Showing posts with label Tips Kecantikkan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kecantikkan. Show all posts

Tips Ringkas Jaga Muka bila anda ada anak adopt berbulus

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” 
 Assalamualaikum, Hiii.. ^_^
Aish.. mood jari ringan dah datang.. So, mula ler laptop merah daku menyala selalu.. Okeh.. siapa yang suka kucen..? Sila angkat tangan.. hehe.. main je.. 
Kalau korang ni pencinta tegar kucen tapi alah pada habuk atau bulu kucen dan tak boleh nak teruskan niat untuk membela kucen.. Meh baca ni.. Nadia nak sharekan tips sikit untuk yang suka main kucen tapi sering kena sinus dan kulit muka tambah-tambah tang hidung gatal merenyam macam nak tercabut hidung.. In sya Allah moga tips Nadia share dapat bantu korang atasi segala sinus gatal-gatal korang tu..
Kucing putih
Anak-anak adopt Nadia berbulus. Deka dan terbaring mengoda tu Manja namanya.

Nadia pun peminat kucen.. baru ni pun Nadia terjatuh cinta pada dua ekor anak kucing ni.. So, Nadia pun dah mengambil dua2 ekor anak kucen ni buat anak adopt berbulus.. Finally.. sekian lama tak membela anak adopt berbulus.. akhirnya.. daku mula balik hambik anak-anak adopt berbulus. Tapi disebabkan nadia kurang tahan dengan bulus-bulus anak2 adopt nadia ni, nadia kena cari solution untuk masalah kegatalan teramat pada muka nadia ni. Meh Nadia sharekan tips nya.
 1. Gunakan Shaklee Makeup Remover. Sapukan cecair makeup remover ke seluruh muka. Sila tenyehkan muka korang yang dah siap diisi Make-Up Remover Shaklee. Tenyeh la muka korang sampai korang rasa daki-daki yang tebal tu mula keluar berketul-ketul. 
Pengedar Shaklee Kuantan, Makeup remover Shaklee, Vitamin C Shaklee
Muka Nadia yang dah disapu dengan make-up remover

Pengedar Shaklee Kuantan, Makeup remover Shaklee, Vitamin C Shaklee
kotoran yang terhasil lepas muka ditonyoh sental manja.
Sebahagian kotoran je tu.

Pengedar Shaklee Kuantan, Makeup remover Shaklee, Vitamin C Shaklee
muka yang siap disental manja.. nampak ala-ala berminyak
 dan pinkish kesan tonyoh sental manja

Pengedar Shaklee Kuantan, Makeup Remover Shaklee, Vitamin C
Siap tonyoh senal manja, Nadia bilas muka dengan air
 suam-suam kuku.. segar rasa muka.. =)

2. Jangan lupa.. konsume sekali Vitamin C SR sebiji pepagi dan malam.. In sha Allah memang akan terasa keberkesanan hilang sinus disamping dapat la muka ala-ala awek Korea. Pinkish gitewwww... Dan kalau korang nak tau.. Kombinasi Vitamin C SR Shaklee dan Makeup Remover ni mampu bertahan sehingga 6 bulan tau.. Memang jimat lagi berkesan.. 

Pengedar Shaklee Kuantan, Makeup remover Shaklee, Vitamin C Shaklee, Tips Kulit Pinkish
Set Budget untuk korang yang inginkan muka pinkish ala awek Korea cara selamat dan semulajadi. =)
Korang boleh cepat-cepat hubungi Nadia untuk dapatkan set best ni. Bukan setakat sesuai untuk orang-orang yang ada anak adopt berbulus je tau. Kalau yang ada masalah kulit berminyak, blackhead dan whitehead yang degil tahap gaban pu boleh jugak try set awesome ni.. Janji korang ada keinginan untuk atasi masalah kulit korang.
In sha Allah, Nadia sediakan khidmat COD sampai depan rumah di sekitar kawasan bandar Kuantan dan kawasan yang sekitar dengan Kuantan. Korang boleh WhatsApp/Wechat/SMS Nadia 012.909.2253 untuk mengetahui lebih lanjut info kawasan yang nadia sediakan khidmat COD sampai depan rumah dengan harga berpatutan. 

