Dalam usaha anda
untuk memahami tentang kesuburan wanita atau lelaki. Anda perlu bijak untuk
memisahkan yang mana satu mitos dan yang makna pula fakta sebenarnya. Lazimnya,
ramai yang tidak tahu tentang 10 Mitos Tentang Kesuburan ini. Informasi yang
tepat tentang kesuburan akan membantu mempertingkat peluang bagi pasangan suami
isteri yang berusaha untuk menimang cahayamata. Justeru, coretan kali ini
memaparkan 10 perkara yang perlu lelaki dan wanita tahu tentang kesuburan.
Adakah ianya mitos atau fakta?
1. Mitos: Jika
lelaki berejakulasi itu petanda mereka subur.
Kebenaran: Lelaki mungkin mempunyai jumlah kuantiti sperma yang rendah, kadar
motilitas (pergerakan) sperma yang rendah atau sperma yang berkualiti rendah
TETAPI masih boleh berejakulasi . Dalam beberapa kes, air mani mungkin tidak
mengandungi sperma sama sekali! Satu-satunya cara untuk mengetahui apa yang
terkandung di dalam air mani lelaki adalah melalui analisis makmal.
2. Mitos: Isu tentang kesuburan lebih
cenderung kepada wanita berbanding lelaki.
Fakta Kebenaran: Masalah kesuburan sebenarnya berlaku tidak kira jantina sama lelaki
atau wanita. Statistik jelas menunjukkan, faktor lelaki dan perempuan
menyumbang kepada masalah kesuburan adalah sama iaitu kira-kira satu pertiga.
Baki satu pertiga lagi adalah sama ada gabungan kedua-duanya atau atas
sebab-seban yang tidak dapat dijelaskan.
3. Mitos: Pasangan mempunyai masa untuk
terus mencuba sehingga usia mencecah 40 tahun.
Fakta Kebenaran: Umur memberi kesan kepada kadar kejayaan rawatan kemandulan serta
kebolehan semulajadi anda untuk hamil. Kesuburan merosot secara drastik apabila
usia anda melepasi 35 tahun. Pada usia 40 tahun, wanita yang sihat mempunyai
peluang kira-kira 5 peratus untuk hamil dalam bulan berlakunya hubungan intim
tersebut. Namun adalah disarankan untuk mendapatkan nasihat perubatan sekiranya
selepas 12 bulan mencuba masih belum menampakkan hasil. Manakala bagi wanita
yang berumur 35 tahun ke atas disyorkan berjumpa doktor selepas 6 bulan jika
masih belum hamil.
4. Mitos: Kami tidak mempunyai sebarang
masalah kerana kami kedua-dua muda dan sihat.
Kebenaran: Umur memberi kesan kepada kesuburan tetapi ia bukanlah satu jaminan
bahawa anda dan pasangan tidak mempunyai masalah kesuburan. Hanya kerana anda
masih muda dan sihat tidak bermakna anda adalah sangat subur. Jika anda di
bawah umur 35 dan telah cuba untuk hamil selama setahun tanpa masih gagal,
eloklah anda mengatur temujanji berjumpa pakar.
5. Mitos: Wanita akan melalui rawatan
kesuburan berakhir dengan kembar atau kembar tiga.
Kebenaran: Majoriti wanita yang berjaya dengan rawatan kesuburan akan mempunyai
seorang anak tunggal. Rawatan untuk ketidaksuburan akan meningkatkan risiko
kehamilan berganda lebih tinggi daripada biasa namun ianya dapat dikurangkan.
Statistik terkini menunjukkan, rata-rata 21 peratus daripada kehamilan melalui
kaedah IVF dan ICSI adalah kembar dan hanya 1 peratus adalah triplets.Ini
adalah disebabkan oleh amalan ini akan memindahkan beberapa embrio ke dalam rahim
untuk meningkatkan peluang untuk berjaya. Berbincang dengan doktor anda untuk
cara-cara mengurangkan risiko kehamilan berganda.
6. Mitos: Mudah hamil bagi bayi
pertama, justeru tidak mungkin bermasalah dengan yang kedua.
Kebenaran : Anda ada sebab untuk optimis . Namun mungkin juga banyak perkara
yang telah berubah sejak dari kehamilan terakhir itu . Sesetengah pasangan
didiagnosis dengan kemandulan sekunder (secondary infertility) , yang
boleh berlaku walaupun berjaya hamil dan melahirkan anak sebelum ini.
7. Mitos: Rawatan kesuburan rawatan
adalah bertentangan dengan lumrah alam.
Kebenaran: Perkara yang paling sempurna bagi seorang wanita adalah untuk
hamil dan menimang cahayamata. Ini adalah perkara semulajadi dalam proses
semulajadi kehidupan untuk manusia. Rawatan kesuburan adalah satu usaha untuk
mengatasi segala halangan yang menyebabkan berlakunya masalah untuk hamil.
Kemudiannya dapat hamil secara semulajadi seperti wanita lain mengikut lumrah
semulajadi,
8. Mitos : Pasangan yang sering hamil
apabila mereka mengambil anak angkat .
Kebenaran: Tidak ada bukti bahawa kehamilan dan pengambilan anak angkat
mempunyai salingkaitan. Jarang kita mendengar tentang mereka pasangan yang
mengambil anak angkat akan mudah untuk hamil.
9. Mitos: Kedua-dua pasangan lelaki dan
wanita perlu orgasme untuk hamil.
Kebenaran : Sudah tentu untuk berejakulasi, lelaki mesti mencapai kemuncak
syahwat. Tetapi, wanita tidak semestinya perlu mengalami kemuncak orgasme untuk
hamil. Beberapa kajian menunjukkan orgasme wanita boleh membantu sperma di
sepanjang saluran pembiakan. Namun, kaum wanita tidak semestinya perlu orgasme
untuk hamil.
10. Mitos: Kekerapan berhubungan seks
akan mencerahkan peluang untuk hamil.
Kebenaran: Hubungan seks yang kerap (setiap 1 hingga 2 hari ) menghasilkan
kadar kehamilan paling tinggi, tetapi keputusan yang dicapai dengan hubungan
kurang kerap ( 2-3 kali seminggu) juga sebenarnya hampir sama. Sebenarnya,
pasangan perlu mengetahui bila masa yang terbaik untuk hamil dengan memastikan
tempoh “tetingkap subur” iaitu, dalam sela masa 6 hari yang berakhir pada hari
ovulasi.Gunakan kalkulator ovulasi untuk membantu menentukan puncak
kesuburan anda.
Kesimpulannya, anda perlu bijak
membezakan yang mana satu mitos dan fakta untuk mempertingkatkan peluang bagi
menimang cahayamata. Usahakanlah tanpa rasa jemu kerana setiap yang berusaha pasti
akan menemui kejayaan. Anda juga boleh menghubungi saya untuk mendapatkan
konsultasi secara percuma.
Bacaan menarik untuk anda:
Hubungi saya untuk sebarang konsultasi
secara percuma dan pertanyaan tentang Set Kesuburan Shaklee.
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment