Asma'6~AS-SALAM

Asma'6~AS-SALAM

Bismillahirrahmanirrahim
 
MAHA PENYELAMAT
 

AS-SALAM,Maha Penyelamat.Salam bermakna aman sejahtera.Nama ini berkait dengan 'Pemberi keamanan dan keharmonian' kepada semua makhluk iaitu satu lagi nama bagi Allah s.w.t.

1->Menyembuhkan sakit
Membaca Ya Salam 111 atau 160 kali di hadapan orang yang sedang sakit akan membantu ia sembuh,insya Allah.Malah ia sepatutnya sembuh jika ajalnya belum tiba.Hendaklah dihembus kepada orang yang sakit itu setelah selesai bacaan.

2->Selamat dari wabak
Bacalah Ya Salam 115 kali sehari untuk berlindung dari wabak atau penyakit merebak.Boleh juga dibaca kepada orang yang sedang sakit untuk menyembuhkannya tetapi ini hendaklah dilakukan di hari-hari ke 3,5,7 dan seterusnya(ganjil).Cuba baca di waktu dan tempat yang sama setiap hari,insya Allah anda akan dapat melihat kesembuhan.

3->Memudahkan sakaratul maut
Siapa yang membaca ayat di bawah 100 kali,tidak akan merasa sakit ketika sakaratul maut menjemputnya,insya Allah.

Assalamu ‘alaika ayyuhan nabiyyu wa rahmatullaahi wa baarakaatuh

Ertinya:"Kesejahteraan ke atasmu,wahai Muhammad s.a.w.Semoga engkau dalam rahmat Allah s.w.t.


No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png