Berniat untuk tambah pendapatan...? Korang boleh join famili Shaklee Nadia untuk menjana pendapatan tambahan hanya dari rumah. KLIK SINI untuk lebih details. =)


**Segala testimoni/penulisan dalam laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

 
Terima kasih atas sokongan semua ^__^

..Your Trusted SID..
©©Nadia Reza©©
012-9092253
**********************************************
LoveSomebodyHambaAllah 
Love u olls.. (^_*)

 

Mesti Cuba! 5 Cara Mengecilkan Perut Dengan Cepat & Semulajadi

Mesti Cuba! 5 Cara Mengecilkan Perut Dengan Cepat & Semulajadi

Tentu ramai di kalangan kita yang mempunyai hobi makan. Bahkan kerana terlalu seronok menikmati makanan setiapkali dijamu, sampai tak sedar perut jadi semakin membuncit!
Menikmati pelbagi menu kegemaran memang cukup membahagiakan. Sungguhpun begitu, kita perlu menjaga kesihatan tubuh kita kerana jika kita terus makan dan makan, tidak mustahil kita akan menjadi bertambah gemuk. Lebih parah lagi, hanya di bahagian perut kita sahaja yang nampak membesar dan terus membuncit!
Sudah pasti, keadaan seperti ini  bagaikan satu mimpi ngeri buat kita. Biasanya orang yang mempunyai perut buncit sangat terseksa dengan keadaan yang dialaminya. Bukan setakat tidak selesa dengan pandangan orang terhadap dirinya, masalah perut buncit juga kadangkala membuatkan seseorang itu mengalami stress ringan.Jika anda berhadapan dengan masalah ini, cubalah cara mengecilkan perut dengan cepat dan semulajadi seperti berikut:
  1. Jaga Pola Makan
Anda suka makan? Anda perlu menjaga pola makan anda supaya perut anda tidak terus membuncit. Jika awalnya anda makan lebih dari tiga kali sehari, mulai daripada sekarang silakan sesuaikan pola makan anda menjadi tiga kali sehari. Selain itu, pastikan jumlah makanan yang diambil dikurangkan, biar sesuai dengan keperluan tubuh anda. Buat anda yang suka mengudap makanan, sebaiknya hentikan kebiasaan tersebut. Sekalipun anda hanya makanan ringan, namun hal tersebut ternyat boleh  menyebabkan perut membuncit.
  1. Minumlah Air Putih
Ada yang mengatakan air putih dapat menyebabkan kegemukan, namun kenyataan tersebut adalah tidaklah benar. Ini adalah kerana air putih sebenarnya boleh meneutralkan racun dalam tubuh, termasuk juga membantu mengatasi lemak berlebihan pada tubuh. Oleh sebab itulah anda yang sudah mengalami obesiti atau perut yang semakin membuncit, sebaiknya minum air putih minimum satu liter perhari.
  1. Bersenam
Cara terbaik membakar lemak yang berkumpul pada tubuh adalah dengan bersenam. Bagi anda yang mahu mengecilkan perut, silalah bersenam secara rutin dan teratur. Cara untuk mengecilkan perut dengan cepat, sebaiknya anda lebih kerap melakukan senaman ‘six up’.
  1. Hindari Makanan Berlemak
Selain menjaga pola makan, anda juga wajib menghindari makanan berlemak. Ini adalah kerana makanan yang banyak mengandungi lemak akan cepat membuat perut anda buncit, sebab lemak dalam tubuh akan semakin berkumpul. Salah satu jenis makanan berlemak yang patut anda hindari adalah makanan bergoreng. Makanan ini terbukti mengandungi kadar minyak yang tinggi di dalamnya yang juga dapat menyebabkan kolestrol.
  1. Makan Buah – Buahan
Biasanya perut yang buncit juga boleh disebabkan oleh penghadaman yang kurang lancar. Salahs atu jalan penyelesaiannya adalah dengan rajin makan buah – buahan. Ini adalah kerana buah-buahan seperti betik sangat baik dalam membantu penghadaman.  jadi jangan malas untuk mengkonsumsi buah. Selain melancarkan penghadaman, dengan pengambilan buah-buahan juga dapat memberikan nutrisi pada tubuh anda yang berupa vitamin semulajadi.
Kesimpulan
Itulah beberapa cara yang mungkin boleh anda lakukan untuk mengecilkan perut buncit. Namun, apa yang pasti untuk mengecilkan perut buncit dengan  cepat anda wajib mengurangkan jumlah makanan dan menjaga pola makan anda dengan sebaik mungkin. Selain itu, anda juga perlu rajin bersenam pada setiap hari, minimum 30 minit per hari.
Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)
Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

Hati-hati produk kecantikan buat wajah terbakar

Hati-hati produk kecantikan buat wajah terbakar

Selamat malam & Salam Sayang againnn...!

