Banyak kelebihan minum air lemon setiap hari. Anda pasti akan minum air lemon setiap hari kerana kelebihan-kelebihannya yang sangat baik untuk kesihatan.
Berikut adalah 12 kebaikan
dan faedah Air Lemon kepada kita:
1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan
mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan
pedih ulu hati.
2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan
'pembersihan' yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati
kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan
merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi
yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan
minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
4. Kandungan mineral yang
tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang
asid dalam badan.
5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan
sembelit atau cirit-birit.
6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan
Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga
bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang
ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang
boleh membantu mengelak barah.
8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang
membantumenghadam lemak degil.
9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat
sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam
beberapa jam.
10. Air lemon boleh
membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahakyang
terhasil dalam badan.
11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar
lemak dan membantu untuk kurus.
12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di
awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh
membantu mengurangkan bau badan.
SHAKLEE MEMIKAT HATI..? DAPATKAN DARIPADA :
Dengan hanya RM75 seumur hidup daftar sebagai Ahli untuk menikmati lebih GANJARAN.
Untuk sebarang pertanyaan & pembelian boleh PM inbox..
Instagram: snow_nadia
Facebook: Noor Maizatulnadia
No comments:
Post a Comment