1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah
kepada Allah s.w.t.
2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan
apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun
qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.
3) Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :
- Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
- Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.
Redha Menerima hukum Allah s.w.t. :
Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan
manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada
Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati
dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.
Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan
dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t.
dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan
inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )
Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )
Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang
wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha.
Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan
lapang dada .
Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu
bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci
dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad : Ayat 26 )
Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan
sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat
pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan
yang tidak redha menerima hukum Allah s.w.t. , yang mana hati yang redha itu
adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala
nifaq.
Redha Dengan Qada' :
Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang
telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah (
malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama
memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka
memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam
keadaan senang.
Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan
Baginda berkata :
" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".
" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".
Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan ,
Baginda mengucapkan :
" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".
" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".
Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t.
dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :
" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)
" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)
Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah
s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan
bersandar kepada dua pengertian :
Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa
sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi
Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana
atas segala sesuatu.
Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan
pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan
kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment