Assalamualaikum w.b.t
Dah lama saya tak kongsikan tips
cantik buat anda smua kan???Hari ni tergerak hati nk kongsikan sedikit tips utk
kekal sihat, cantik dan awet muda. Heheheh...macam saya (perasan sekejap)... :-)
Saya pasti
semua orang suka untuk nampak muda dari usia sebenar. Tapi, mesti tak semua
orang tahu macam mana nak kekal aktif dan kelihatan awet muda. Lebih-lebih lagi
bila ramai di antara kita yang terlalu sibuk dengan urusan kerja, sehingga
mengakibatkan stress. Stress yang berlebihan boleh membantutkan proses
penurunan berat badan dan kehidupan yang sihat.
Saya pernah berjumpa dengan ramai
orang yang nampak awet muda. Bila ditanya pada mereka, apa rahsianya,
kebanyakan mereka mengamalkan tips sihat dan cantik berikut
untuk awet muda:
Tips Sihat
Dan Cantik 1: Amalkan Pemakanan Seimbang
Haaa...ini
yang paling penting sekali. Mereka yang kelihatan awet muda memang mengambil
berat tentang amalan pemakanan mereka. Makanan yang diambil mestilah mengandungi
semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
Tips Sihat
Dan Cantik 2: Tidur
Mereka
yang awet muda kebanyakannya mempunyai waktu tidur yang mencukupi. Waktu tidur
yang cukup dan berkualiti boleh mempengaruhi tahap kesihatan anda. Tidurlah
antara 6 - 8 jam untuk memastikan badan anda kekal sihat dan cergas.
Tips Sihat
Dan Cantik 3: Bersenam
Jangan
malas untuk melakukan senaman kerana senaman juga sangat penting untuk
mendapat kesihatan yang baik. Buat je apa-apa aktiviti senaman yang anda suka
3-4 hari seminggu dan senaman tidak semestinya dilakukan di gym atau di luar
rumah.
Tips Sihat
Dan Cantik 4: Minum Air
Air sangat
penting untuk memastikan organ tubuh kita boleh berfungsi di tahap
optimum. Air boleh membantu melembapkan kulit dan melancarkan peredaran
darah. Minumlah sekurang-kurangnya 2L air kosong setiap hari.
Tips Sihat
Dan Cantik 5: Buah-buahan dan Sayur-Sayuran
Lebihkan
buah-buahan dan sayur-sayuran dalam amalan pemakanan anda. Makan buah sebelum
makan akan menyebabkan kita cepat kenyang dan dapat mengawal jumlah pengambilan
makanan utama.
Tips Sihat
Dan Cantik 6: Fikir positif
Orang yang
selalu berfikiran positif dan bersifat terbuka dapat mengelakkan diri dari
tekanan. Anda boleh membaca buku-buku motivasi untuk membantu anda kekal
positif dan gembira. Perkara yang positif akan banyak berlaku kepada anda yang
selalu berfikiran positif.
Tips sihat
dan cantik ini adalah sebahagian aktiviti
mudah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita. Insya Allah sedikit sebanyak
saya pasti tips ini boleh membantu anda untuk terus kekal sihat dan
cantik.
Jom
Cantik!!Jgn Tua Sebelum Usia..Kecantikan Bermula Dari Dalam..
Dapatkan
Set Cantik Shaklee untuk kecantikan dari dalam. Pengambilan suplemen membantu
anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang..
Hubungi
saya segera untuk dapatkan PAKEJ ISTIMEWA Set Cantik Shaklee.
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment