Salam Sayang..
Petang tadi Nadia jenjalan blogwalking mencari sedikit ilmu. Nadia jenjalan dan terjumpa satu website ni.. website Majalah Nur. Memang best la.. info berguna sesangat. So, Nadia nak share dengan kengkawan blog Nadia. Semoga ia bermanfaat sesangat untuk kita dikala saat kos sara hidup tengah meningkat sekarang.
Bisnes kek juga boleh dipertimbangkan. |
Bulan lepas, penulis bertemu dengan kakak
saudara yang bertaraf pendidikan Ijazah Sarjana (Master). Apa yang mengejutkan
penulis, dia tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Namun, dia
menjalankan perniagaan bakeri di rumah. Betapa tekad dan kesungguhannya
membuktikan wanita yang bekerja dari rumah juga mampu menjana pendapatan yang
tinggi.
Jika
anda juga memiliki impian seperti itu, NUR menasihati anda agar jelas dengan
tindakan nekad anda untuk berhenti kerja dan bekerja sendiri. Anda perlu
mempunyai matlamat jangka panjang yang tersusun supaya apa yang dirancang
memberi impak positif.
Rancang
Betul-Betul
Kini anda sudah membuat
keputusan untuk membina bisnes sendiri dan tidak mahu lagi bekerja ‘makan
gaji’. Antara kelebihan yang anda peroleh terutamanya dapat lebih fokus kepada
keluarga. Singkap panduan dalam pelan perancangan bisnes anda:
1-Penjelasan
lengkap tentang bisnes
Setiap bisnes yang ingin anda
lakukan perlu ada profil yang lengkap dari segi misi, visi, jenis bisnes,
produk dan keunikan berbanding bisnes lain yang ada dalam pasaran.
2-Pelan
Pemasaran
Pelan ini membantu anda
mengenal pasti siapa sasaran pelanggan dan rancangan pemasaran untuk menarik
minat pelanggan yang disasarkan.
3-Persaingan
Anda juga perlu menganalisis
siapa pesaing bisnes anda bagi memudahkan anda mengkaji kelemahan pesaing dan
menonjolkan keistimewaan anda. Dalam menawan hati pelanggan, anda perlu
memberikan perkhidmatan yang terbaik.
4-Rancangan
kewangan
Anda perlu mengenal pasti
berapa banyak modal yang akan diperlukan dan bagaimana mencari sumber modal.
Saranan yang terbaik ialah mengumpul modal daripada hasil simpanan tanpa
berhutang. Mula dengan modal yang minimum. Perlu ada juga laporan kewangan
peribadi dan laporan kewangan bisnes (akaun untung rugi).
Nak order Shaklee dan perlukan konsultasi Nadia? Nak daftar ahli dan dapat side income dengan Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi Nadia seperti di bawah. Nadia akan bagitahu details (^_^)
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
No comments:
Post a Comment