Asma'10~AL-JABBAR



Bismillahirrahmanirrahim

MAHA PERKASA


AL-JABBAR,Penguasa Yang Mutlak,Penguasa Yang Agung,Yang Maha Mempunyai Kuasa.Yang Maha Perkasa tidak mempunyai sebarang kekurangan dan melakukan sesuatu mengikut janjinya.Al-Jabbar juga membaikkan keadaan khalifahNya di bumi.Al-Jabbar Yang Maha Berupaya dan Berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya memulihkan suatu yang telah rosak dan mengembalikannya kepada rupa asal mereka.

1->Menahan dari melakukan perkara-perkara terlarang
Bila Ya-Jabbar dibaca,ia menghalang anak Adam itu melakukan sesuatu yang haram atau terlarang.Baca kalimah ini bila rasa ingin melakukan sesuatu yang ditegah syariah.Bila keinginan itu menjadi kuat,bacalah Ya-Jabbar berkali-kali dengan penuh keyakinan dan khusyuk,insya Allah ia akan membantu apabila iman kita lemah.Bacaan kalimah ini juga membantu anda menghindarkan diri dari melakukan sesuatu yang tidak anda sukai,dan anda tidak akan terdedah kepada keganasan,kesukaran dan keburukan.

2->Menghukum pesalah
Siapa yang membaca Ya-Jabbar 206 kali atau 226 kali di waktu pagi dan petang setiap hari,insya Allah orang jahat tidak akan menganggunya dan Allah s.w.t.akan menghukum mereka yang berniat jahat.

3->Perlindungan dari musuh
Murid tuan-tuan guru biasanya membaca Ya-Jabbar 100 kali selepas solat Asar untuk melindungi diri dari musuh dan kuncu-kuncunya.Pembacanya juga akan disayangi orang.

4->Menghindari sumpahan
Jika takut orang melakukan sumpahan tanpa sebab terhadap anda,baca Ya-Jabbar 206 kali dan insya Allah anda akan terlindung darinya.Jika membaca kalimah ini 216 kali,anda akan terselamat dari orang jahat di dalam urusan perniagaan atau kehidupan umumnya.

5->Mengkehendaki kemuliaan
Tulis Ya-Jabbar di atas sekeping kertas dan pegangnya di tangan kanan.Bila bertemu orang untuk urusan penting,anda akan dimuliakan.


No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png