Hati sedang
kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?
Didalam
dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi
lemah akibat daripada permainan perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang
sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.
Cinta itu
ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.
Namun bukan
semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh. Ada
juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan
tindakan ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak
kita.
Pendek kata
banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan
kita merasa lemah.
Menenangkan hati Kecewa
Kita ingin
mengelak daripada kelihatan lemah. kita berpura – pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa
peritnya hati kita. Sampai bila kita harus berpura – pura?
Ingatlah,
kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada
perasaan lemah & duka.
Mungkin
disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa.
Hati anda merasa tidak tenang. Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari
link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.
Bismillah,
izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan
menenangkan kembali hati yang sedang lemah. Insyaallah, saya juga hamba Allah
yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini
dapat memberi membantu anda juga.
1. Membaca Surah Yassin
Mungkin
selama ini kita kurang membaca Al – Quran atau jarang sangat membuka kitab suci
ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak
tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.
Semasa saya
sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin
setiap kali selesai solat. Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya
akan merasa tenang.
Memang surah
ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur
menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan
hati
Bagaimana
jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..
2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah
melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah
untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam
menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah
ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku
Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat
pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua
bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan
tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua
rakaat satu salam.
Jika
dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu
berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah.
Mintalah ketenangan hati.
** tips
supaya mudah nak bangun **
- Berwudhuk
sebelum tidur
- Baca surah
Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
- Baca doa
tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan
aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu“
- Kunci jam
3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
- La haula wala quwwata illa billah (Tiada
daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
- Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah
Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
- Harus
diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.
4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kecewa – Kekecewaan
Ini penting
kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari
dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak. Elakkan mendengar lagu yang
bertemakan putus cinta & kecewa.
KIta ingin
menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?
Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu
sembuh :)
5. Sentiasalah mengingati Allah
Ini yang
paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan
sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun
apa pun.
Apa yang
membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik
bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah
agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
“Janganlah
kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40
)
Penutup :
Itu adalah
beberapa tips yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ini adalah pengalaman
saya dalam menangani rasa tidak tenteram dan bangkit dari kesedihan. Apakah
anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?
Marilah
berkongsi dengan kami cara anda pada ruangan komen dibawah.
No comments:
Post a Comment