Mood rajin nak berkongsi entry ni.. malam ni jejari Nadia ni asyik nak berkongsi jek... Mata pun segar jek.. penangan ESP time dinner tadi. Entry ni pun menarik.. korang pernah tengok tak atau ada yang mengalami atau orang terdekat yang alami..? Wajah kelihatan terbakar setelah mengamalkan produk kecantikan.. Kalau yang pernah merasai pasti serik untuk mencuba produk sebarangan yang tiada kelulusan dari KKM kan..? 

Apa yang pasti Nadia bersyukur di ketemukan dengan ESP Shaklee dan suplimen kecantikkan Shaklee. tak perlu takut wajah terbakar dan yang penting suplimen ni berasaskan bahan semulajadi dan mendapat kelulusan KKM 100%. Kalau korang nak mencuba pun boleh.. Just contact Nadia secepat mugkin yea.. Rugi tau lambat2 untuk kecantikan.. Keberkesanan terbukti dan hasil testimoni menjanjikan yang terbaik.



Wah menariknya boleh jadi cantik sekelip mata. Sapu produk sahaja sudah nampak jelita. Walhal rata-rata kita tidak menyedari adanya bahan merkuri dalam produk kosmetik yang dipakai. Kesan jangka pendek memang nampak memuaskan. Tetapi tunggulah nanti dalam jangka masa panjang, kesannya pasti buat anda pengsan!

Merkuri atau raksa termasuk dalam golongan logam berat yang beracun meski pun digunakan dalam jumlah yang kecil. Ia berfungsi untuk mengecutkan noda hitam pada kulit dan pemakai merasakan seolah-olah ia hilang pada kulit. Jika pemakaian dihentikan, noda tersebut akan timbul kembali bahkan lebih lebar. 

Sifat krim yang mengandungi merkuri biasanya adalah melekit, agak likat dan sedikit kasar. Biasanya,   warna krim adalah seperti kuning pekat, dan putih pearly yang mengilat. Sesetengah pemakai akan berasa sedikit panas dan gatal apabila krim ini disapukan pada permukaan kulit.

Apa yang membuatkan ramai wanita teruja adalah kulit mereka akan menjadi putih dalam masa yang sangat singkat. Hanya satu minggu diperlukan untuk melihat kesannya.  Ia bergantung kepada tahap kepekatan merkuri tersebut. Malah, jerawat juga tidak akan timbul.

Sudah bersedia untuk mengetahui kebenaran?

Jerawat tidak akan timbul kerana lapisan kulit epidermis anda telah rosak dan protein serta melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit dari matahari juga sudah tidak berfungsi. Pori-pori wajah anda akan tampak halus disebabkan lapisan kulit luar telah menipis dek terhakis dengan logam merkuri tersebut. Pada ketika ini, pastinya anda akan tidak suka jika terkena pancaran matahari kerana kulit wajah akan berasa seperti terbakar.

Jika pemakaian dihentikan, terdapat beberapa kesan sampingan seperti akan timbulnya jerawat kecil dan bintik-bintik hitam di sebahagian atau serata wajah. Kesan jangka masa panjang pula, pengguna merkuri bakal mengalami kerosakan saraf otak, ginjal, kanser,Alzheimer, Parkinson dan juga gangguan perkembangan janin. Jadi tanyakan pada diri sendiri, sanggup anda menanggung risiko ini hanya untuk kelihatan cantik luaran?

Nama merkuri yang biasanya terdapat dalam produk pemutihan kulit ialah Hg, klorida mercurous, klorida amida dari merkuri, cinnabaris, hydrargyri oxydum rubrum (merkuri oksida) dan merkuri iodide.

Lekas, lakukan pemeriksaan bahan pada produk kecantikan yang anda ada sekarang!Berhati-hatilah ketika memilih produk kecantikan.  Jangan kerana ingin cantik dalam masa yang cepat, perkara berat sebegini diambil ringan. Bagi pemakai merkuri, berhentilah sebelum terlambat. 


Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003



Cerahkan Kulit Secara Semulajadi

Strawberi juga adalah bahan pemutih semulajadi.
Apabila terserempak dengan gadis lain yang lagi menawan daripada anda pasti akan terdetik di hati, “Ayunya wajah gadis itu. Bagaimana ingin dapatkan wajah cantik sepertinya”. Jika mahukan kulit cerah anda perlu tahu cara yang betul supaya wajah kekal sihat setiap masa. Sebenarnya ada beberapa teknik untuk mencerahkan kulit tanpa mengambil produk di pasaran. Gunakan sahaja bahan semulajadi ini.

