Awas, pabila keputihan merimaskan!

Assalamualaikum,

Salam Sayang semua.. Kali ni Nadia nak berceloteh sikit tentang "masalah wanita". Siapa yang tak pernah alami pun boleh baca dan ambil tau sikit agar anda dapat atasi sekiranya berlaku pada anda satu hari nanti. 

Kaum wanita sering mengeluh kesah sewaktu mengalami masalah keputihan. Rasa rimas, berlendir dan basah merupakan antara perasaan yang sering menghantui mereka setiap kali situasi ini timbul. Keluaran cecair dari alat sulit wanita ini tidak hanya mengakibatkan seluar dalam berbau bahkan ia juga petanda awal jangkitan kuman. Lebih memburukkan, keputihan juga boleh membawa kemungkinan kanser yang berupaya mengancam nyawa secara senyap.

Dikatakan 75 peratus wanita yang sudah berkahwin tidak terlepas mengalami masalah ini. Keputihan semakin merimaskan di kalangan isteri yang aktif menjalani aktiviti seksual, pengguna produk pembersihan intim yang tidak sesuai dan masalah gangguan haid.

 Kebiasaannya, pengeluaran cecair ini berlaku semasa proses evolusi, permulaan dan selepas haid, rangsangan seksual serta kehamilan. Cairan yang keluar lazimnya tidak konsisten. Ada kalanya, pekat atau cair, berwarna jernih, kuning atau hijau serta dirasai rasa gatal atau tidak.

Keputihan dianggap bermasalah jika cairan yang keluar terlalu banyak, berbau busuk, hanyir dan gatal. Jangkitan kulat ‘candida’ atau ‘monilia’ misalnya merupakan antara contoh keputihan abnormal yang mengeluarkan lendir berwarna putih atau kekuningan yang berlaku secara berterusan dan gatal. 

Cairan berwarna kehijauan serta rasa gatal pula disebabkan jangkitan kuman ‘trichomonas’ sementara jangkitan bakteria ‘vaginosis’ pula menyebabkan cairan berwarna kelabu dan gatal. Adalah normal jika keputihan yang dialami tidak mempunyai tanda seperti dinyatakan. Lendiran yang dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim berperanan melindungi sel dan dinding saluran faraj daripada kekeringan serta dipengaruhi paras hormon estrogen dan progesteron dalam darah wanita.

CEGAH KEPUTIHAN

1) Sentiasalah menjaga kebersihan intim bagi mencegah keputihan. Pastikan seluar dalam sentiasa kering dan gunakan panty liner yang sesuai.

2) Elakkan mengguna cecair pencuci vagina secara rutin atau berlebihan. Kandungan sabun boleh menjejaskan kelembapan semulajadi vagina.

3) Elakkan tekanan berlebihan. 

4) Merawat keputihan dengan mengamalkan suplimen yang sesuai yang terdapat dipasaran. Contohnya Alfalfa Shaklee dan GLA Complex Shaklee.

4) Segera berjumpa pakar sakit puan jika keputihan menunjukkan tanda-tanda abnormal.


SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar  sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
Fanpage: lovevitaminlove
Email: 
maiza23chuby@gmail.com
Shaklee Id: 988003


No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png