Osteoporosis penyakit Senyap & Serius.

Mengapa terjadi dan bagaimana mencegahnya?

 source : Mingguan Malaysia, 25 Oktober 2008
HASIL penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang.

Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.

Sempena sambutan Hari Osteoporosis Sedunia pada 20 Oktober lalu, wanita Malaysia diingatkan untuk menjaga kesihatan tulang mereka bagi menghindari osteoporosis.

Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe memaklumkan bahawa sumber yang tinggi kalsium datang dari produk tenusu seperti susu segar, keju dan yogurt. Bagaimanapun, produk tenusu terbabit jarang menjadi antara diet ruji penduduk negara ini.

“Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang.

“Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda,” katanya.

Boleh dicegah

Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan tetapi ia dapat dicegah. Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis.

Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20 peratus) kes patah tulang pinggul.

Antara 30 hingga 50 peratus lagi (yang patah tulang pinggul) berkemungkinan besar mengalami kecacatan kekal yang akan mengganggu pergerakan harian mereka kelak.

Walaupun banyak berlaku di kalangan wanita, tidak bermakna lelaki terlindung daripada osteoporosis. Namun, lelaki mempunyai kelebihan yang memberi lebih perlindungan daripada penyakit tersebut di mana kebanyakan lelaki menjalani cara hidup aktif dan secara semula jadi mempunyai jisim tulang yang lebih tinggi berbanding wanita.

Kesan osteoporosis di Asia dijangka meningkat dengan perangkaan lebih 50 peratus kejadian retak atau patah tulang pinggul dunia akan berlaku di rantau ini menjelang 2050.

Oleh itu, penduduk Asia, terutamanya wanita, disaran mendapatkan keperluan kalsium harian secukupnya (antara 800 hingga 1,000 miligram) di samping nutrien penting lain seperti protein, zink, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat.

Segelas susu berkalsium tinggi mengandungi 500 miligram (mg) kalsium dan dua gelas susu tersebut cukup untuk membekalkan jumlah kalsium yang disarankan setiap hari.
----

Betapa pentingnya pengambilan kalsium dari diet seharian kita. Sila rujuk jadual dibawah untuk mengetahui keperluan kalsium seseorang.
Infants (birth to 1 year)
400 to 600 mg.
Children (1 to 10 years)
800 mg.
Preteens and teens
1,200 to1,500 mg.
Adults
1,200 mg.
Seniors
1,500 mg.
Pregnant or breastfeeding
1,500 to 2,000 mg.


So, saya nak share pasal OsteMatrix SHAKLEE.
- membantu mengurangkan risiko osteoporosis
- membina dan memelihara tulang dan gigi yang kuat
- membantu mengekalkan tekanan darah normal
- membantu dalam pengecutan otot dan kelancaran sistem saraf
- mengurangkan simptom PMS (senggugut)

 Kelebihan OsteMatrix SHAKLEE :
- 1000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi (highly concentrated) dan mudah diserap
- 400 mg (100% DV) magnesium bergabung dengan kalsium untuk kekuatan tulang
- 400 IU (100% DV) vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium.

Yeah, 3 dalam 1!

Sebab tu bila mak mengadu sakit pinggang dan tumit dan ayah mengadu sakit kaki, terus saya belikan mereka Ostematrix. Alhamdulillah selepas seminggu sakit mereka beransur hilang. sebagai anak, saya gembira!

 * Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.  

SHAKLEE MEMIKAT HATI?~
DAPATKAN DARIPADA :
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh PM inbox Nadia okeh..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003

No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png