Asma'8~AL-MUHAIMIN
MAHA
PELINDUNG/PENJAGA
AL-MUHAIMIN,Yang Maha Mengambil Berat
atau Menjaga atau melindungi.Ertinya Allah s.w.t.mentadbir dan menjaga segala
sesuatu.
1->Membersihkan perwatakan
Siapa yang mengamalkan solat sunat 2
rakaat atau sunat nafil(terutama di tengah malam)kemudian membaca Ya Muhaimin 100 kali,jiwa dan jasadnya akan
dibersihkan.Hatinya akan menjadi suci dengan cahaya keimanan bersinar menyerlah
di wajahnya.Ertinya cahaya yang bersinar di hatinya akan terpancar dari
wajahnya.
2->Kuat ingatan
Baca Ya MUHAIMIN 145 kali selepas solat
Isyak,insya Allah anda akan memperolehi daya ingatan yang kuat.Mereka yang
lemah daya ingatannya hendaklah sentiasa membaca kalimah ini 145 kali supaya
daya ingatan dan hafalannya bertambah baik,insya Allah.
3->Pelindung Diri
Selepas berwuduk atau mandi sunat
untuk solat Jumaat,kerjakan solat sunat 2 rakaat dan baca Ya Muhaimin 115 kali,insya Allah anda akan
dijauhi perasaan bimbang sehinggaJumaat yang berikutnya.
4->Keamanan
Baca Ya Muhaimin 40 kali sehari untuk merasa
aman dan tenteram.
5->Mempelajari rahsia Ilahi
Allah s.w.t.mengajar kita rahsia-Nya
jika kita membaca Ya Muhaimin di sebarang waktu atau hari,insya Allah dan jika anda membacanya 101
kali bila-bila masa ketika anda inginkan sesuatu,insya Allah keinginan anda
akan tercapai.
No comments:
Post a Comment