Betik
Kulit yang kusam biasanya disebabkan sel kulit yang telah mati. Cara terbaik untuk mengatasinya adalah dengan menggunakan buah betik. Ia mengandungi enzim yang bermanfaat membersihkan kekotoran dan menghilangkan sel-sel kulit mati dengan kadar segera. Buah yang sungguh manis rasanya ini juga mengandungi vitamin C yang bermanfaat sebagai antioksida. Kulit anda pasti akan menjadi lebih halus, lembut dan cerah.

Caranya mudah sahaja. Ambil betik yang masih muda, potong dan kisar. Kemudian, titiskan perahan limau nipis. Oleskan di wajah dan leher. Lakukan seminggu sekali untuk hasil yang lebih memuaskan.

Timun
Cara kedua untuk cerahkan kulit ialah menggunakan timun. Sayur ini memiliki kandungan air yang tinggi sekali gus bermanfaat melembapkan kulit wajah. Ia juga bertindak sebagai agen mencerahkan kulit yang terbaik.

Ambil separuh timun yang segar dan kisarkan ia. Titiskan air perahan lemon. Ratakan kesemuanya. Letak di seluruh wajah dan leher anda selama 15 minit. Selepas itu, bilas dengan air suam. Lakukannya setiap hari mengikut kerajinan anda.

Yogurt
Mengubah kulit gelap atau sawo matang menjadi putih amat mustahil kerana ditakuti berlaku beberapa kesan sampingan. Jalan yang terbaik ialah mencerahkannya secara sihat. Untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat, gunakan yogurt. Ia mengandungi vitamin C dan vitamin B3 yang bermanfaat untuk mencerahkan kulit.

Campurkan dua sudu besar yogurt dengan perahan limau nipis. Adun kedua-duanya hingga rata. Kemudian, sapu ke wajah dan leher anda. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Jika ingin mencerahkan bahagian lain pula, jumlah yogurt perlu ditambah untuk hasil yang ketara.

Strawberi
Untuk mencerahkan kulit, anda boleh menggunakan buah strawberi yang kaya dengan vitamin C serta memiliki bahan antioksida yang membantu menyihatkan kulit.

Ditambah pula dengan susu yang kaya mineral, terbukti buah ini mampu menyempurnakan tekstur kulit anda. Nutrisinya yang tinggi menjadi dambaan penggemar rawatan tradisional untuk mendapatkan kulit sihat berseri.
Ambil lima biji strawberi bersaiz kecil. Kisar atau hancurkan kesemuanya. Campur dengan susu segar secukupnya. Oleskan di wajah dan leher selama 15 minit. Bilas dengan air bersih apabila sudah kering. Lakukan dua kali seminggu sehingga kulit mengalami perubahan yang mengagumkan.

Barli
Ketika demam, barli menjadi pilihan utama untuk menghilangkan panas dalam badan. Bukan itu sahaja. Ia juga digunakan sebagai bahan untuk mencerahkan kulit kerana kandungan protein, karbohidrat, vitamin dan galian di dalamnya merupakan sumber terbaik serat pemakanan.

Jika ingin kelihatan cantik, maka anda perlu rajin untuk mengamalkan petua ini. Ambil segenggam barli yang telah digoreng tanpa minyak. Tumbuk barli tersebut hingga lumat dan bancuh dengan sedikit perahan limau nipis yang telah dicampurkan air masak. Sapukan bancuhan air tersebut di seluruh wajah sebelum tidur.

Beras Pulut
Khasiat beras pulut memang telah lama diakui sejak turun-temurun. Kandungan kanjinya yang tinggi memerlukan ia dibasuh berulang kali hingga bersih. Nyata bahan ini ramai yang menggunakannya untuk mencerahkan kulit kerana ia mampu menanggalkan sel kulit mati.

Caranya, rendam beras pulut hingga lembut dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ke seluruh badan termasuk wajah anda. Apabila separuh kering, gosok kulit anda perlahan-lahan. Bilas hingga bersih. Seeloknya dibuat sebelum mandi.

Kopi
Serbuk kopi berupaya menghasilkan minyak antioksida yang berfungsi mencerahkan dan menghaluskan kulit wajah. Untuk mendapat kesan cerah sempurna pada kulit, lakukan cara ini sekerap yang mungkin.

