Asma'12~AL-KHALIQ

Asma'12~AL-KHALIQ

Bismillahirrahmanirrahim

 
MAHA PENCIPTA
 

AL-KHALIQ,Pencipta Yang Maha Kuasa.Yang mencipta dari tiada kepada ada.Yang tidak wujud tiba-tiba sahaja menjadi wujud.Dialah Yang mencipta segala sesuatu di alam ini tanpa bantuan atau tanpa rujukan.

1->BANTUAN MALAIKAT

Bila membaca Ya Khaliq di tengah malam,Allah s.w.t. akan menghantar malaikat untuk membantu anda memilih jalan yang benar di dunia ini sehingga ke hari kiamat.Anda juga akan mendapat ganjaran bagi amalan yang dilakukan malaikat itu.Tegasnya,Allah s.w.t.menciptakan malaikat untuk membantu anda,alhamdulillah.

2->MENDAPATKAN BARANG YANG HILANG

Baca Ya Khaliq 5000 kali jika kehilangan harta atau orang yang disayangi,insya Allah barang itu akan dijumpai atau orang yang disayangi itu akan kembali.

3->MENAHAN MARAH

Jika anda mempunyai rakan sepejabat yang khianat kepada anda dan membuat anda marah kepadanya,baca Ya Khaliq untuk menamatkan persengketaan ini.Baca sebanyak mana yang anda suka antara solat sunat Subuh dengan solat fardhu Subuh,insya Allah kebenaran akan tiba dan andalah yang memperoleh kemenangan.

4->MENDAPAT MAKANAN DAN ZURIAT

Bagi mereka yang tidak mempunyai makanan atau anak,bacalah Ya Khaliq 125 kali selama yang perlu(sebanyak mana hari yang perlu) insya Allah anda akan mendapat apa yang dihajatkan.Bacalah di waktu antara solat sunat Subuh dengan solat fardhu Subuh.

5->TERSELAMAT DARI BAHAYA

Untuk dilindungi dari sebarang bahaya,baca Ya Khaliq 100 kali bila anda rasa terancam.Insya Allah anda akan terselamat.Ini juga akan membantu membersihkan hati anda.

6->Beroleh kemenangan

Untuk mendapat kejayaan atau memenangi pertandingan dan sebagainya,baca Ya Khaliq 100 kali sebelum anda masuk gelanggang.Anda akan dapat merasai nikmat sebenar seorang juara,insya Allah.

7->MEMBERSIHKAN JIWA 

Di tengah malam ketika semua orang tidur,bangunlah dan sebutlah Ya Khaliq 731 kali,insya Allah jiwa dan jasad anda akan dibersihkan dan cahaya kebenaran akan memancar di wajah anda.



No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png