“Dunia Hanya Bernilai Bila Mana Dimanfaatkan Untuk Akhirat”

“Dunia Hanya Bernilai Bila Mana Dimanfaatkan Untuk Akhirat”


Katakanlah pada suatu hari, datang seorang pemuda tampan yang sudah lama diminati melamar diri anda, dalam masa yang sama dia menjadi rebutan ramai muslimah di kolej anda, padahal anda bukanlah seorang wanita yang dirasakan layak, jauh sekali memikirkan bahawa situasi ini akan berlaku kepada diri?
Ketika itu anda adalah orang yang paling bertuah kerana apa yang diidamkan selama ini datang di depan mata. Hati hanya berkata: “Inilah nikmat”.
Katakanlah pada suatu hari, seorang fakir yang hampir pengsan akibat tidak menjamah makanan selama lima hari telah dihadiahkan dengan sebuku roti kering dan sebotol jus buah-buahan. Ketika nyawanya hampir ke hujung tanduk, ada nikmat berupa makanan datang kepadanya.
Jika dia seorang yang beriman, pasti hatinya akan berkata:“Ya Allah, inilah nikmat. Aku harus bersyukur.” Pada ketika itu jejaka tampan bukan lagi menjadi nikmat kepadanya, baginya sekeping roti lebih berharga daripada seorang lelaki idaman.
Katakanlah, anda seorang yang berada dan layak digelar jutawan. Mempunyai aset harta yang bernilai jutaan ringgit. Rumah dan kereta mewah bukan lagi menjadi suatu yang dianggap besar. Apa yang ada di hadapan mata atau yang terlintas difikiran anda pasti akan menjadi milik anda dalam sekelip mata.
Pada ketika itu, dimanakah nilai sebuku roti kering yang menjadi nikmat kepada si fakir yang sedang dalam kelaparan tadi jika ia dihulurkan kepada anda?
Adakah anda pernah terfikir bahawa nilai nikmat pada setiap orang itu berbeza-beza?
Sampaikan ada manusia yang kabur menilai nikmat.
Ada manusia, sebuku roti itu adalah nikmat baginya dan lambang kesyukuran untuknya. Ada manusia kesenangan adalah nikmat yang paling besar baginya kerana dia telah lama menderita. Ada manusia lain yang sudah bertahun-tahun lamanya menderita sakit lalu merasakan nikmat sihat adalah nikmat yang paling berharga buatnya.
Ya, nikmat yang dikurniakan itu sangat berbeza pada setiap individu. Sehinggakan ada manusia yang tidak tahu menilai nikmat yang datang kepadanya. Baginya, nikmat atau laknat sama sahaja.
Lalu bagaimanakah kayu ukur sebuah nikmat itu?
Pada nikmat yang diberi atau kepada yang menerima nikmat?
Jawabnya: Nilai dan kayu ukur sebuah nikmat terletak pada erti bersyukur.
Seorang yang kaya-raya tidak akan tahu menilai mana satu rezeki yang berupa nikmat kepadanya kerana dia berkuasa memperolehi segala-galanya melainkan dia tahu akan erti bersyukur. Dengan bersyukur, dia bisa menghargai segala kurniaan yang datang kepadanya samada kecil atau besar, sama ada diperlukan atau tidak dan sama ada sikit atau pun banyak. Dia akan sentiasa bersyukur ketika dia menghadapi situasi senang mahupun sukar.
Pendek kata, Allah S.W.T  tidaklah memandang sebesar mana nikmat yang diberikan oleh-Nya kepada manusia, tetapi melihat sejauh mana sikap manusia yang tahu bersyukur dalam setiap nikmat yang dikurniakan. Apabila seorang hamba itu bersyukur, dia akan menghargai nikmat yang datang sekaligus menghargai pemberi nikmat, iaitu Allah S.W.T.


 * Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI?~
DAPATKAN DARIPADA :
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox Nadia okeh..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png