ASMA'13~AL-BARI'

Bismillahirrahmanirrahim;

 
MAHA PERANCANG


AL-BARI',Yang Maha Perancang membuat segala yang hidup dengan ada permulaan.Ertinya tidak ada kehidupan yang wujud atau bermula tanpa perintah Allah s.w.t..Al-Bari' adalah Pencipta segala sesuatu sesuai dengan sifatnya,

1->Memperolehi anak
Bagi wanita yang tidak mendapat anak,hendaklah dia berpuasa selama 7 hari dan kemudian membaca Al-Bari'-ul Musawwir beberapa kali(tidak ditentukan)setiap hari selepas solat Asar ketika masih lagi duduk di tikar sembahyang.Sebelum berbuka puasa hendaklah dia berdoa dan menghembus ke dalam air yang akan diminumnya ketika berbuka nanti.Insya Allah doanya akan dimakbulkan.

2->Selamat dari kerosakan
Baca Ya-Bari' 100 kali di waktu siang,insya Allah diri dan hartanya akan terselamat dari sebarang kemusnahan.Anda juga tidak akan takut di dalam kubur nanti.Suatu perkara yang harus diingati ialah orang yang membaca Asma Ul Husna akan merasa yakin dengan apa yang mereka lakukan dan ini membuat mereka mengerjakan kebajikan yang banyak dan justeru dikasihi Allah s.w.t.

3->Menyembuhkan penyakit
Untuk selama 7 hari berturut-turut bacalah Ya Bari'.Insya Allah sebarang penyakit yang dihidapi atau yang akan dihidapi di masa akan datang akan sembuh.
 

Tak kira moden manapun cara hidup,rancak manapun lagu pujaan sebagai halwa telinga,jangan lupa untuk sentiasa bersyukur dan memuji Allah.Amalkanlah zikir Asma Ul Husna sebagi penenang fikiran dan ketenteraman jiwa.Assalammualaikum.


No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png