah atas izin dan ketentuan dari Allah s.w.t.. Ramai yang menyangka, mereka tidak mendapat rezeki secukupnya sebagaimana orang lain. Selalu kita dengar, “Besarnya kereta dia, bila la aku nak pakai kereta macam tu?”

Persoalan begini akan sentiasa bermain difikiran kita. Persoalan ‘bila nak dapat’, ‘kenapa aku tak dapat’ dan sebagainya adalah persoalan yang biasa dan ia perlu diperjelaskan. Dapat atau tidak semuanya terserah kepada Allah s.w.t.. Pokok pangkalnya adalah rasa redha dan sabar. Jika Allah s.w.t. berikan apa sahaja yang diminta dengan segera, maka tidak akan adalah pahala orang redha dan bersabar. Bahkan akan hilanglah keimanan manusia kepada kata-kata Allah s.w.t. di dalam Al-Quran. Janji Allah s.w.t. berkenaan rezeki itu pasti, apa sahaja yang diminta manusia itu pasti dimakbulkan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Sesungguhnya Tuhanmu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi oleh-Nya akan permintaan itu.” (Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud).

Itulah janji Allah dan kepastian yang diungkapkan cuma, yang tidak diperjelaskan disitu adalah bila ia akan dipenuhi? Kerapkali apabila kita mendapat rezeki yang baik dari Allah s.w.t. kita bersyukur dan berterima kasih kepada-Nya tetapi apabila kita tidak menerimanya, kadangkala kita lupa untuk berbaik sangka dengan Allah s.w.t. dan lupa sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui. Eloklah kita bersama bangun dan berfikir, kita nilai semula peribadi kita jika seringkali permintaan kita Allah s.w.t. amat lambat untuk memakbulkan. Pasti, apabila kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu rezeki itu, ada sahaja halangan dan sekatan yang tidak disangka-sangka. Maka, ada beberapa kemungkinan yang perlu kita lihat bersama.

Pertama dari sudut tawakal kita kepada Allah s.w.t.. Paling mudah untuk perhatikan dan nilai semula adalah perkataan ‘InsyaAllah’ yang keluar dari mulut kita. Berapa kali kekerapannya atau tiada sebenarnya. Lebih mudah untuk menyatakan ‘boleh’, ‘beres’, ‘anggap je settle’ dan sebagainya tanpa kita insafi bahawa yang mendatangkan keizinan itu adalah Allah s.w.t.. Kedua, nilai semula diri kita dari sudut maksiat dan dosa. Sebagaimana sepotong hadis yang bermaksud, “Sesungguhnya seseorang terjauh dari rezeki disebabkan perbuatan dosanya.” Maka ubat pembuka rezekinya sudah tentulah kembali bertaubat kepada Allah s.w.t.. Bertaubatlah sepenuh jiwa sehingga taubat itu mendatangkan rasa benci dalam hati untuk melakukannya lagi, menyatakan tidak suka dengan lidah serta menghindari terus dari mengulanginya.

Begitu juga yang ketiga iaitu apabila melakukan maksiat di dalam mencari nafkah yang wajib itu. Ini kerapkali berlaku dikalangan mereka yang bekerja dan dibayar gaji bulanan, adakah sebenarnya gaji bulanan kita itu layak untuk kita dan setimpal dengan kerja-kerja sebulan yang kita lakukan? Adakah pendapatan kita itu dari sumber yang halal atau meragukan. Akhirnya, hati dan jiwa kita hilang rasa berdosa dan hilang pertimbangan ini yang menyebabkan apa sahaja boleh kita telan asalkan kita tidak tahu cerita dari pangkalnya. Anggaplah ‘tidak tahu’. Ini amat berbahaya, berhati-hatilah. Apabila sumber nafkah ini diragui, sedikit demi sedikit mengundang kelalaian diri kita dari mengingati Allah s.w.t.. Dek kerana itulah, kita amat digalakkan untuk terus menimba ilmu walau di mana sekalipun kita berada. Mungkin di masjid, surau mahupun dari kalangan rakan-rakan sepejabat yang sentiasa mengingatkan. Buat majikan dan ketua-ketua pejabat, wujudkanlah usrah atau sesi-sesi tazkirah ringkas untuk kita berhenti seketika bekerja dan kembali mengingati Allah s.w.t. dalam masa 30 minit dari berjam-jam kita bekerja.

Akhir sekali, perasaan tidak mahu bersedekah. Sudah menjadi fitrah manusia, ada perasaan tamak dan haloba. Ketika di dalam poketnya ada RM10, apabila datang orang meminta derma dia akan memberikan 1/10 daripada apa yang ada itu iaitu RM1, tetapi apabila di dalam poketnya ada RM1000 adalah dia akan memberikan 1/10 darinya (RM100) sebagai sedekah atau RM10 atau RM1? Sama-samalah kita nilai diri kita semula. Sedekah adalah salah satu sumber pembuka rezeki dan melepaskan segala rezeki yang tersekat untuk sampai kepada hamba-Nya. Apa yang paling utama adalah keberkatan rezeki itu sendiri. Apabila ia tidak berkat, apa yang ada pada kita amat mudah ia mengalir dan habis begitu sahaja. Apabila dapat rezeki, penyakit pun datang dengan tiba-tiba. Apabila dapat rezeki, hati tidak tenang, takut diambil orang lain dan berasa dengki dengan apa yang dimiliki orang lain. Apa yang paling kita takuti, semakin banyak rezeki yang Allah limpahkan untuk kita, menjadikan kita semakin jauh daripada Allah s.w.t.. TUNE-lah diri kita. 



Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.

Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png