[EKSKLUSIF]
8 Keajaiban Solat Tahajud | Yang Ramai Tak
Tahu | Kisah yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 8 Keajaiban
Solat Tahajud.
Solat
Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat
Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’).
Solat
Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan
sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling
utama untuk melakukannya adalah pada sepertiga akhir dari
malam. Pesanan Dari Imam Nawawi:
“Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak
mampu berPUASA di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah
dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang
membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah,
kerana Dia lah sebaik-baik pelindung..”
Keajaiban Solat Tahajud
Sejarah
telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan
Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat
tersebut. Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut :
1. Tiket
ke Syurga
Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari
Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam,
bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat
manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.”
(HR. Ibnu Majah).
2.
Menjauhi Penyakit
Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat
malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh
sebelum kamu, mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk,
mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit yang
menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)
3.
Mengangkat Darjat Manusia
Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai
Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang
engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu,
engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan
seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)
4.
Mendapat Rahmat Allah
Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati
laki-lakiyang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan
isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati
perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya.
Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)
5. Doa
Dikabulkan
Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang
yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi
Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang
muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu
berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)
6.
Penghapus dosa
Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda,
“Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian,
bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR.
At-Tirmidzi)
7.
Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan
akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan,
menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya
menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka
akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya.
Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan
malas dan kekusutan jiwa.”
8. Menjaga
Kesihatan Rohani Allah SWT menegaskan bahawa
orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.
Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah)
orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila
orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan
orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.”
(QS. Al-Furqan: 63-64)
Jom kita
sama-sama menunaikan Solat Tahajud untuk kebahagiaan hidup kita didunia dan di
akhirat.
No comments:
Post a Comment