Asma'16->AL-QAHHAR

Asma'16->AL-QAHHAR
Bismillahirrahmanirrahim
  
MAHA MENUNDUKKAN


AL-QAHHAR,Yang Maha Agung memiliki segalanya di dalam kekuasaanNya.Memerintah khalifahNya.Menakluki seluruh alam.Tidak semua orang dapat menggunakan nama Allah ini kerana mereka yang berniat jahat tidak akan mendapat manfaat bagi dirinya sendiri.AL-QAHHAR bermaksud penguasa yang menguasai segala-galanya.Penguasa mutlak.

1->Menghapuskan keinginan dunia
Baca Ya Qahhar 306 kali dan Allah s.w.t.akan membunuh kecintaan anda terhadap perkara2 keduniaan.Malah anda hanya akan memuja dan mengagungkan Allah s.w.t. sahaja setiap masa.Anda juga akan dilindungi dari musuh.

2->Dikurniakan hajat
Jika berhajat kepada sesuatu,baca Ya Qahhar 100 kali kemudian angkat tangan ke langit dan mintalah apa2 yang dihajatkan,insya Allah doa anda akan dikabulkan.

3->Menghentikan perbuatan buruk
Orang yang mempunyai niat jahat atau sentiasa mengerjakan amalan jahat hendaklah sentiasa membaca Ya Qahhar sepanjang siang atau malam,insya Allah ini akan menyekatnya dari meneruskan perbuatan jahatnya.

4->Kecintaan untuk mengerjakan solat
Mereka yang tidak menunaikan solat fardhu lima waktu kerana ikatan mereka kepada urusan dunia boleh menyembuhkan diri dengan membaca Ya Qahhar 100 kali setiap hari.Insya Allah ia akan mempunyai masa dan keinginan untuk beribadat dan akhirnya dapat menyelesaikan masalah ini.

 



No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png