Bismillah.
Alhamdulillah..berkesempatan sharing sedikit tazkirah dari faizalehsan.com. Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan lagi Cinta kita pada Islam yang indah ini.
Sabar.
Memang ini perkataan yang selalu kita dengar. Samada apabila ditimpa musibah. Atau dalam usaha kita untuk mencapai kejayaan.
Perkataan ini ada juga diungkapkan dalam Al-Quran. Begitulah hebatnya perkataan ini.
Namun untuk kita menghayati, memahami apatah lagi mengamalkan, tidak semudah menulis dan menasihati seseorang. Kerana hanya tuan punya badan yang tahu betapa berat beban yang ditanggung.
Namun apa yang mampu kita katakan kepada mereka. Waima diri kita sendiri supaya bersabar. Jika Allah telah berkata ‘bersabarlah’ di dalam Al-Quran, kita sebagai hambanya perlu menurut sahaja. Setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Ada pengajaran yang Allah nak beri pada kita. Jika kita orang-orang yang mahu berfikir.
Dalam mendepani hidup yang semakin mencabar sekarang ini, sabar adalah elemen yang sangat penting untuk dihayati dan diamalkan. Dengan kenaikan kos sara hidup, ekonomi yang tidak menentu, masalah politik yang huru-hara dan sebagainya, kembalilah semula kepada Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad sallallahhu ‘alayhi wasallam.
Saya mendoakan buat diri saya sendiri dan juga tuan puan, mudah-mudahan Allah memberikan kelapangan dan kesabaran dalam menghadapi semua ujian ini. Kita akan sentiasa diuji, sehinggalah kita menempuh alam kematian.
Sesungguhnya setiap yang berlaku itu datangnya dari Allah.
Hanya kepadanyalah tempat kita mengadu dan meminta pertolongan.
Mahasuci Allah, Tuhan Yang Maha Tinggi. Salam Jumaat dan Selamat Beramal.
Salam Kasih Sayang,
Nadia.
No comments:
Post a Comment