Asma'9~AL-A'ziz

Bismillahirrahmanirrahim

 MAHA MULIA/PERKASA

AL-A'ZIZ,ialah Penakluk Yang Agung.Allah s.w.t.berbuat sesuatu mengikut apa yang disukaNya.Bukankah salah satu sifat Allah ialah bila Dia hendak melakukan sesuatu cukup baginya dengan berkata,"jadi!Maka jadilah ia."(Yasin:82)

1->Menjadi terkenal
Siapa yang membaca Ya A'ziz 40 kali setiap hari selama 40 hari,insya Allah ia akan diberi Allah kekayaan yang banyak dan dirinya akan dikenali ramai lagi disanjung tinggi.Bacaan kalimah ini juga akan menjadikan anda tidak bergantung kepada sesiapa dan waktu yang paling baik membacanya ialah selepas solat Subuh.

2->Harta yang tersembunyi
Anak murid atau ustaz biasanya membaca Ya A'ziz Ya Allah 100 kali selepas solat Subuh.Itulah sebabnya mereka mendapat rezeki(makanan atau lainnya)secara tidak kelihatan,sebagaimana yang diriwayatkan dan ini mestilah dibaca setiap hari.

3->Meminta hujan
Membaca nama Allah akan menyelesaikan banyak masalah.Jika terjadi musim kemarau di tempat anda,bacalah Ya A'ziz 200 kali di waktu pagi sebelum subuh.Insya Allah,di antara pukul 2.00 dan 3.00 pagi hujan akan turun dan ini alhamdulillah telah terbukti berlaku.

Alhamdulillah esok kite akan kongsikan satu lagi nama Allah s.w..t.
Selamat bekerja.



No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png