Asslamualaikum.. Salam Jumaat..
Entry sekadar perkongsian di hari jumaat yang mulia ni.. Jumaat yang pertama dalam April. Semoga setiap kali Jumaat selepas ni, Nadia berkongsi serba sedikit "Renungan Jumaat" supaya kita semua dapat ingat kita hanya sementara di muka bumi Allah S.W.T..Semoga sedikit sebanyak ia dapat beri kita perkongsian ilmu. Jom Baca lagi..
Pengenalan
Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah”
yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul
yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui
khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah
lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada
waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan
takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat
dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat
pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah
S.W.T
Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah
S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud:
“Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari
yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad)
adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada
hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi
kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan
petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah
telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah
untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
|
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari
Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang
dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari
yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam
pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis
riwayat Tirmidzi).
Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan
hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran
ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan
istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada
Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia
umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia
seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat
yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat
pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir
solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut
mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu
seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam
buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke
bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit
menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka
yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di
tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di
pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan
sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit
lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk
masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud;
“ Wahai Malaikat-Ku, demi
kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak
berdosa sedikit pun.”
Kesimpulan
·
Melalui penerangan itu jelas sekali
Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut
dimuliakan umat Islam.
·
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat
menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang
datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat
semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
·
Melalui penerangan itu jelas sekali
Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut
dimuliakan umat Islam.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)
Artikel dimasukkan pada 25 Februari 2011
banyak betul perisitiwa hari jumaat ni. salam jumaat kak ^^
ReplyDeletesemoga jumaat akan datang beri kita kebahagiaan dunia & akhirat.. :-)
ReplyDelete