Pertama sekali, campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang. Kacau kesemua bahan dan lulurkan ke seluruh tubuh termasuk wajah anda. Gosok perlahan-lahan dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air campuran garam. Selepas itu, mandi seperti biasa.

Sumber : Dara.Com



Ingin menjadi sebahagian dari famili Shaklee..? KLIK SINI untuk info lanjut. (^_^)

Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^) 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003



5 Tips Kempiskan Perut

Assalamualaikum & Salam Sayang semua..

Malam ni Nadia nak kongsikan petua untuk korang kempiskan perut korang yang agak comel tuh.. hehehehe.. ke korang suka perut yang agak "comel" tu.. hehehe.. gurau jek yea (^_^) .. Petua ni tak kena bayar pun tau.. tapi korang kena scroll down la kalau nak rasa berbaloinya tergah blog Nadia ni. petua ni boleh guna pakai untuk si bujang ke, si isteri ataupun si suami.. Jomm.. terjah tips a.k.a petua free ni..

Perut buncit ???!!! Ramai yang gusar bila perut mula buncit terutama kaum lelaki. Terasa hilang macho bila perut makin ke hadapan. Tapikan, ada sesetengah kaum lelaki yang sudah berkahwin, mereka dikatakan lebih "bahagia" memiliki perut buncit dan mempunyai "saham" yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak buncit. Bagi kaum wanita pula, apabila perut buncit mula risau orang mengata tak pandai jaga badan, risau suami tak suka badan yang dah "lari alignment" hehe... 

Sumber : Google Image
Tetapi kita jangan ambil mudah isu perut buncit ini. Perut itu sumber pelbagai penyakit dan adalah sangat penting untuk anda memberi penekanan di dalam penjagaan perut anda. 

Jom Nadia kongsikan tips-tips mengempiskan perut dengan syarat ia dilakukan dengan konsisten dan penuh disiplin. 


TIPS 1 : MAKAN MAKANAN YANG BETUL
Untuk mengempiskan perut, kita perlu makan makanan yang seimbang di dalam pemakanan seharian kita kerana diet yang betul boleh membuang lemak di bahagian perut. Makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin, mineral, lean, ikan dan teh hijau.


TIPS 2 : TINGGALKAN MAKANAN RINGAN
Makanan ringan dan makanan segera adalah sangat tidak baik untuk kesihatan dan akan membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil secara berlebihan. Kita sepatutnya mengelakkan diri daripada mengambil karbohidrat yang diproses, gula, makanan bergoreng, makanan segera dan apa jua makanan berlemak.


TIPS 3 : BERHENTI MAKAN LEWAT MALAM
Kebanyakan orang akan terus tidur selepas makan lewat malam. Ini bermakna lebihan gula yang dimakan semasa makan lewat malamakan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur.


TIPS 4 : KURANGKAN MINUMAN BERSODA, JUS ATAU BERGULA
Soda, jus asli atau minuman bergula mengandungi banyak kalori dan akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Berhenti minum minuman bergula dan banyakkan minum air kosong atau air mineral.



TIPS 5 : LAKUKAN SENAMAN KARDIO
Melakukan senaman kardio adalah sangat penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio adalah seperti jogging, berjalan dan menaiki tangga. 

Haaa cukup tak 5 tips ini ? Cuba amalkan dan lihat hasilnya beberapa bulan. Perut anda akan kelihatan lebih cantik dan slim !



Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details ^_^

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

9 Petua Awet Muda Cara Islam

9 Petua Awet Muda Cara Islam

Korang.. korang.. nak cantik tak..? Jadi muslimah yang cantik dan menawan disisi Islam. Semua orang nak cantik dan sihat…. Awet muda bukan tujuan menidakkan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang sememangnya manusia semakin tua, yang telah Allah tentukan buat hambaNya. Kita tidak mengubah, tetapi memelihara atau menjaga serta mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Pencipta.

Sumber : Google Image

Jika sayangkan sesuatu, sudah tentu kita akan menjaganya. Jadi kerana itu kita perlu menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita dengan sebaik mungkin. Lihat di bawah, baca dan praktikkan. InsyaAllah pasti menjadi, yakin pada Allah dan pasang niat yang baik maka baiklah jadinya.

Selain itu,cuba amalkan solat tahajud agar sentiasa tenang dan bersikap positif . Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah swt. Amalkan memaafkan semua orang sebelum tidur.

Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.


Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.





Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details ^_^

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png