5 Tips Kempiskan Perut

Assalamualaikum & Salam Sayang semua..

Malam ni Nadia nak kongsikan petua untuk korang kempiskan perut korang yang agak comel tuh.. hehehehe.. ke korang suka perut yang agak "comel" tu.. hehehe.. gurau jek yea (^_^) .. Petua ni tak kena bayar pun tau.. tapi korang kena scroll down la kalau nak rasa berbaloinya tergah blog Nadia ni. petua ni boleh guna pakai untuk si bujang ke, si isteri ataupun si suami.. Jomm.. terjah tips a.k.a petua free ni..

Perut buncit ???!!! Ramai yang gusar bila perut mula buncit terutama kaum lelaki. Terasa hilang macho bila perut makin ke hadapan. Tapikan, ada sesetengah kaum lelaki yang sudah berkahwin, mereka dikatakan lebih "bahagia" memiliki perut buncit dan mempunyai "saham" yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak buncit. Bagi kaum wanita pula, apabila perut buncit mula risau orang mengata tak pandai jaga badan, risau suami tak suka badan yang dah "lari alignment" hehe... 

Sumber : Google Image
Tetapi kita jangan ambil mudah isu perut buncit ini. Perut itu sumber pelbagai penyakit dan adalah sangat penting untuk anda memberi penekanan di dalam penjagaan perut anda. 

Jom Nadia kongsikan tips-tips mengempiskan perut dengan syarat ia dilakukan dengan konsisten dan penuh disiplin. 


TIPS 1 : MAKAN MAKANAN YANG BETUL
Untuk mengempiskan perut, kita perlu makan makanan yang seimbang di dalam pemakanan seharian kita kerana diet yang betul boleh membuang lemak di bahagian perut. Makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin, mineral, lean, ikan dan teh hijau.


TIPS 2 : TINGGALKAN MAKANAN RINGAN
Makanan ringan dan makanan segera adalah sangat tidak baik untuk kesihatan dan akan membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil secara berlebihan. Kita sepatutnya mengelakkan diri daripada mengambil karbohidrat yang diproses, gula, makanan bergoreng, makanan segera dan apa jua makanan berlemak.


TIPS 3 : BERHENTI MAKAN LEWAT MALAM
Kebanyakan orang akan terus tidur selepas makan lewat malam. Ini bermakna lebihan gula yang dimakan semasa makan lewat malamakan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur.


TIPS 4 : KURANGKAN MINUMAN BERSODA, JUS ATAU BERGULA
Soda, jus asli atau minuman bergula mengandungi banyak kalori dan akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Berhenti minum minuman bergula dan banyakkan minum air kosong atau air mineral.



TIPS 5 : LAKUKAN SENAMAN KARDIO
Melakukan senaman kardio adalah sangat penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio adalah seperti jogging, berjalan dan menaiki tangga. 

Haaa cukup tak 5 tips ini ? Cuba amalkan dan lihat hasilnya beberapa bulan. Perut anda akan kelihatan lebih cantik dan slim !



Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details ^_^

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png